Monday 7 November 2016

Homeschooling::Design T-Shirt Sendiri

Assalamualaikum...

Hari ni MQ nak kongsi projek dengan anak-anak minggu lepas iaitu mencetak T-shirt sendiri.



Kalau tahun lepas kami gunakan krayon dan kertas pasir untuk cetak t-shirt sempena bulan Ramadan, tapi tahun ini kami gunakan transfer paper pula.


Kalau ada yang tak tahu macam mana rupa transfer paper tu ini gambarnya



Kalau ikutkan mudah sahaja cara menggunakan transfer paper ni.. tapi MQ buat kelainan sikit supaya anak-anak dapat merasai pengalaman hasil kerja tangan mereka sendiri.



Apa kelainannya tu? 

Ehem t-shirt ni akan ada 2 gambar depan dan belakang, dimana satu gambar dari carian google dan satu lagi gambar yang dilukis sendiri.



Mereka akan melalukan aktiviti: 

1. Memilih gambar kartun yang mereka suka. Sebenarnya mungkin sebab gambar yang mereka pilih tu sangat comel dan bukan sebab pernah tengok ceritanya. 
2. Melukis gambar kesukaan mereka pada kertas A4 menggunakan pen marker.
3. Proses mengimbas (scan) gambar yang dilukis.
4. Edit gambar dan masukkan teks, 
5. Mencetak (print) pada transfer paper
6. Menggunakan iron untuk proses pemindahan gambar pada t-shirt
7. Akhir sekali proses membuka sticker dan mewarnakan gambar pada t-shirt.

Sebenarnya dari aktiviti-aktiviti diatas, mereka telah belajar banyak perkara dan banyak manfaat kepada anak-anak. Antaranya 

1. Belajar/memahirkan menggunakan perisian (software) dan term IT. MQ ikut level anak-anak untuk terangkan term-term IT ni.  Contohnya semasa anak sedang mencari gambar menggunakan google, dia tahu bahawa google itu adalah enjin carian (search engine). Macam Kakak, dia dah biasa dengar search engine, maksudnya dia faham bukan hanya boleh gunakan google untuk nak cari maklumat. 

2. Belajar/memahirkan menggunakan perkakasan (hardware) IT. Tak ada yang mustahil lagi anak-anak seawal 4 tahun dah tahu nak gunakan printer dan scanner.

3. Menambah pengetahuan tentang tentang produk (transfer paper): MQ bagi penerangan perbezaan kertas ni dengan kertas biasa dan beritahu kegunaannya.

4. Melatih kemahiran motor halus, meningkatkan daya tumpuan, koordinasi mata dan tangan



Bahan dan kos untuk projek ni:

1. T-Shirt putih RM5 sehelai. Ini kualiti yang biasa, kalau nak kain yang kualiti sedap pakai harga yang pernah MQ jumpa masih bawah RM10. Belum jumpa yang betul-betul sedap pakai lagi.

2. Pada mulanya nak gunakan Fabric Marker, tapi rupanya tak serap bila dah guna transfer paper ni. Jadi kami gunakan permanant marker yang murah ni je RM2.



Transfer Paper RM35 (10 keping) boleh beli kat kedai komputer. Boleh juga beli sekeping dalam RM5. Kalau perasan, kat bawah ni ada mention "Light T-Shirt" maksudnya kalau untuk T-Shirt gelap kertasnya lain dan cara guna pun tak sama tau.


4. Printer 3 in 1 (ini kalau nak guna scanner la). 

5. Iron

Tips semasa memindahkan gambar:

1. Jangan lupa untuk membuat mirror effect pada tulisan dan gambar ya. Kalau tidak nanti bila dah iron gambar dan tulisan pada t-shirt akan terbalik. 
2. Semasa menggunakan iron mulakan dengan sudu yang rendah dahulu dan tambah suhu jika kertas tak melekat. MQ gunakan suhu nyang paling tinggi baru kertas tu melekat pada baju. Sebab lain iron lain kesannya kan.

