Wednesday 30 December 2015

Cerita Penutup 2015: Perkongsian Aktiviti Bersama Anak Yang Menjadi Ikutan Ramai

Sebelum 2016 menjelma Mama Q pilih  3 idea aktiviti dari Mama Q yang beri manfaat kepada follower mahupun stalker. Gambar yang Mama Q pilih ni menjadi ikutan dek pengguna Instagram yang ada lebih 20k followers. Mungkin ramai yang follow mereka ni. Syukur Alhamdulillah.

Kebanyakkan aktiviti tu memang idea sendiri dan kalau dapat dari Pinterest pun versi ubahsuai yang memang tak sama dan ada jugak aktiviti tu idea dari Pinterest dan rakan2 IG.

Ada satu aktiviti ni yang memang dah jadi viral. Mungkin "terperasan" Mama Q yang mulakan dulu atau memang kebetulan orang lain tu pun dapat idea sebijik sama. Sebab lepas je upload gambar ni baru la jumpa ramai yang buat macam ni (kan bole tengok berapa jam/ hari/minggu dah publish).


Kraf kucing gemok ni paling tak sangka n sangat kelakar. Tak sangka sebab sebenarnya tersalah lukis bentuk badannya tu..tapi ada gak yang tertarik n buat sebijik kot rupa kraf tu.

 Asalnya nak buat puzzle tapi bila dah siap baru dapat rasa mesti tak dapat tarik perhatian Qayra sebab tak mencabar langsung untuk dia. Itu yang terus tukar jadi puppet

 Cara main kucing ni macam main wayang kulit tu..cuma tang kaki je tak sempat nak siap dah upload. 

Tak faham apa fungsi stick pada tangan kucing yang dia buat tu...nampak macam statik je tangannye tu. Tapi apa pun ahkak paham dia mesti suka dengan lukisan ahkak si kucing gemok tu kan?


Aktiviti memancing paper clip ni pulak bila dia orang yang cuba buat perkara yang sama, memang ramai yang likes dalam masa 3 jam je dah beratus. Cer bandingkan dengan makcik yang memulakan tu plak walau dah 20 minggu ada 31 likes je. Itu maknanya? hahaha

 Segala aktiviti yang di kongsi bukanlah untuk menunjuk2. Bukan followers dan likes yang banyak yang dicari. 

Kesimpulannya objektif Mama Q tercapai untuk berkongsi Idea aktiviti bersama anak2 dirumah dan dari perkongsian ini  juga, saya dapat rakan IG yang sama seperti saya

Tuesday 29 December 2015

Aktiviti Maulidur Rasul dengan anak-anak

Assalamualaikum...
Masa sambutan Maulidur Rasul baru2 ni kita orang buat aktiviti indoor je.
Macam biasa tahun ni pun bacakan sirah Nabi Muhammad SAW. Lepas tu mama buatkan "interactive notebook" macam ni untuk Kakak ngan Qisya.


Idea buku macam ni dapat dari pinterest.
Buku ni sebenarnya lebih pada nak tarik minat anak menulis atau secara tak langsung latihan mengeja. Ini dah kira cam buku aktiviti la jugak. Selain dari aktiviti menulis, ada aktiviti mewarna, word search ngan Math sekali.

Qayra pulak tetap belum bersedia nak buat kerja2 macam ni. Tapi mama gantikan dengan kraf gajah guna cawan pakai buang ni.


Tak semestinya kena lengkap dengan bahan yang mahal, selagi ada bahan terpakai atau sedia ada kat umah tu buat sesuatu. Betul tak? Asalkan objektif tercapai.




Thursday 3 December 2015

Wajarkah Anak Kecil Mempelajari Ilmu Pertukangan, Elektrik Elektronik dan Sistem Enjin?

 Bukan hanya konsep belajar melalui bermain je tapi Mama Q3 Homeschool punya target supaya anak2 belajar di luar kotak.

Maksudnya kat Malaysia ni rata2 kalau umur 3-6 tahun kat sekolah memang tak dapat ilmu macam ni kan? kan? Sebelum tu cuba baca Mama Q punya perumpamaan ni kena tak?

 "pokok dalam pasu tu tak boleh hidup subur kalau tak di siram tak dibaja..betul tak? Cuma jangan ikut suka2 nak bagi baja luar biasa yang tak sesuai dengan pokok tu. Mati la pokok tu nanti."

