Thursday, 3 December 2015

Wajarkah Anak Kecil Mempelajari Ilmu Pertukangan, Elektrik Elektronik dan Sistem Enjin?

 Bukan hanya konsep belajar melalui bermain je tapi Mama Q3 Homeschool punya target supaya anak2 belajar di luar kotak.

Maksudnya kat Malaysia ni rata2 kalau umur 3-6 tahun kat sekolah memang tak dapat ilmu macam ni kan? kan? Sebelum tu cuba baca Mama Q punya perumpamaan ni kena tak?

 "pokok dalam pasu tu tak boleh hidup subur kalau tak di siram tak dibaja..betul tak? Cuma jangan ikut suka2 nak bagi baja luar biasa yang tak sesuai dengan pokok tu. Mati la pokok tu nanti."

Sama gak la dengan anak2 ni...kita sebagai ibu bapa la kena bantu untuk anak2 untuk meneroka ilmu sebanyak-banyaknya tanpa sekatan selagi ianya tak mengancam keselamatan anak2. Bukan kita yang wajibkan anak2 untuk meneroka sesuatu yang mereka tak suka nak tau. Kita boleh jadi pencadang...biasanya anak2 ni nak tau perkara yang mereka nampak di sekeliling mereka.

Kalau belajar menjahit, memasak semua tu dah tentu la ramai anak2 yang dah biasa buat kan? Tapi kalau ilmu macam ni biasa dikaitkan dengan lelaki. Itu pun bila dah besar sikit baru bagi anak buat dan itu pun kebanyakkannya anak2 yang berani cuba explore sendiri (biasanya anak lelaki). 

Haa tau tak yang aktiviti macam ni jugak lah yang banyak merangsang kemahiran berfikir dan daya kreativiti anak-anak.



Walaupun anak2 Mama Q semua perempuan, tapi dah belajar elektrik elektronik (bukak dan pasang komponen laptop rosak, soldering, asas robotic), mengecat (dah tau kegunaan cat kayu dengan cat simen), asas kerja-kerja pertukangan (projek DIY blok kayu) n baru ni pulak belajar menyimen.



Biar betul, dia orang yang nak belajar ke atau mamanya yang lebih2?

Macam yang Mama Q bagitau tadi la..anak2 ni suka nak tau benda yang mereka nampak dan berlaku sekeliling mereka. Macam my princesses ni, dah memang keturunan yang dah sebati dengan semua aktiviti2 macam ni agaknya. Semua memang menggila bila buat projek2 macam ni. Walaupun Qisya masa awal2 dulu memang tak minat lama2 dia pun terjebak.

Anak2 Mama Q ni berani naik "backhoe" (enjin dihidupkan ye). Bukan setakat naik je tapi Kakak dah belajar untuk gerakkan penyodok mesin tu...cuma belum tahap nak korek lubang la. 


Baru2 ni kita orang ada belajar asas sistem Hidraulik guna "syringe" . Macam nilah contohnya belajar dari eksperimen Sains Fizik (tahap kanak-kanak) kepada praktikal secara live. Sekurang-kurangnya mereka dah nampak sikit gambaran macam mana penyodok tu bergerak.


TAPI ini semua bukanlah untuk dibanggakan, cuma nak bagitau ilmu ni luas dan tanpa batasan umur, dan siapa pun anda. Asalkan kita lakukannya dengan ILMU (jangan main ikut-ikut je..nanti anak pun dapat ILMU yang tak betul) dan mengutamakan keselamatan.

Tapi tak bahaya ke aktiviti macam ni?

Hihi betul...tapi bahaya ada di mana-mana. Haish kemon la kalau awal2 lagi dah fikir bahaya camne ni. Sebab tu kita selaku pengasas dan penasihat perlu menjaga tahap keselamatan tu. Maksudnya duk sebelah bukan sambil ngadap henpon atau sambil potong bawang sedangkan tengah ajar anak gunakan hammer.

Kalau kita tengok kat Montessori punya kaedah belajar pun ada mengajar anak gunakan pisau betul (real knife). Jadi bukan Mama Q memandai2 buat teori baru.


Antara projek yang Mama Q buat dengan anak2 yang nampak agak bahaya dan kurang sesuai ialah "soldering". Sebab tu Mama Q tak bagi semua anak2 gunakan "solder iron" tu. Tapi sekurang2nya dia orang tau kegunaan solder, proses pematerian (soldering) n yang paling penting tau camne terhasil titik2 kecik yang warna silver kat Circuit Board (papan litar) tu. 

Circuit Board ni kalau kita pernah bukak laptop ke radio ke atau permainan elektronik ke mesti ada nampak papan yang kaler hijau pastu ada titik2 silver.

Apa contoh aktiviti elektronik yang senang nak buat ye? Sebab kat rumah takde Komputer/Laptop yang dah rosak?

Ha jangan cuba bagi anak bukak laptop yang elok pulak ye. Tapi kalau ada ilmu pasal Computer Hardware takde masalah.