Kalau nak tau betul-betul cara nak guna transfer paper boleh cuba klik video ni 

Kemaskini 28 Nov 2016: Lepas dah 2 kali pakai dan basuh, kesan printing gambar memang tak hilang dah pudar langsung! Permanent marker tu pun warna masih kekal. MQ tak gunakan  fabric marker sebab ye la kan  fabric marker yang MQ beli tu nak serap sampai dalam kain sebab bila kita guna transfer paper, dia akan jadi macam plastic (kalis air) kat t-shirt tu. Cadangan MQ terus warnakan guna komputer dan print atau kalau nak bagi anak-anak mewarnakan sendiri t-shirt tu jugak, guna permanent marker yang high quality atau cari fabric marker yang jenis boleh tembus transfer paper ye.

 Lagi satu yang tak best kualiti transfer paper sangat tak sesuai untuk baju atau segala jenis kain yang perlu di basuh sebab dia akan jadi kedut. Sebab tu pemilihan kualiti transfer paper mesti di utamakan. Tapi kalau untuk nak print kat beg yang jenis ni pun dah memadai. 


Tuesday 16 August 2016

Tips Jimat :: DIY Dot Art Marker

Sebelum tu meh kita berkenalan dulu dengan apa dia Dot Art Marker ni?

1. Digunakan untuk tujuan projek seni dan kraf anak. Ala macam pensel warna, water colour semua tu la.
2. Bagus untuk perkembangan anak
-Perkembangan motor halus (Memegang dan memicit botol)
-Koordinasi mata dan tangan
-Mengenal warna (bole juga buat aktiviti Sains dengan mencampurkan warna)
3. Sangat sesuai untuk anak-anak berumur bawah 6 tahun sebab:
- Mudah untuk anak pegang dan picit.
- Tak perlu berus lukisan, bekas pewarna, air segala tu. Jadi, lebih mudah nak kemas dan sediakan bahan untuk si kecil berkarya.

Bermulanya MQ dapat idea nak buat Dot Art Marker ni sebab payah sangat nak jumpa kat mana-mana kedai alatulis.
Kalau ada pun memang mahal..itu pun satu jenama >>Crayola ni je yang MQ pernah jumpa.

Sumber:google
Sambil membayangkan camne nak hasilkan dot-dot tu, terus nampak gam ngan pewarna makanan je. Haa nampak tak? kan ke lebih kurang sama je bentuknya tu :)

Ini versi percubaan pertama, dot tu kecik sangat

Alhamdulillah menjadi! MQ pernah kongsikan kat IG tahun lepas dan memang ramai rakan IG dah cuba buat dan kongsikan hasilnya.

Sekarang jom tengok bahan yang diperlukan dan cara nak buat pulak.

Bahan-bahan:

1.Gam (ikut la nak berapa botol/warna )
2.Pewarna makanan
3.Lidi

Caranya:

Titiskan pewarna makanan (dalam 2-3 titisan) ke dalam botol gam dan kacau dengan menggunakan lidi sampai sebati.
Jangan banyak sangat nanti terlalu pekat pun tak cantik.


Masa nak kacau ni kena sabar sikit la ye..sebab bukan macam nak larutkan pewarna makanan dalam air.

Tips dan cadangan:

Beli kat kedai RM2 je dapat 4 botol...bole buat 4 warna. Masa nak beli tu pilih muncung yang bulatannya besar ye . Bukan apa kalau tak dot tu kecik nanti jadi camni:

Tengok anak panah: Inilah maksud MQ muncung tu
Tapi kalau bulatannya besar, hasil akan jadi lagi shantek macam ni:
Versi Kedua: Ini baru best sebab dot dah jadi besar nampak cantik

Hasil setanding dengan Crayola kan?
Kat sini MQ letak link untuk download Printables aktiviti menggunakan dot marker:

Klik SINI

Klik SINI untuk lebih banyak pilihan .


Selamat mencuba ye.

Friday 5 August 2016

Tips galakkan anak suka menulis

Lama sangat tak update blog/ fb/ IG dah berbulan rasanya. Sibuuuuuk bila banyak aktiviti luar rumah ni. Balik rumah nak kena siapkan report n sambung dengan jadual harian homeschool pulak.

Ok berbalik kepada tajuk hari ni...anak korang suka menulis tak? Kalau anak-anak MQ ni nak kata tak suka langsung menulis tu tak pulak cuma kurang gembira bila menulis.