Sama gak la dengan anak2 ni...kita sebagai ibu bapa la kena bantu untuk anak2 untuk meneroka ilmu sebanyak-banyaknya tanpa sekatan selagi ianya tak mengancam keselamatan anak2. Bukan kita yang wajibkan anak2 untuk meneroka sesuatu yang mereka tak suka nak tau. Kita boleh jadi pencadang...biasanya anak2 ni nak tau perkara yang mereka nampak di sekeliling mereka.

Kalau belajar menjahit, memasak semua tu dah tentu la ramai anak2 yang dah biasa buat kan? Tapi kalau ilmu macam ni biasa dikaitkan dengan lelaki. Itu pun bila dah besar sikit baru bagi anak buat dan itu pun kebanyakkannya anak2 yang berani cuba explore sendiri (biasanya anak lelaki). 

Haa tau tak yang aktiviti macam ni jugak lah yang banyak merangsang kemahiran berfikir dan daya kreativiti anak-anak.



Walaupun anak2 Mama Q semua perempuan, tapi dah belajar elektrik elektronik (bukak dan pasang komponen laptop rosak, soldering, asas robotic), mengecat (dah tau kegunaan cat kayu dengan cat simen), asas kerja-kerja pertukangan (projek DIY blok kayu) n baru ni pulak belajar menyimen.



Biar betul, dia orang yang nak belajar ke atau mamanya yang lebih2?

Macam yang Mama Q bagitau tadi la..anak2 ni suka nak tau benda yang mereka nampak dan berlaku sekeliling mereka. Macam my princesses ni, dah memang keturunan yang dah sebati dengan semua aktiviti2 macam ni agaknya. Semua memang menggila bila buat projek2 macam ni. Walaupun Qisya masa awal2 dulu memang tak minat lama2 dia pun terjebak.

Anak2 Mama Q ni berani naik "backhoe" (enjin dihidupkan ye). Bukan setakat naik je tapi Kakak dah belajar untuk gerakkan penyodok mesin tu...cuma belum tahap nak korek lubang la. 


Baru2 ni kita orang ada belajar asas sistem Hidraulik guna "syringe" . Macam nilah contohnya belajar dari eksperimen Sains Fizik (tahap kanak-kanak) kepada praktikal secara live. Sekurang-kurangnya mereka dah nampak sikit gambaran macam mana penyodok tu bergerak.


TAPI ini semua bukanlah untuk dibanggakan, cuma nak bagitau ilmu ni luas dan tanpa batasan umur, dan siapa pun anda. Asalkan kita lakukannya dengan ILMU (jangan main ikut-ikut je..nanti anak pun dapat ILMU yang tak betul) dan mengutamakan keselamatan.

Tapi tak bahaya ke aktiviti macam ni?

Hihi betul...tapi bahaya ada di mana-mana. Haish kemon la kalau awal2 lagi dah fikir bahaya camne ni. Sebab tu kita selaku pengasas dan penasihat perlu menjaga tahap keselamatan tu. Maksudnya duk sebelah bukan sambil ngadap henpon atau sambil potong bawang sedangkan tengah ajar anak gunakan hammer.

Kalau kita tengok kat Montessori punya kaedah belajar pun ada mengajar anak gunakan pisau betul (real knife). Jadi bukan Mama Q memandai2 buat teori baru.


Antara projek yang Mama Q buat dengan anak2 yang nampak agak bahaya dan kurang sesuai ialah "soldering". Sebab tu Mama Q tak bagi semua anak2 gunakan "solder iron" tu. Tapi sekurang2nya dia orang tau kegunaan solder, proses pematerian (soldering) n yang paling penting tau camne terhasil titik2 kecik yang warna silver kat Circuit Board (papan litar) tu. 

Circuit Board ni kalau kita pernah bukak laptop ke radio ke atau permainan elektronik ke mesti ada nampak papan yang kaler hijau pastu ada titik2 silver.

Apa contoh aktiviti elektronik yang senang nak buat ye? Sebab kat rumah takde Komputer/Laptop yang dah rosak?

Ha jangan cuba bagi anak bukak laptop yang elok pulak ye. Tapi kalau ada ilmu pasal Computer Hardware takde masalah.

Tak semestinya kena bukak PC. Kebanyakkannya kat semua rumah ada permainan yang menggunakan bateri kan? Kalau takde pun boleh je bagi anak cuba bukak dan pasang balik jam loceng ke.