Tak semestinya kena bukak PC. Kebanyakkannya kat semua rumah ada permainan yang menggunakan bateri kan? Kalau takde pun boleh je bagi anak cuba bukak dan pasang balik jam loceng ke.



Ini contoh anak2 belajar ubah suai kereta permainan kepada enjin bot.
Boleh jugak cuba buat aktiviti macam kat SINI untuk kenalkan anak2 asas elekrtik elektronik 

Cerita panjang lebar ni nak tau apa faedah kalau anak belajar benda camni?

1. Bijak berfikir. 
2. Pemikiran lebih kreatif
3. Menjadi lebih matang.
4. Berani mencuba sesuatu yang baru. 
5. Mudah faham kerana ilmu yang dipelajari bukan sekadar teori.
6. Mampu berdikari
7. Anak2 akan rasa mereka lebih dihargai.

Ini semua sebabnya benda yang anak2 buat ni benda real, bukan sekadar permainan biasa yang hanya boleh berangan je. Ini jugak sebab kita dah bagi mereka kepercayaan untuk lakukan apa yang orang dewasa boleh buat.

Ada sesapa nak tambah lagi tak?

Akhir sekali untuk hari ni, meh layan (kalau nak tengok la) semua gambar2 masa projek buat kraf dengan simen hari tu.

Klik SINI untuk tengok video pendek dia orang menyimen.









Monday, 30 November 2015

Homeschooling:: Aktiviti Menggunakan Daun

Pernah cuba buat aktiviti menulis atas daun tak? Haaa dengan cara ni secara tak langsung boleh mengurangkan penggunaan kertas...kata omputih "paper less". 

  Sebenarnya banyak cara kreatif yang kita boleh manfaatkan hanya dengan daun2 yang ada kat sekitar rumah kita je. Ops mungkin ada yang tinggal kat apartment tu mungkin boleh petik masa jogging kat taman kot hehehe.

Sebenarnya semua gambar ni dah pernah post kat Instagram tapi saje kumpulkan satu tajuk..biar senang sapa2 nak cari aktiviti menggunakan daun ni. Kalau nak scroll aktiviti yang lama memang jenuh la tangan ngan mata nak tengok satu2.

Gambar kat bawah ni tanpa caption...sebab rasanya boleh faham kot apa aktiviti tu. Kebanyakannya lebih kepada latihan motor halus dan salah satu cara menarik perhatian anak2 belajar. Jom layan gambar ni..








Friday, 27 November 2015

Mengajar Anak-Anak Berbeza Tahap & Umur Secara Serentak?

Tak tau nak letak tajuk apa. Sebab ada yang tanya, camna cara saya mengajar anak-anak yang tak sama tahap dan umur ni? Kalau tengok aktiviti-aktiviti yang kitaorang buat banyak yang buat cara berkumpulan.

Memang tak dinafikan bukan mudah nak buat dan memang berbeza mengajar seorang anak..itu pasti. Kalau ada yang kata sorang anak pun susah nak uruskan inikan tiga worang weii. Cam Mama Q ni ada 3 orang anak yang umur tak sama tapi jarak tahun tu rapat2. Bukan tu je tahap penerimaan ilmu pun tak sama level.

So langkah pertama kenalah kenal pasti anak punya Multiple Intelligences (Kecerdasan Pelbagai) dulu, baru mudah nak buat aktiviti apa yang sesuai untuk setiap orang kan? Kalau sapa tak tau cara nak tau lebih tepat lagi MI anak, klik kat SINI. Hasil dari ujian Multiple Intelligences setiap anak tak sama cara belajar..Kakak Word Smart, Qisya Body Smart dan Qayra Picture Smart.



Langkah kedua,  Konsep pembelajaran yang Mama Q buat untuk adalah belajar melalui bermain. Setiap anak2 walaupun tak sama cara belajar, tapi tetap guna konsep yang sama jugak.

Kata cara belajar anak2 berbeza tapi kenapa guna konsep yang sama (belajar melalui bermain)?

Sebab secara fitrahnya umur macam ni anak-anak memang suka bermain dari belajar. Jadi Mama Q gabungkan kaedah belajar semua anak menggunakan konsep belajar melalui bermain. . Oh ye..tiada paksaan untuk membaca menulis segala tu. Cukuplah 3 tahun yang lepas, Mama Q dah buat silap. Menggelabah semacam bila anak orang lain dah boleh membaca masa baby lagi.


Langkah ketiga: Cara paling senang nak uruskan situasi mengajar anak lebih dari seorang ni, kita orang buat pembelajaran bertema dan belajar dalam kumpulan, sebab boleh belajar serentak dan jimat masa.

Meh Mama Q terangkan sikit contoh pembelajaran bertema dan belajar dalam kumpulan ni camne.

Contohnya tema "buah rambutan", buat dalam seminggu atau lebih segalanya tentang buah rambutan je. Maksudnya bukan la asyik nak kenal rambutan je kejanya. Tapi selitkan subjek pelbagai (Keagamaan dan kerohanian, life skill, kraf, Math, Sains, BM, BI dsb) melalui tajuk tu.

