Saturday 20 September 2014

Homeschooling:: Hari Malaysia 2014


Walaupun cuti umum, tapi kita orang tetap bukak sekolah cam biasa....hihi.yang pasinya tak stress pun sebab tak cuti. Dah tentu sekolah kat rumah yang penuh aktiviti yang menyeronokkan dan kebebasan. Jadi hari ni sambung cerita yang sama dengan hari Kemerdekaan Malaysia hari tu je.


Dapat idea dari majalah "Sayang Muslim" untuk buat kraf bunga raya tu. Idea asal guna straw tapi Mama tukar guna pipe cleaner. Mama lukis pola kakak ngan Qisya gunting pastu cucuk je pipe cleaner kat kertas bunga raya tu..siap.


Ini kali pertama anak-anak tengok dan pegang sendiri bunga raya..Ye la sebelum ni tengok kat gambar je buat tak tau sebab tak nampak menarik kot. Bila buat pembelajaran bertema ni kita akan tumpu segala yang berkaitan. Tak nak bagi anak-anak jemu melabel dengan kertas, Mama suh je tunjuk dengan jari mana kelopak, stigma (ini menda baru belajar), batang dan daun.


Pastu bagi anak-anak buat sendiri petua melebatkan dan menghitamkan rambut. Qisya terus x jadi ramas bila lendir daun tu dan keluar..dia geli.. Kakak ngan Qayra je buat sampai selesai buh kat kepala memasing pastu terus mandi. Elok je rambut Kakak kering terus je dia cakap "eh Mama cuba pegang rambut Alia dah jadi halus sangat pastu dah panjang sikit" aik cepatnye..Mama rasa biasa jek. Haha apa-apa la kan asal anak-anak bahagia...
 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design