Ini contoh anak2 belajar ubah suai kereta permainan kepada enjin bot.
Boleh jugak cuba buat aktiviti macam kat SINI untuk kenalkan anak2 asas elekrtik elektronik 

Cerita panjang lebar ni nak tau apa faedah kalau anak belajar benda camni?

1. Bijak berfikir. 
2. Pemikiran lebih kreatif
3. Menjadi lebih matang.
4. Berani mencuba sesuatu yang baru. 
5. Mudah faham kerana ilmu yang dipelajari bukan sekadar teori.
6. Mampu berdikari
7. Anak2 akan rasa mereka lebih dihargai.

Ini semua sebabnya benda yang anak2 buat ni benda real, bukan sekadar permainan biasa yang hanya boleh berangan je. Ini jugak sebab kita dah bagi mereka kepercayaan untuk lakukan apa yang orang dewasa boleh buat.

Ada sesapa nak tambah lagi tak?

Akhir sekali untuk hari ni, meh layan (kalau nak tengok la) semua gambar2 masa projek buat kraf dengan simen hari tu.

Klik SINI untuk tengok video pendek dia orang menyimen.









Monday 30 November 2015

Homeschooling:: Aktiviti Menggunakan Daun

Pernah cuba buat aktiviti menulis atas daun tak? Haaa dengan cara ni secara tak langsung boleh mengurangkan penggunaan kertas...kata omputih "paper less". 

  Sebenarnya banyak cara kreatif yang kita boleh manfaatkan hanya dengan daun2 yang ada kat sekitar rumah kita je. Ops mungkin ada yang tinggal kat apartment tu mungkin boleh petik masa jogging kat taman kot hehehe.

Sebenarnya semua gambar ni dah pernah post kat Instagram tapi saje kumpulkan satu tajuk..biar senang sapa2 nak cari aktiviti menggunakan daun ni. Kalau nak scroll aktiviti yang lama memang jenuh la tangan ngan mata nak tengok satu2.

Gambar kat bawah ni tanpa caption...sebab rasanya boleh faham kot apa aktiviti tu. Kebanyakannya lebih kepada latihan motor halus dan salah satu cara menarik perhatian anak2 belajar. Jom layan gambar ni..








Friday 27 November 2015

Mengajar Anak-Anak Berbeza Tahap & Umur Secara Serentak?

Tak tau nak letak tajuk apa. Sebab ada yang tanya, camna cara saya mengajar anak-anak yang tak sama tahap dan umur ni? Kalau tengok aktiviti-aktiviti yang kitaorang buat banyak yang buat cara berkumpulan.

Memang tak dinafikan bukan mudah nak buat dan memang berbeza mengajar seorang anak..itu pasti. Kalau ada yang kata sorang anak pun susah nak uruskan inikan tiga worang weii. Cam Mama Q ni ada 3 orang anak yang umur tak sama tapi jarak tahun tu rapat2. Bukan tu je tahap penerimaan ilmu pun tak sama level.

So langkah pertama kenalah kenal pasti anak punya Multiple Intelligences (Kecerdasan Pelbagai) dulu, baru mudah nak buat aktiviti apa yang sesuai untuk setiap orang kan? Kalau sapa tak tau cara nak tau lebih tepat lagi MI anak, klik kat SINI. Hasil dari ujian Multiple Intelligences setiap anak tak sama cara belajar..Kakak Word Smart, Qisya Body Smart dan Qayra Picture Smart.



Langkah kedua,  Konsep pembelajaran yang Mama Q buat untuk adalah belajar melalui bermain. Setiap anak2 walaupun tak sama cara belajar, tapi tetap guna konsep yang sama jugak.

Kata cara belajar anak2 berbeza tapi kenapa guna konsep yang sama (belajar melalui bermain)?

Sebab secara fitrahnya umur macam ni anak-anak memang suka bermain dari belajar. Jadi Mama Q gabungkan kaedah belajar semua anak menggunakan konsep belajar melalui bermain. . Oh ye..tiada paksaan untuk membaca menulis segala tu. Cukuplah 3 tahun yang lepas, Mama Q dah buat silap. Menggelabah semacam bila anak orang lain dah boleh membaca masa baby lagi.


Langkah ketiga: Cara paling senang nak uruskan situasi mengajar anak lebih dari seorang ni, kita orang buat pembelajaran bertema dan belajar dalam kumpulan, sebab boleh belajar serentak dan jimat masa.