Nampak tak gaya bosan tu bila suruh menulis?

Hari demi hari MQ tak putus asa cari kaedah untuk bagi anak-anak rasa seronok bila menulis. Ini hasil carian kat google dan jugak apa yang dah MQ praktikkan kat anak2. Alhamdulillah ada peningkatan walaupun belum capai tahap menulis cerpen hahaha.

Ini antaranya:

1. Menulis bersama anak. 

Bukan suruh anak menulis dan maknya kat sebelah sibuk menulis status di FB. Maksudnya mak bagi tumpuan dan perhatian sepenuhnya semasa anak menulis. Kalau anak baru nak belajar pegang pensel atau baru nak belajar tulis huruf, mak tolong pegangkan tangannya sambil menulis tu. Maknanya bila ada sentuhan antara ibu dan anak, akan terbit rasa kasih dan sayang semasa menulis tu. Sebelum tu pastikan mood si emak harus gembira dulu ye.

Lagi satu, kalau anak belum mahir mengeja, kitalah  yang bantu sebutkan perkataan tu dengan jelas. Kemudian minta anak bunyikan huruf dan tulis satu persatu huruf tu. (Ini kira aktiviti mengeja sebenarnya). Tak perlu banyak sangat perkataan tu. Ikut kemampuan anak. Sebaiknya sebut perkataan tu ikut bahasa baku ye. Kalau nak sebut "suka" jangan sebut "suke" pulak...karang tak pasal2 je jadi isu tak puas hati anak beranak. Jangan laju sangat sebut perkataan tu ye.

2. Beri penghargaan

Maksudnya kita boleh raikan dengan kata2 atau pun bagi hadiah. Walaupun anak tu menulis hanya satu huruf (ini untuk anak yang baru nak belajar menulis ye).

Contoh penghargaan yang tak perlukan kos yang tinggi, bawak p main taman je.

MQ   : "sebab adik dah tulis 10 huruf hari ni..Mama nak bawak p main kat taman". ( Kalau boleh masa nak ajak p taman tu, cakap kuat2 sikit bagi anak2 yang lain dengar)
Qayra: "yeay..kakak, Mama nak bawak p taman sebab Ya tulis banyak".
Masa ni kompem yang lain terus berlari nak cari pensel dengan kertas.

Main dalam kolam kat taman mini depan rumah pun jadi

Ini contoh je..ikut la anak korang suka apa kan...sebab anak2 MQ sangat taksub dengan Taman Permainan. Walaupun kat rumah dah ada set playground, sikit diorang tak pernah jemu.

3. Kerap menulis di hadapan anak.

Cth mudah: masa nak buat senarai barang dapur tu panggil anak duk sebelah n pura2 tak ingat nak beli barang apa yang dah habis. Walaupun kadang-kadang nampak anak2 tu macam jeling buat tak tau tapi kalau kita kerap buat macam tu lama2 diorang akan terikut jugak cara kita tu (menulis). Kalau tak caya cer tengok bila anak main masak2 ke main kedai2 ke.

4. Sediakan ruang/sudut menulis

Pastikan ruang/sudut menulis ni  lengkap dengan alat tulis dan pastikan mudah dicapai oleh anak. Kalau boleh bagi menarik sikit tempat tu dan selesa untuk anak nak menulis ye.

Gambar lama. Sekarang kami banyak "School on road"
5. Jangan bagi tekanan pada anak jika tulisan tak cantik dan tak ikut format

Jangan terus tekankan dengan tulisan cantik dulu, tapi bagi anak minat menulis dulu baru tulisan jadi cantik. Sebab apa MQ cakap camni, sebab bila kita kerap menulis, nanti secara otometik tulisan kita akan jadi bertambah baik. Ehem walaupun tulisan MQ tak cantik, tapi orang bole baca dah kira bagus la kan?

