Sebelum tu meh kita berkenalan dulu dengan apa dia Dot Art Marker ni?
1. Digunakan untuk tujuan projek seni dan kraf anak. Ala macam pensel warna, water colour semua tu la.
2. Bagus untuk perkembangan anak
-Perkembangan motor halus (Memegang dan memicit botol)
-Koordinasi mata dan tangan
-Mengenal warna (bole juga buat aktiviti Sains dengan mencampurkan warna)
3. Sangat sesuai untuk anak-anak berumur bawah 6 tahun sebab:
- Mudah untuk anak pegang dan picit.
- Tak perlu berus lukisan, bekas pewarna, air segala tu. Jadi, lebih mudah nak kemas dan sediakan bahan untuk si kecil berkarya.

Bermulanya MQ dapat idea nak buat Dot Art Marker ni sebab payah sangat nak jumpa kat mana-mana kedai alatulis.
Kalau ada pun memang mahal..itu pun satu jenama >>Crayola ni je yang MQ pernah jumpa.
Sumber:google |
Sambil membayangkan camne nak hasilkan dot-dot tu, terus nampak gam ngan pewarna makanan je. Haa nampak tak? kan ke lebih kurang sama je bentuknya tu :)
Ini versi percubaan pertama, dot tu kecik sangat |
Alhamdulillah menjadi! MQ pernah kongsikan kat IG tahun lepas dan memang ramai rakan IG dah cuba buat dan kongsikan hasilnya.
Sekarang jom tengok bahan yang diperlukan dan cara nak buat pulak.
Sekarang jom tengok bahan yang diperlukan dan cara nak buat pulak.
Bahan-bahan:
1.Gam (ikut la nak berapa botol/warna )
2.Pewarna makanan
3.Lidi
Caranya:
Titiskan pewarna makanan (dalam 2-3 titisan) ke dalam botol gam dan kacau dengan menggunakan lidi sampai sebati.
Jangan banyak sangat nanti terlalu pekat pun tak cantik.
Masa nak kacau ni kena sabar sikit la ye..sebab bukan macam nak larutkan pewarna makanan dalam air.
Tips dan cadangan:
Beli kat kedai RM2 je dapat 4 botol...bole buat 4 warna. Masa nak beli tu pilih muncung yang bulatannya besar ye . Bukan apa kalau tak dot tu kecik nanti jadi camni:
Beli kat kedai RM2 je dapat 4 botol...bole buat 4 warna. Masa nak beli tu pilih muncung yang bulatannya besar ye . Bukan apa kalau tak dot tu kecik nanti jadi camni:
Tengok anak panah: Inilah maksud MQ muncung tu |
Tapi kalau bulatannya besar, hasil akan jadi lagi shantek macam ni:
Versi Kedua: Ini baru best sebab dot dah jadi besar nampak cantik |
Hasil setanding dengan Crayola kan? |
Kat sini MQ letak link untuk download Printables aktiviti menggunakan dot marker:
Klik SINI
Klik SINI untuk lebih banyak pilihan .
|
Selamat mencuba ye.