Meh Mama Q terangkan sikit contoh pembelajaran bertema dan belajar dalam kumpulan ni camne.

Contohnya tema "buah rambutan", buat dalam seminggu atau lebih segalanya tentang buah rambutan je. Maksudnya bukan la asyik nak kenal rambutan je kejanya. Tapi selitkan subjek pelbagai (Keagamaan dan kerohanian, life skill, kraf, Math, Sains, BM, BI dsb) melalui tajuk tu.

Projek awal tahun 2015
Kalau subjek tu umum macam ni tak perlu pun nak asingkan ikut tahap. Macam contoh tema "buah rambutan" ni kan, boleh sama2 belajar proses nak buat jem rambutan. Apa yang anak boleh belajar dan manfaatnya kepada anak adalah:

1. Bermula dengan kupas kulit dan buang biji (latihan motor halus, latihan visual dan fokus),
2. Blend dan proses memasak jem. Nanti masa menyukat bahan dan memasak tu kan dah belajar Math & Sains secara tak langsung. Dan jugak belajar memahami arahan dan langkah2 penyediaan bahan.(life skill ),
3. Belajar buat label jem. Masa ni bagi peluang kat anak untuk  tulis dan lukis. Macam kat gambar atas tu contoh Qayra punya. Mama yang lukis sebab dia tak nak lukis tapi Mama buat titik2 Qayra tulis.(seni kreatif, menulis dan mengeja).

Jangan lupa sebelum dan semasa pembelajaran berlangsung, selitkan dengan nilai kerohanian dan kebersihan.

Lagi contoh tajuk umum yang boleh semua orang belajar sama2: bacaan tafsir atau hadis, story-telling, kraf, peta, ujikaji Sains dan belajar masak. Cuma mungkin macam bacaan tafsir tu ada yang boleh bacakan potongan ayat Al-Quran ada yang hanya mendengar je.

Camne pulak kalau subjek khusus?

Katakan subjek Math, takkan semua orang belajar mengira 1-10 kan? Kalau membaca pulak takkan semua orang belajar mengeja sedangkan ada yang dah lancar bacaannya. Camne ni?

Ok walaupun tak sama tahap belajar tapi masih boleh gunakan tema atau tajuk yang sama. Katakan kakak sepatutnya belajar operasi darab, Qisya bahagi n Qayra operasi tambah. Subjeknya Math dan temanya Buah Rambutan, jadi semua orang akan gunakan tema buah rambutan untuk belajar Math. Mama Q akan lukiskan pokok rambutan dan dalam tu ada soalan yang berbeza mengikut tahap masing-masing.

Kalau membaca pulak biasanya bebas pilih buku cuma Mama wajibkan setiap hari mesti ada bahan bacaan walaupun Qayra tu hanya nak baca 2 ke 3 perkataan je. Itu pun kadang-kadang dia langsung tak nak baca. Sebab tu la bila pembelajaran bertema, dia teruja nak join. Jadi Mama Q akan amik kesempatan ni tuliskan apa2 yang sepatutnya dia kena baca.

Qayra membaca masa tema Pokok Pisang
Camna pulak kalau nak tumpu ajar anak secara individu? 

Iyelah kan mesti ada sesi kita nak tumpu setiap anak punya pencapaian kan? Karang dah jadi macam ajar kat kelas tapi murid tak faham sebab malas nak bukak mulut nak tanya lebih. So nanti anak pun buat-buat faham.

Tu la kan sebab dah lebih 3 tahun buat homeschooling ni, mamanya dah banyak buat eksperimen kat anak-anak ni. Sampai sekarang pun masih belajar dan mengkaji segala tentang perkembangan anak-anak ni.


Mama Q memang dah sediakan macam2 jenis bahan untuk anak-anak menyibukkan diri dalam kabinet khas. Bak kata omputih "busy box". Contohnya mama nak ajar Qayra sahaja, maka kakak2 akan cari bahan yang diaorang suka nak buat masa tu. Macam tu jugaklah bila mamanya nak ajar Kakak atau Qisya, yang lain akan buat aktiviti sendiri.  Jadi dapatlah Mama Q mengajar secara individu dengan amannya mengikut cara belajar masing-masing.

TAPI kadang-kadang tak aman jugak sebab masing-masing pun ada pasang surut. Bila jadi macam ni, Mama Q takkan paksa diri untuk mengajar (hahaha). Tarik nafas panjang2, bagi je diorang apa yang diaorang nak buat n mamanya pun berehat sambil layan pinterest ke Insta ke sambil cari ilham baru.