6. Menulis di mana-mana

Macam membaca jugak la..membaca di mana sahaja anda berada. Tak kira tempat kita boleh je ajak anak menulis. Tak semestinya kena ada meja dan kerusi baru sempurna tujuan menulis. Gambar kat bawah ni masa kami " jalan-jalan sambil belajar "(Roadschooling) kat Melaka. Ini bukan bas biasa tapi chalet dalam bas lama.
(Iklan sket: Bustel, Klebang Melaka. Harga semalam RM90 Isnin-Khamis dan RM130 hari cuti).

________________________________________________________________

Ha ini pulak contoh aktiviti menulis dengan gembira yang mudah dan ringkas yang kami selalu buat sama-sama:

1. Banyakkan aktiviti melukis dan mewarna

Ini mungkin ramai anak-anak yang suka. Kalau anak lebih suka melukis atau mewarna berbanding menulis, jangan di sekat pulak ye. Selain ianya bagus untuk merangsang otak kanan, melukis jugak adalah salah satu cabang latihan menulis. Sebab nanti anak akan belajar pegang pensel dan menulis dengan baik.


2. Menulis label atau tajuk lukisan kegemaran anak

Anak2 suka melukis tak? Hasil lukisan tu biasanya kita simpan atau buang? Apa kata kita manfaatkan lukisan tu dengan aktiviti menulis. Mudah je caranya, mintak anak tuliskan tajuk lukisan atau labelkan karakter setiap lukisan mereka tu.


Kalau tak ada lukisan, mintak anak tulis kat sticker kosong nama permainan diorang pastu tampal kat permainan diorang pun bole.

3. Menulis senarai barang.

Sambil menulis tu boleh melatih anak untuk memerah otak sama2 berbincang barang apa yang perlu di beli atau di bawa.

Contoh: "Kakak, esok kita nak buat jamuan sebab kakak dapat habiskan baca buku yang baru mama beli hari tu" masa ni dapat agak tak reaksi si kakak dah lompat bintang hoorey. So masa ni lah nak amik kesempatan nak mintak anak menulis dengan gembira. "Ok sekarang mama nak mintak idea Kakak la...kita nak masak apa ye esok? Boleh tolong mama tuliskan tak?" Masa ni kompem dia tak stress kalau mintak tulis banyak pun kan. Cara ni jugak anak akan rasa di hargai  .

4. Main pejabat-pejabat (Omputih kata Pretend Play Office )

Contoh: Mula2 ajak main pejabat2 situasi dalam bilik mesyuarat. Sorang jadi pengerusi, sorang tukang pencatat minit dan ahli yang lain bagi idea. Main olok-olok ala budak2 sangat je tak perlu skema sangat...tak pasal2 stress pulak anak tu nanti. Lepas ni dah boleh minta anak ambik minit mesyuarat yang betul2 punya pulak kan? Ye la kata nak ajar anak meniaga.

Selain tu bermain situasi kat Pejabat Pos pun bagus jugak. Bermula dari tulis surat sampai la p ke pejabat pos. Kan ke banyak watak dan aktiviti menulis di situ.

5. Buat jurnal yang berkaitan dengan diri anak itu sendiri.

Ini sesuai kalau anak dah pandai mengeja dan menulis la. Boleh cadangkan kat anak supaya menulis segala yang berkaitan dengan diri mereka sendiri. Dengan cara ni anak lebih mudah nak mengeluarkan idea nak menulis sebab semuanya berkaitan dengan mereka sendiri.

Jangan bajet anak menulis macam cerpen ke apa dulu. Cukup bermula dengan " Hari ini saya makan lauk ikan bilis. Setiap hari Mama saya suka masak ikan bilis". Haip! macam cerita sendiri je :) Lepas dah siap failkan bagi kemas ye.

Kat bawah ni contoh jurnal Roadschooling anak-anak. Maknanya setiap lawatan anak2 ke satu tempat tu atau bercuti kat mana2 hotel ke, balik rumah MQ akan pastikan anak-anak tulis jurnal ni sebagai rekod dan kenangan. Nak bagi mudah anak2 menulis, MQ pilih beberapa template yang sesuai untuk anak2 kat Pinterest.



Rasanya tu je perkongsian MQ kali ni. Mungkin cara penulisan yang agak panjang, penggunaan bahasa yang kurang tepat dan berulang ulang. MQ pun sama je dengan anak-anak masih belajar menulis.