Projek awal tahun 2015
Kalau subjek tu umum macam ni tak perlu pun nak asingkan ikut tahap. Macam contoh tema "buah rambutan" ni kan, boleh sama2 belajar proses nak buat jem rambutan. Apa yang anak boleh belajar dan manfaatnya kepada anak adalah:

1. Bermula dengan kupas kulit dan buang biji (latihan motor halus, latihan visual dan fokus),
2. Blend dan proses memasak jem. Nanti masa menyukat bahan dan memasak tu kan dah belajar Math & Sains secara tak langsung. Dan jugak belajar memahami arahan dan langkah2 penyediaan bahan.(life skill ),
3. Belajar buat label jem. Masa ni bagi peluang kat anak untuk  tulis dan lukis. Macam kat gambar atas tu contoh Qayra punya. Mama yang lukis sebab dia tak nak lukis tapi Mama buat titik2 Qayra tulis.(seni kreatif, menulis dan mengeja).

Jangan lupa sebelum dan semasa pembelajaran berlangsung, selitkan dengan nilai kerohanian dan kebersihan.

Lagi contoh tajuk umum yang boleh semua orang belajar sama2: bacaan tafsir atau hadis, story-telling, kraf, peta, ujikaji Sains dan belajar masak. Cuma mungkin macam bacaan tafsir tu ada yang boleh bacakan potongan ayat Al-Quran ada yang hanya mendengar je.

Camne pulak kalau subjek khusus?

Katakan subjek Math, takkan semua orang belajar mengira 1-10 kan? Kalau membaca pulak takkan semua orang belajar mengeja sedangkan ada yang dah lancar bacaannya. Camne ni?

Ok walaupun tak sama tahap belajar tapi masih boleh gunakan tema atau tajuk yang sama. Katakan kakak sepatutnya belajar operasi darab, Qisya bahagi n Qayra operasi tambah. Subjeknya Math dan temanya Buah Rambutan, jadi semua orang akan gunakan tema buah rambutan untuk belajar Math. Mama Q akan lukiskan pokok rambutan dan dalam tu ada soalan yang berbeza mengikut tahap masing-masing.

Kalau membaca pulak biasanya bebas pilih buku cuma Mama wajibkan setiap hari mesti ada bahan bacaan walaupun Qayra tu hanya nak baca 2 ke 3 perkataan je. Itu pun kadang-kadang dia langsung tak nak baca. Sebab tu la bila pembelajaran bertema, dia teruja nak join. Jadi Mama Q akan amik kesempatan ni tuliskan apa2 yang sepatutnya dia kena baca.

Qayra membaca masa tema Pokok Pisang
Camna pulak kalau nak tumpu ajar anak secara individu? 

Iyelah kan mesti ada sesi kita nak tumpu setiap anak punya pencapaian kan? Karang dah jadi macam ajar kat kelas tapi murid tak faham sebab malas nak bukak mulut nak tanya lebih. So nanti anak pun buat-buat faham.

Tu la kan sebab dah lebih 3 tahun buat homeschooling ni, mamanya dah banyak buat eksperimen kat anak-anak ni. Sampai sekarang pun masih belajar dan mengkaji segala tentang perkembangan anak-anak ni.


Mama Q memang dah sediakan macam2 jenis bahan untuk anak-anak menyibukkan diri dalam kabinet khas. Bak kata omputih "busy box". Contohnya mama nak ajar Qayra sahaja, maka kakak2 akan cari bahan yang diaorang suka nak buat masa tu. Macam tu jugaklah bila mamanya nak ajar Kakak atau Qisya, yang lain akan buat aktiviti sendiri.  Jadi dapatlah Mama Q mengajar secara individu dengan amannya mengikut cara belajar masing-masing.

TAPI kadang-kadang tak aman jugak sebab masing-masing pun ada pasang surut. Bila jadi macam ni, Mama Q takkan paksa diri untuk mengajar (hahaha). Tarik nafas panjang2, bagi je diorang apa yang diaorang nak buat n mamanya pun berehat sambil layan pinterest ke Insta ke sambil cari ilham baru.

Masa awal2 dulu Qayra memang suka berkepit dengan mama je. Time nak ajar Kakak ada je dia macam nak tarik perhatian suh tumpu kat dia je. Kalau jadi kes camni Mama Q akan tunggu masa Qayra tidur atau masa dia betul2 nak main sorang2, baru boleh mengajar kakak2nya.

Alhamdulillah sekarang anak2 dah semakin matang sebab dah biasa dengan budaya yang kami terapkan sejak 3 tahun ni (homeschooling sepenuh masa). Semua pun dah minat belajar...mungkin sebab konsep belajar melalui bermain tu la kan.

Kesimpulannya mengajar lebih dari seorang anak ni (jjarak umur yang rapat) memang lebih mencabar dari mengajar seorang anak je. Huhu..kena banyak doa, banyak belajar, banyak bersabar, kena rajin (halau sifat malas tu jauh2) dan jangan cepat mengalah. 
 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design