Masa awal2 dulu Qayra memang suka berkepit dengan mama je. Time nak ajar Kakak ada je dia macam nak tarik perhatian suh tumpu kat dia je. Kalau jadi kes camni Mama Q akan tunggu masa Qayra tidur atau masa dia betul2 nak main sorang2, baru boleh mengajar kakak2nya.

Alhamdulillah sekarang anak2 dah semakin matang sebab dah biasa dengan budaya yang kami terapkan sejak 3 tahun ni (homeschooling sepenuh masa). Semua pun dah minat belajar...mungkin sebab konsep belajar melalui bermain tu la kan.

Kesimpulannya mengajar lebih dari seorang anak ni (jjarak umur yang rapat) memang lebih mencabar dari mengajar seorang anak je. Huhu..kena banyak doa, banyak belajar, banyak bersabar, kena rajin (halau sifat malas tu jauh2) dan jangan cepat mengalah. 

Friday 13 November 2015

Homeschooling :: Buku Tiga Lima Wajib Ada Dalam Beg Mama

Siapa tau buku tiga lima ni? Dulu masa kecik2 arwah mak selalu guna untuk beli barang. Kira macam Credit Card la kan cuma tanpa Interest. Bayar mingguan atau bulanan untuk beli barang dapur.

Sekarang buku ni masih wujud lagi tau dah makin comel pulak tengok warna2nya. Kalau dulu buku tu untuk beli barang, sekarang ni wajib ada kat dalam beg Mama Q bila pergi mana2 untuk bagi anak2 sibuk sementara menunggu sesuatu merangkap mengurangkan anak-anak nak buat perangai.


Sebab utama pilih buku ni?Saiznya yang tersangat comel tu memudahkan Mama Q nak hangkut ke mana-mana. Tak menjadi beban kalau nak dibandingkan dengan pikul buku atau permainan yang besar dalam beg. Maklum la anak ramai..3 orang semua dah macam sebaya. Lagi satu harganya tersangatlah murah...RM2 dapat 14 set buku.


Bila dah ada buku mesti la ada aksesori yang lain kan. Semuanya saiz mini: buku tiga lima, pen, 4 batang pensel warna n pen Mama (tak ada dalam gambar). Mama pun wajib bawak pen  khas ni untuk melukis. Ikut emosi anak masa tu. Bila kita lukis siap2 kadang2 mood diaorang ni semacam. So masa tu terus tanya nak mama lukis gambar apa? sambil2 kita pun buzy sekali sebab mamanya pun kadang2 bosan menunggu.Tapi kadang2 diorang nak lukis sendiri.



Jadinya sapa2 yang rasa nak cuba beli buku ni p la kedai RM2 (ECO-Shop). #Iklantakberbayar

Thursday 29 October 2015

Projek DIY Buku Aktiviti Anak dan Tips Bahagian 2

Sambung balik cerita kita..maklum la super buzy mama memang susah nak ngadap laptop lama2. Banyak nak di kejar..mengajar, memasak, mengemas...mengitu mengini. Ok cukup membebel.

Stakat ni baru siap untuk Qayra sorang je...Kakak dengan Qisya punya turn nanti la...kongsi je dengan Qayra dulu yek. Kakak dah bising dia cakap "ala...ini budak-budak punye..bila kakak punya nak siap ni.." aik? bukan dia pun budak-budak ke?

Sebenarnya bukan kakak-kakak punya tak ada..ada...melambak...ada yang saiz A4 ada yang saiz A5. Semua ni pun Mama Q yang lukis dan tulis. Tapi bukan versi boleh padam tulis la. 

Selama ni pun memang dia orang ni dah biasa dengan buku yang mama buat..mungkinla berkenan sebab tengok Qayra punya boleh conteng banyak kali pastu padam balik. Bukan apa..ada penyakit "M" bila nak laminate tu la...kena wat overtime tau. Kita tengok contoh versi tanpa laminate dulu.

Buku aktiviti biasa
Ada jugak yang Mama Q print tapi buat masa ni anak-anak lagi suka yang Mama Q lukis (walaupun buruk). Bila mama sendiri yang tulis n lukis, laju je anak-anak nak buat. Contohnya kalau mama suh siapkan buku kerja (workbook), kadang-kadang tu macam suruh makan ubat je muka memasing.

