Tuesday 16 August 2016

Tips Jimat :: DIY Dot Art Marker

Sebelum tu meh kita berkenalan dulu dengan apa dia Dot Art Marker ni?

1. Digunakan untuk tujuan projek seni dan kraf anak. Ala macam pensel warna, water colour semua tu la.
2. Bagus untuk perkembangan anak
-Perkembangan motor halus (Memegang dan memicit botol)
-Koordinasi mata dan tangan
-Mengenal warna (bole juga buat aktiviti Sains dengan mencampurkan warna)
3. Sangat sesuai untuk anak-anak berumur bawah 6 tahun sebab:
- Mudah untuk anak pegang dan picit.
- Tak perlu berus lukisan, bekas pewarna, air segala tu. Jadi, lebih mudah nak kemas dan sediakan bahan untuk si kecil berkarya.

Bermulanya MQ dapat idea nak buat Dot Art Marker ni sebab payah sangat nak jumpa kat mana-mana kedai alatulis.
Kalau ada pun memang mahal..itu pun satu jenama >>Crayola ni je yang MQ pernah jumpa.

Sumber:google
Sambil membayangkan camne nak hasilkan dot-dot tu, terus nampak gam ngan pewarna makanan je. Haa nampak tak? kan ke lebih kurang sama je bentuknya tu :)

Ini versi percubaan pertama, dot tu kecik sangat

Alhamdulillah menjadi! MQ pernah kongsikan kat IG tahun lepas dan memang ramai rakan IG dah cuba buat dan kongsikan hasilnya.

Sekarang jom tengok bahan yang diperlukan dan cara nak buat pulak.

Bahan-bahan:

1.Gam (ikut la nak berapa botol/warna )
2.Pewarna makanan
3.Lidi

Caranya:

Titiskan pewarna makanan (dalam 2-3 titisan) ke dalam botol gam dan kacau dengan menggunakan lidi sampai sebati.
Jangan banyak sangat nanti terlalu pekat pun tak cantik.


Masa nak kacau ni kena sabar sikit la ye..sebab bukan macam nak larutkan pewarna makanan dalam air.

Tips dan cadangan:

Beli kat kedai RM2 je dapat 4 botol...bole buat 4 warna. Masa nak beli tu pilih muncung yang bulatannya besar ye . Bukan apa kalau tak dot tu kecik nanti jadi camni:

Tengok anak panah: Inilah maksud MQ muncung tu
Tapi kalau bulatannya besar, hasil akan jadi lagi shantek macam ni:
Versi Kedua: Ini baru best sebab dot dah jadi besar nampak cantik

Hasil setanding dengan Crayola kan?
Kat sini MQ letak link untuk download Printables aktiviti menggunakan dot marker:

Klik SINI

Klik SINI untuk lebih banyak pilihan .


Selamat mencuba ye.

Friday 5 August 2016

Tips galakkan anak suka menulis

Lama sangat tak update blog/ fb/ IG dah berbulan rasanya. Sibuuuuuk bila banyak aktiviti luar rumah ni. Balik rumah nak kena siapkan report n sambung dengan jadual harian homeschool pulak.

Ok berbalik kepada tajuk hari ni...anak korang suka menulis tak? Kalau anak-anak MQ ni nak kata tak suka langsung menulis tu tak pulak cuma kurang gembira bila menulis.

Nampak tak gaya bosan tu bila suruh menulis?

Hari demi hari MQ tak putus asa cari kaedah untuk bagi anak-anak rasa seronok bila menulis. Ini hasil carian kat google dan jugak apa yang dah MQ praktikkan kat anak2. Alhamdulillah ada peningkatan walaupun belum capai tahap menulis cerpen hahaha.

Ini antaranya:

1. Menulis bersama anak. 

Bukan suruh anak menulis dan maknya kat sebelah sibuk menulis status di FB. Maksudnya mak bagi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa anak menulis. Kalau anak baru nak belajar pegang pensel atau baru nak belajar tulis huruf, mak tolong pegangkan tangannya sambil menulis tu. Maknanya bila ada sentuhan antara ibu dan anak, akan terbit rasa kasih dan sayang semasa menulis tu. Sebelum tu pastikan mood si emak harus gembira dulu ye.

Lagi satu, kalau anak belum mahir mengeja, kitalah  yang bantu sebutkan perkataan tu dengan jelas. Kemudian minta anak bunyikan huruf dan tulis satu persatu huruf tu. (Ini kira aktiviti mengeja sebenarnya). Tak perlu banyak sangat perkataan tu. Ikut kemampuan anak. Sebaiknya sebut perkataan tu ikut bahasa baku ye. Kalau nak sebut "suka" jangan sebut "suke" pulak...karang tak pasal2 je jadi isu tak puas hati anak beranak. Jangan laju sangat sebut perkataan tu ye.

2. Beri penghargaan

Maksudnya kita boleh raikan dengan kata2 atau pun bagi hadiah. Walaupun anak tu menulis hanya satu huruf (ini untuk anak yang baru nak belajar menulis ye).

Contoh penghargaan yang tak perlukan kos yang tinggi, bawak p main taman je.

MQ   : "sebab adik dah tulis 10 huruf hari ni..Mama nak bawak p main kat taman". ( Kalau boleh masa nak ajak p taman tu, cakap kuat2 sikit bagi anak2 yang lain dengar)
Qayra: "yeay..kakak, Mama nak bawak p taman sebab Ya tulis banyak".
Masa ni kompem yang lain terus berlari nak cari pensel dengan kertas.

Main dalam kolam kat taman mini depan rumah pun jadi

Ini contoh je..ikut la anak korang suka apa kan...sebab anak2 MQ sangat taksub dengan Taman Permainan. Walaupun kat rumah dah ada set playground, sikit diorang tak pernah jemu.