Wednesday 1 June 2016

Perisian percuma belajar mengira dan membaca


Saje nak berkongsi satu perisian percuma ni.Sebenarnya dah pernah post entri ni tahun 2014 kat blog lama sebelum ni. Saje nak kongsi kat sini pulak.

 Bukan nak menggalakkan anak asyik ngadap gajet, tapi nak bagi anak tau dan mahir menggunakan keyboard,mouse dan touch pad pulak. Ye la kan..kita kena seimbangkan cara pembelajaran anak kita dengan arus pembangunan yang rata2 menggunakan teknologi maya ni. Cuma kita sebagai ibu bapa lah yang mengawal penggunaannya.

DOWNLOAD
 Rasanya ramai dah tau perisian (software) ni...Alternatif kalau nak games yang tak perlukan WAJIB on internet, boleh la install aplikasi ni untuk anak belajar Math, basic reading dan ada beberapa lagi permainan yang menguji minda. Meh kita tengok apa yang menarik dalam Sebran ni:

1. Permainan yang menguji minda


 Contoh selain ada memory games, ada"hangman" gak tau:

-Mengasah minda anak-anak untuk berfikir dan menambahkan pengetahuan. 
-Sesuai untuk seisi keluarga. Bukan anak je yang main ni tapi Mak Abahnye sekali leh join lagi meriah sebab ada pasukan sorak. Ye la kan macam anak-anak Mama ni kan umo bawah 5 lom biasa lagi nak teka perkataan ni..kiranya nak bagi biasa lah ni. Kalau main "hangman" ni memang riuh.

2. Belajar membaca:: Ada belajar ABC dan bagi yang dah kenal huruf boleh belajar membaca perkataan baru. Contoh kat bawah ni suaikan (match) perkataan dengan gambar


3. Belajar Matematik:: belajar mengenal nombor, mengira, operasi tambah, operasi tolak  dan operasi darab. Boleh pilih level easy atau difficult




Macam kat bawah ni, sambil mengira sambil  membaca dan belajar memahami soalan


Menarik kan?  

Ok kalau sesiapa yang tak tau cara nak install SEBRAN ni, cuma perlu klik DOWNLOAD dan simpan dalam laptop atau PC. Oh ye perisian ni untuk Windows 2000, XP, Vista or Windows 7.  Nanti bila dah install, klik je icon SEBRAN.exe dah leh guna...

Friday 20 May 2016

Mesin Laminate Murah Jenama Tesco

Akhirnya beli jugak mesin laminate ni. Sebab dah makin banyak pulak yang nak di plastik keraskan hahaha. Tak larat makcik nak iron kalau dah permintaan tinggi dari anak-anak ni. Klik sini nak baca post sebelum ni cara laminate guna seterika (iron)

Kadang-kadang diaorang dah lukis orang kertas (paper doll) cantik-cantik pastu gunting n main tak lama dah kena buang. Bila laminate kan ke tahan lama n boleh jugak simpan kenangan masa kecik hasil lukisan bebudak nih.


Mulanya ada terbaca kat satu blog ni review pasal mesin laminate jenama Tesco ni...katanya kualiti bagus jugak walaupun murah. Siap boleh laminate dalam 100 keping pun xde masalah. Dia beli masa tengah ada diskaun tahun lepas kot. MQ tak lengah dah esoknya terus ke Tesco n beli satu. 

Masa belek2 mesin tu memang tak ada diskaun pun. Memang bukan tengah sale la tu harga dalam RM80++ . Ala kalau ikutkan harga camtu pun dah kira murah la kan..terus p bayar. Sekali tu ada diskaun jugak tuuu...jimat lagi rm20++ so regenya dalam RM60++ je yuhuuu.

Bila test pakai mesin ni memang terbaik...lagi cepat kejenya dari nak guna iron n xde kedut2 dan gelembung kecik2 lagi. 

Friday 13 May 2016

Bermain Dengan Lumpur boleh meningkatkan sistem imun?

Lama sangat tak update aktiviti Mama Q dengan anak-anak kan? Sebenarnya dalam tempoh beberapa bulan ni kami dah tukar sistem pembelajaran. Tahun ni banyak aktiviti hands-on dan 80% outdoor activities. Punyalah sibuk sampai tak sempat pun nak ngadap henpon ngan laptop. 