 Bila dah jadi camni, biasanya mama akan buat magic hahaha. Lukis gambar comel2 yang agak2 bila anak2 tengok je kompem nak buat, pastu selitkan soalan yang dalam workbook tadi. Hah siap laju je...pastu sejuk je tengok muka memasing buat kerja sambil nyanyi2 lagi.
Hasil kerja 3 orang disatukan dalam satu buku

Berbalik pada tajuk "dryerase busybook" atau dalam bahasa yang lagi senang nak faham "buku aktiviti yang akan membuatkan anak sibuk dengan perkara berfaedah versi boleh conteng dan padam berulangkali".


Selain dari buku ABC dengan 123 tu, ada satu buku ni untuk permainan kreatif ikut kreativiti anak nak buat camne. Kat bawah ni beberapa contoh dari 10 helai buku tu. Dalam proses nak buat lagi ni ..nanti tambah jekat ring tu. 

Cover pun belum siap lagi. Buku ni boleh masuk dalam "busybag"sekali dengan tools macam pom-pom ball, fancy ereaser dan sewaktu dengannya."Busybag" apa pulak tu? ala sebenarnya beg yang ada disisi dengan bahan2 permainan belajar. Biasanya sesuai untuk travel senang nak bawak ke mana-mana. KALAU ada masa boleh Mama Q share busy bag kita orang sejak 3 tahun lepas punya.


Bila buku ni dah digunakan, barulah tau apa nak di komen ye tak? Mama Q ulas satu persatu tentang kos pembuatan, bahan yang digunakan, tips dan apa yang best apa yang tak best ye...jujur ni.

Laminate

Mama Q laminate tak guna mesin khas tapi guna seterika (keterangan lanjut ada kat post sebelum ni) Jadinya nak kata kualiti memang agak kurang cantik tapi boleh tahan la jugak kalau untuk kegunaan peribadi. Atau..mungkin jugak Mama Q kurang mahir nak gunakan iron tu. Sebab kalau Mama Q nak iron baju pun memang ada je kedut-kedut lagi...so paham2 la ye hihi.Lagi satu kalau penggunaan heavy duty amat digalakkan melabur la sikit beli mesin tu.

Kertas A4

Guna cap ayam je yang rege rm8 untuk 450 helai.Tapi kalau nak lagi tahan lasak guna kad saiz A4 la..nanti jadi lagi keras.

Card Ring

Beli kat kedai eco rm2 (tak termasuk GST) ada 12. Saiz 19mm


Alat tulis

Untuk menulis, mewarna dan melukis kat atas plastik laminate ni tak sama kesannya kalau tulis kat whiteboard. Sebab pemilihan pen atau marker yang kurang sesuai akan meninggalkan kesan comot nanti. Mama Q bagi contoh macam gambar kat bawah ni ada whiteboard marker dan colour pen yang keduanya jenis washable (boleh cuci dengan mudah).


Persamaan kesemua ni boleh tulis dan padam dan jugak semua ni beli kat Mr.DIY.

1. Whiteboard marker 8 warna Harga lebih RM10 (lupa sebab dah lama beli )
2. Washable Color Pen (dalam botol) 18 warna RM3++ (ini pun dah lama beli..sticker pun dah tanggalkan)
3. Washable Color Pen 12 warna RM5.50

Hasil:

1. Whiteboard Marker:

Kualiti memang superb..tapi susah nak padam walaupun dengan pemadam papan putih ni mahupun span dan kain batik mama hehe. Nak kata sebab cap ayam Mama Q dah try Artline pun sama gak.


2. Washable Color Pen

Washable Color Pen
Kedua-duanya senang nak padam samaada gunakan pemadam papan putih atau span. Yes tapi ada yang bezanya tang kualiti warna. Gambar A menggunakan pen dalam botol (warna lebih lembut dan tak bercapuk) dan gambar B menggunakan pen yang 12 batang tu (warna terang tapi ada kesan macam mencurah air di daun keladi la). Tapi nampak lebih sesuai untuk travel sebab bekasnya yang sebegitu.

Kalau jenis lain tak boleh ke? Boleh je asal jenis boleh padam tapi saya cadangkan kalau boleh pilih yang kita boleh test dulu calit kat plastik pastu cuba tengok kualitinya camne. Saya pernah cuba washable color pen jenis lain..masa saya calit tu nampak dah warna tu tak melekat pada plastik..lagi betul-betul mencurah air di plastik. Cuma jangan guna magic color sudah ye.


