Eh apa hal pulak nak membaca dengan kucing pulak ni?
Camni ceritanya...4 tahun lepas, Mama Q ada baca tentang terapi dengan haiwan peliharaan untuk anak-anak autism. Terapi ini juga sangat sesuai untuk anak yang tersangat pemalu atau kurang keyakinan diri khususnya.
Sebelum ni, 3 orang anak dara ni memang tersangat pemalu terutama Qisya. Ini bukan nak kata sebab homeschool anak-anak jadi pemalu. Tapi sejarah masa zaman kanak-kanak Mama Q dan suami pun memang pemalu. Nak kata kurang bersosial, tapi bila dengan orang tertentu boleh pulak banyak cerita. Ini bukan kisah nak buang sifat pemalu tu tapi biarlah malu bertempat betul tak?
Sebelum tu meh kita tengok beberapa kebaikan yang kita perolehi dari memelihara haiwan peliharaan ni. Antaranya:
- Membina self-esteem.
- Meningkatkan kemahiran komunikasi.
- Sebagai terapi mental dan emosi.Kalau Qayra menangis, dengan pantas Chelsea datang nak pujuk (terapi emosi)
- Memupuk disiplin diri dan sifat bertanggungjawab.
Membersihkan tempat najis dan memberi makan minum setiap hari - Membuang sifat mementingkan diri.
Contohnya kita akan peruntukkan belanja untuk haiwan kesayangan ni. Biasalah kan kalau dah sayang, kita akan menjaga kebajikannya betul tak?
Contohnya Mama Q dulu masa sekolah rendah terutamanya, memang ada perasaan tu. Bila malu semakin menebal, mulalah rasa hilang keyakinan diri sambil berasa ada suara-suara kecil yang mengejek. Lepas tu sudahnya walaupun tahu membaca, bacaan jadi tak betul atau kadang-kadang suara tak boleh nak keluar langsung! Ni kisah benar tau 😁😁.
Sebenarnya apabila anak selalu membaca bersama haiwan peliharaan, anak akan berasa sangat selesa dan sangat yakin untuk memperbaiki bacaannya. Sebagai contoh haiwan paling sesuai untuk sesi read aloud (membaca dengan kuat) ni adalah kucing. Sebab apa, kucing merupakan pendengar yang baik dan peneman yang setia tau! Kucing tak akan gelak bila bacaan tu bunyinya kelakar atau tersilap baca.
Bukanlah bermaksud biarkan anak terus melakukan kesilapan semasa membaca. Tapi cara ini akan membuatkan anak mampu memecahkan "tembok" rasa malu dan rendah diri yang ada dalam diri mereka terlebih dahulu.
"Reading aloud to pets allows children to practice their reading skills to a non-judgmental audience." The Virtual Voice |
Bayangkanlah anak tengah syok membaca dengan yakinnya siap mimik muka bagai, sekali tu boleh pulak baca petikan dalam Bahasa Inggeris "once" yang bunyi sepatutnya "wans" tapi silap baca jadi "oncei". Lepas tu kawan-kawan pakat gelak berjemaah. Anak yang self-esteem rendah akan rasa nak lari sekuat hati keluar dari kelas dan tak nak masuk kelas sampai bila-bila. Ini contoh je ye 😁😁.
Tapi kalau self-esteem anak tinggi, dia dah tak kisah kalau kena "bahan" kat kawan-kawan sekali pun. Anak akan dapat terima teguran dengan hati terbuka.
Percaya tak 3 tahun sebelum ni, selain tersangat pemalu nak jumpa dengan orang, semua anak-anak Mama Q sangat takut dan geli dengan kucing?
Sampai kalau ada kucing melintas kat depan semua panjat kerusi pastu jerit-jerit ketakutan. Kesian je kucing-kucing kat kampung bila 3 anak dara ni balik je terpaksa kena kurung. Itu dulu! sekarang tidak lagi. Macam mana tu?
Sebagai langkah pertama, kami usahakan untuk bagi anak suka dan sayang dengan kucing dulu. Bukan sekejap prosesnya tu makan bulan juga sampailah sekarang kami dan memelihara seekor kucing yang diberi nama Chelsea.
Mula-mula jangan terus bagi pegang tapi tunjuk dulu yang kucing ni selamat dipegang dan diusap. Buat selalu sampai mereka yakin kucing tak bahaya.
Bila anak dah berani usap kucing maknanya baru kita bagi tugasan bagi makan minum kucing pulak sampailah mereka biasa dan percayalah kucing memang akan sentiasa jadi peneman setia. Sampai setiap kali anak-anak beraktiviti, mesti Chelsea akan turut serta. Comel je kan?
Alhamdulillah sebelum berkongsi cerita ni, kami dah pun memelihara Chelsea hampir 3 tahun dan memang tersangat banyak perubahan positif kat semua anak-anak.
Walaupun hanya Qisya yang masih malu-malu bila jumpa dengan orang yang baru dia kenal, tapi intonasi bacaannya bertambah bagus dan rasa sayang dia pada semua kucing yang dia jumpa kat mana-mana bertambah baik.
Setiap pagi dan sebelum tidur dia sendiri akan peka dengan makan minum Chelsea. Terkini Qisya dan pun berani dukung dan peluk kucing.
Sekarang dah ada 3 ekor kucing. Chelsea, Ow ow dan Deebu.
**Setiap bulan wajib titiskan ubat kutu dan kerap spray serai wangi kat bulu mereka ni sebab selalu ikut main kat luar. Walaupun bukan kucing kampung, tapi sangat aktif dan lasak macam tuan mereka jugak. Syukur anak-anak tiada alahan dengan kucing.
Masa ni semua kucing ikut anak-anak buat aktiviti luar |
#CatatanMamaQ3
#SeronokBelajardiRumah
#homeschoolinglife