Memandangkan dah banyak aktiviti luar yang kita orang buat, jadi hari ni nak kongsi pengalaman dan hasil kajian Mama Q selama 3 bulan ni dan jugak hasil rujukan dari laman web http://www.letthechildrenplay.net/ dan http://natureplayqld.org.au . Kita mulakan dengan aktiviti bermain dengan jenis yang kita nampak kotor ni dulu ye. Insha Allah nanti nak cerita pasal kebaikan bermain dengan alam semulajadi pulak.

Tahu tak ada banyak kebaikan anak-anak bermain dengan lumpur, tanah, pasir atau sewaktu dengannya? Macam tak percaya je kan?Mana taknya abis seluar ngan baju baju kotor sebab main lumpur tu. Tambah pulak tempat macam tu ada t**k ayam, t**k kucing dan segala macam jenis najis. Kalau camtu anak-anak akan terdedah dengan kuman dan bakteria jahat la kan? 

Mungkin ada yang cakap " bukan ke sekarang ni dah ada pasir kinetik (kinetic sand) yang dijamin bersih..kenapa nak cari pasir atau tanah yang kotor tu?". Ok ye betul tu tak salah pun..lagi pun dapat ilmu baru tentang pasir kinetik kan? tapi ini nak citer kebaikan yang semulajadi ni selain ianya sangat menjimatkan duit anda. Walaupun ada kanak-kanak yang jenis penggeli dengan benda yang melekat kat tangan ni...tapi tak bermakna TERLALU penggeli tu bagus ye.

Antara kebaikan anak-anak yang kerap bermain dengan lumpur/pasir/tanah, mereka akan:

1. Dapat mengembalikan mood mereka menjadi lebih periang dan mengurangkan tekanan (stress).

Kajian saintis telah mendapati  bahawa "kotoran" dari lumpur tersebut mengandungi bakteria mikrospik, yang dipanggil 'Mycobacterium vaccae' yang dapat meningkatkan tahap 'serotonin' di dalam otak dan membantu kanak-kanak  berasa lebih rileks dan tenang.
Ini memang sangat2 setuju…sebab jauuuuh sangat beza bila anak-anak lebih kerap bermain lumpur sekarang ni. Kalau sebelum ni bagi sesekali je main lumpur. Diorang sangat kurang buat perangai dah. Kalau tak mamanya mudah je jadi singa sebab sama2 stress. Ghase-ghase mamanya perlu join selalu main lumpur sekali ni.



2. Memupuk rasa cinta terhadap alam semulajadi.

Biasanya lumpur/tanah/pasir ni memang lokasinya kat luar rumah kan? Jadinya nanti secara tak langsung anak-anak akan bermain dan meneroka alam semulajadi. Sambil main tanah sambil kutip daun, ranting dan batu untuk hasilkan sesuatu dari imaginasi mereka. 
**Masa ni bolehlah mak atau abahnye selitkan aktiviti ‘story telling’ sambil memuji kebesaran ciptaan yang Maha Esa. 
Percaya atau tidak, masih ada kanak-kanak yang tak tau nak bezakan rumput betul atau rumput buatan Manusia tau. Sebab tu la pentingnya pendedahan dengan Alam Semulajadi ni.



3. Lebih sihat.

Kajian juga mendapati kanak2 yang bermain dengan tanah lumpur atau selut ni, ianya bagus untuk sistem imun mereka. Ianya dikatakan juga dapat mengurangkan risiko asma dan alergik. Ini sebab kandungan bakteria mikrospik tadi la jugak. Haa yang ni Mama Q masih buat eksperimen untuk Qayra..sebab dia ada semput sikit. Tunggu sampai hujung tahun la kot baru bole cerita.

4. Bebas berkreasi.

Tak perlu susah-susah nak uli tepung nak buat play doh, anak-anak pun boleh buat doh diaorang sendiri tau.Bagi je tanah ngan air menjadi la nanti macam-macam hasil seni kreatif anak-anak.
Masa ni kita tak payah ajar dah berapa sukatan air dengan tanah atau pasir, nanti anak belajar sendiri dan mereka tak terikat dengan sukatan untuk hasilkan ciptaan mereka. Lagi satu dalam rumah pun tak bersepah dengan pasir. Lagi best kalau ada ruang khas main pasir kat luar rumah tu.