 Akhir sekali mesti kena ada pemadam la kan. Jenis pemadam untuk whiteboard 80sen (macam kain baldu) dengan span yang rege 20 sen ni pun ok.


Keduanya best tapi ada kelebihan masing-masing. Kalau span ni senang nak padam titik-titik kecik tu sebab span ni kan boleh menguncup mengembang ikut cara kita pegang. Pastu kalau ada kotoran degil boleh sental gunakan yang warna hijau tu pulak.

Pemadam papan putih pulak nampak smart dan tangan anak tak terkena kesan marker tu sebab ada pemegang..nampak macam lebih selamat. Tapi bagi Mama Q sama je..sebab walaupun tak kena tangan tapi lepas menulis wajib basuh tangan dengan air sabun dan bilas bersih-bersih.


Wednesday 28 October 2015

Projek DIY buku aktiviti melekakan anak (Bahagian 1)

Masa kakak dengan Qisya dulu, walaupun Mama Q tulis dan lukis sendiri, tapi tak pernah terlintas nak laminate. Tapi sejak dah tau cara mudah nak laminate sendiri ni dah timbul macam2 idea nak buat. Sebenarnya tercetus bila rakan kat IG @stellasutjiadi, ibu yang TERsangat kreatif buat "busybook" untuk anaknya. Tak caya cer la try follow. 



Ok berbalik pada cerita buku ni. Lukisan pun dah ada "improvement" tau haha. Ye saya tak pandai melukis dan tulisan pun buruk. Sejak Mama Q dah amik keputusan untuk menyekolahkan anak kat rumah sepenuh masa ni, memang terasa macam masuk kelas melukis sekali.



Untuk projek ni, ini buku pertama untuk Qayra (3 tahun). Kalau dah nama pun laminate, maknanya tujuan buku ni selain untuk bagi tahan lama, mestilah untuk tujuan bole tulis pastu padam semula kan? 


Objektif nak buat buku ni untuk melekakan anak dengan aktiviti berfaedah terutama bila mamanya tengah sibuk mengajar kakak2 ke, tengah membanting tulang kat belakang rumah
ke dan sewaktu dengannya. Ops lupa bole bawak travel jugak. Saiz buku ni pun tak sebesar mana...separuh A4 je atau nama mengikut piawaiannya A5.


Kenapa susah-susah nak lukis n tulis sendiri? kata tulisan buruk? print je la..senang..ke ink printer dah abis?

Hahahaha sebenarnya boleh je kalau nak print. Tapi percayalah bila kita yang tulis dan lukis sendiri anak akan lebih menghargai. Siap bole request tambah itu ini...amboi memasing punya citarasa kemain lagi ek. Eh ni anak-anak saya la..anak orang lain tak tau pulak macam mana reaksinya kan.

Kelebihan lukis dan tulis sendiri:

1. Boleh buat buku yang khusus mengikut keperluan, kemampuan, permintaan dan kesukaan anak kita.Ye betul ni, anak kita yang sorang ni takkan sama dengan anak-anak yang lain (kalau ada lebih sorang anak) dan tak sama dengan anak orang lain jugak.


Contohnya buku abc ni, Mama Q buat khas untuk Qayra je. Mungkin orang lain boleh guna tapi mungkin akan tanya kenapa tak ada huruf  "c"...kenapa asyik gambar rama-rama je ni? kenapa itu ini? Ha sebab Qayra suka rama-rama...hari2 nyanyi lagu "butterfly" dan Qayra dah lulus sangat tulis huruf "c", so Mama skip latihan menulis huruf "c" cuma bagi latihan padanan huruf dengan gambar je.
 Oh ye lagi satu Qayra buat masa ni Mama belum kenalkan huruf besar lagi secara rasmi sebab nak ikut formula mengajar membaca kaedah fonik kaedahnya. Macam Qisya (anak kedua) sebelum ni pun tak payah nak beriya sangat ajar huruf besar tu, bila dia dah master huruf kecik, otometik dia mudah nak kenal sendiri.

2. Motivasi untuk mamanya supaya buat yang terbaik sebelum kena kritik kat anak2 sebab tak faham mama lukis ayam ke kerbau and of course upgrade tulisan tu supaya anak2 faham itu adalah huruf dan bukannya cacing kerawit.

Alamak rasanya cukup sampai sini dulu...sambung nanti bahagian 2 plak ye...panjang nak cerita

 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design