3. Kerap menulis di hadapan anak.

Cth mudah: masa nak buat senarai barang dapur tu panggil anak duk sebelah n pura2 tak ingat nak beli barang apa yang dah habis. Walaupun kadang-kadang nampak anak2 tu macam jeling buat tak tau tapi kalau kita kerap buat macam tu lama2 diorang akan terikut jugak cara kita tu (menulis). Kalau tak caya cer tengok bila anak main masak2 ke main kedai2 ke.

4. Sediakan ruang/sudut menulis

Pastikan ruang/sudut menulis ni  lengkap dengan alat tulis dan pastikan mudah dicapai oleh anak. Kalau boleh bagi menarik sikit tempat tu dan selesa untuk anak nak menulis ye.

Gambar lama. Sekarang kami banyak "School on road"
5. Jangan bagi tekanan pada anak jika tulisan tak cantik dan tak ikut format

Jangan terus tekankan dengan tulisan cantik dulu, tapi bagi anak minat menulis dulu baru tulisan jadi cantik. Sebab apa MQ cakap camni, sebab bila kita kerap menulis, nanti secara otometik tulisan kita akan jadi bertambah baik. Ehem walaupun tulisan MQ tak cantik, tapi orang bole baca dah kira bagus la kan?

6. Menulis di mana-mana

Macam membaca jugak la..membaca di mana sahaja anda berada. Tak kira tempat kita boleh je ajak anak menulis. Tak semestinya kena ada meja dan kerusi baru sempurna tujuan menulis. Gambar kat bawah ni masa kami " jalan-jalan sambil belajar "(Roadschooling) kat Melaka. Ini bukan bas biasa tapi chalet dalam bas lama.
(Iklan sket: Bustel, Klebang Melaka. Harga semalam RM90 Isnin-Khamis dan RM130 hari cuti).

________________________________________________________________

Ha ini pulak contoh aktiviti menulis dengan gembira yang mudah dan ringkas yang kami selalu buat sama-sama:

1. Banyakkan aktiviti melukis dan mewarna

Ini mungkin ramai anak-anak yang suka. Kalau anak lebih suka melukis atau mewarna berbanding menulis, jangan di sekat pulak ye. Selain ianya bagus untuk merangsang otak kanan, melukis jugak adalah salah satu cabang latihan menulis. Sebab nanti anak akan belajar pegang pensel dan menulis dengan baik.


2. Menulis label atau tajuk lukisan kegemaran anak

Anak2 suka melukis tak? Hasil lukisan tu biasanya kita simpan atau buang? Apa kata kita manfaatkan lukisan tu dengan aktiviti menulis. Mudah je caranya, mintak anak tuliskan tajuk lukisan atau labelkan karakter setiap lukisan mereka tu.


Kalau tak ada lukisan, mintak anak tulis kat sticker kosong nama permainan diorang pastu tampal kat permainan diorang pun bole.

3. Menulis senarai barang.

Sambil menulis tu boleh melatih anak untuk memerah otak sama2 berbincang barang apa yang perlu di beli atau di bawa.

Contoh: "Kakak, esok kita nak buat jamuan sebab kakak dapat habiskan baca buku yang baru mama beli hari tu" masa ni dapat agak tak reaksi si kakak dah lompat bintang hoorey. So masa ni lah nak amik kesempatan nak mintak anak menulis dengan gembira. "Ok sekarang mama nak mintak idea Kakak la...kita nak masak apa ye esok? Boleh tolong mama tuliskan tak?" Masa ni kompem dia tak stress kalau mintak tulis banyak pun kan. Cara ni jugak anak akan rasa di hargai  .

4. Main pejabat-pejabat (Omputih kata Pretend Play Office )

Contoh: Mula2 ajak main pejabat2 situasi dalam bilik mesyuarat. Sorang jadi pengerusi, sorang tukang pencatat minit dan ahli yang lain bagi idea. Main olok-olok ala budak2 sangat je tak perlu skema sangat...tak pasal2 stress pulak anak tu nanti. Lepas ni dah boleh minta anak ambik minit mesyuarat yang betul2 punya pulak kan? Ye la kata nak ajar anak meniaga.

Selain tu bermain situasi kat Pejabat Pos pun bagus jugak. Bermula dari tulis surat sampai la p ke pejabat pos. Kan ke banyak watak dan aktiviti menulis di situ.

5. Buat jurnal yang berkaitan dengan diri anak itu sendiri.

Ini sesuai kalau anak dah pandai mengeja dan menulis la. Boleh cadangkan kat anak supaya menulis segala yang berkaitan dengan diri mereka sendiri. Dengan cara ni anak lebih mudah nak mengeluarkan idea nak menulis sebab semuanya berkaitan dengan mereka sendiri.

Jangan bajet anak menulis macam cerpen ke apa dulu. Cukup bermula dengan " Hari ini saya makan lauk ikan bilis. Setiap hari Mama saya suka masak ikan bilis". Haip! macam cerita sendiri je :) Lepas dah siap failkan bagi kemas ye.

Kat bawah ni contoh jurnal Roadschooling anak-anak. Maknanya setiap lawatan anak2 ke satu tempat tu atau bercuti kat mana2 hotel ke, balik rumah MQ akan pastikan anak-anak tulis jurnal ni sebagai rekod dan kenangan. Nak bagi mudah anak2 menulis, MQ pilih beberapa template yang sesuai untuk anak2 kat Pinterest.



Rasanya tu je perkongsian MQ kali ni. Mungkin cara penulisan yang agak panjang, penggunaan bahasa yang kurang tepat dan berulang ulang. MQ pun sama je dengan anak-anak masih belajar menulis.
 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design