5. Bermain sambil belajar

Kalau perasan masa anak menyukat tanah dengan air tu, mereka sebenarnya dah belajar Sains, Math dan Art tau. Walaupun anak hanya menyapu lumpur kat muka pun dia belajar seni menconteng atau kalau anak tengah berlakon dan anggap lumpur tu masker muka anak sebenarnya tengah merangsang otaknya untuk berimaginasi. 



6. Lebih bijak

Kenapa kajian mengatakan bermain dalam lumpur boleh membuat anak anda lebih bijak? Ini kerana pembebasan serotonin yang berlaku apabila kanak-kanak bermain di dalam lumpur yang mengandungi 'Mycobacterium vaccae' itu juga telah menunjukkan peningkatan fungsi kognitif.

Apa kata lepas ni kurangkan aktiviti ngadap buku kat dalam umah tu dan ajak anak main lumpur ke atau sesekali  p pantai main pasir ke. Kalau mak paknye tak join sekali pun takpe, cukup dengan memerhatikan anak bermain kat tempat yang selamat. Manalah tau kot ada anak yang rasa berselera nak makan biskut dari tanah pulak nanti..haha.

“So let your child be a child. Dirt is good. If your child isn’t coming in dirty every day, they’re not doing their job. They’re not building their immunological army. So it’s terribly important.” - Mary Ruebush (author of Why Dirt Is Good)

**nota: Jangan la sesaje p main kat pasir yang dah tentu port sang kucing melabur pulak. Pastu lepas main jangan lupa sental anak2 dengan sabun anti-bakteria ke hapa ok..ini wajib! Sapa yang takde laman tu boleh la bawak p main kat pantai atau taman bila ujung minggu ke

Update 30/5/2016: Untuk artikel ni, memang Mama Q buat kajian sungguh2 tau..walaupun tak profesional tapi makan masa 3 bulan jugak. Siap duduk kat kampung lagi sebab nak suasana yang betul2 sesuai.


Thursday 11 February 2016

Giant Bagi Angpao?

Saje nak share...bulan lepas masa shopping kat Giant dapat angpao la...Alhamdulillah. Masa tu shopping barang dapur dalam rm130++ je tak silap. 

Sekali Cashier tu suh MQ p amik 2 angpao kat kaunter depan tuh. Tak dapat cash tapi dapat voucher. 

Berbaloi membeli belah kat Giant kihkih..tak tau la ada lagi tak..tapi kalau ikut pada voucher ni expiry date hujung bulan ni. 


Saturday 2 January 2016

Main Belon Air Sambil Belajar

Water Balloons Games: Sesekali ajak anak main air memang best. Bukan tak boleh main selalu..nanti membazir air pulak kan :) Sebelum tu pastikan anak2 pakai baju sedia untuk dibasahkan ye. Sebelum ni Mama Q guna belon biasa je untuk main camni. Tapi baru ni terjumpa kat kedai ECO RM2 belon yang comel2 ni yang memang khas untuk main "water bombs". Lagi jimat..n puas main. Cuma tak larat nak isi air pastu kena ikat satu2.
Selain dari main baling belon air ni, boleh gak main camni. Lepas isi air dalam belon tu, tulis la apa2 untuk anak belajar . Ini namanya terbelajar tanpa sengaja heheh. Pastu gunakan jarum untuk pecahkan belon air.
Perasan tak Mama Q gantung belon tu guna rak pengantung baju? Haha banyak guna rak ni untuk aktiviti bebudak ni. Tujuannya supaya boleh bagi turun naik ketinggian rak tu ikut suka. Sebab sebelum letupkan belon, nak bagi anak2 cuba capai belon tu pada ketinggian maksima dengan gaya jengket kaki haha. Secara tak langsung ini boleh membantu perkembangan motor kasar anak2 dengan membuat regangan otot kaki dan tangan. >> Sekian <<
 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design