Friday 20 October 2017

10 Aktiviti Dari Batu Hiasan Akuarium

Tak rugi beli batu hiasan akuarium ni untuk bahan beraktiviti dengan anak-anak tau. Beli kat kedai eco baru RM 2.12 sebungkus tapi macam-macam aktiviti kita boleh buat.

Alphabet Dispenser

 Selain dari buat permainan "Alphabet Dispenser" ni ada 10 aktiviti lagi yang kita boleh main. Dispenser ni lain hari Mama Q kongsi cara nak buat ye. Nak google sekarang pun boleh juga. Banyak cara nak buat dispenser. Mama Q buat ni versi senang dan gabung-gabung lepas tengok kat you tube. Jom main batu! 

1. Permainan sensori

Contoh cara bermain:
Letak batu-batu tu kat dulang atau bekas besar. Lepas tu sediakankan la botol air mineral ke untuk anak masukkan batu-batu ke dalam botol. 

Macam gambar kat bawah ni Mama Q selit bahan bacaan tu saja je sebab masa ni main tema 'Restoren'.  Aktivitinya sambil main batu tu sambil mencari  menu nak order. Kiranya ini pengganti buku menu la. Kreatif tak owner restoren tu? 😃

Masa main batu ni, nanti akan keluar bunyi-bunyi, jadi ini untuk deria pendengaran. Kalau ikutkan aktiviti ni sesuai untuk anak umur 3-5 tahun la. 


2. Aktiviti seni visual.

Contoh bermain:

Menyusun  batu mengikut  bentuk yang dilukis. Boleh juga tuliskan kod warna supaya anak menyusun batu mengikut kod/nombor warna yang kita ditetapkan. 





3. Latihan Motor Halus

Contoh  bermain:
Pindahkan batu menggunakan penyepit (tongs).

Kalau takde penyepit cam penyepit kuih tu, guna je penyepit baju n lekatkan 2 batang aiskrim dengan menggunakan sellotape macam gambar ni. 


Pra menulis dengan mengecop menggunakan batu
4. Menghias Play Dough


5. Membentuk huruf

Contoh  bermain:
Menyusun  batu membentuk huruf atau objek. Cara ini mampu merangsang daya imaginasi anak untuk menzahirkan imaginasi mereka tanpa melakarnya terlebih dahulu.


6. Mengira


7. Mengasingkan warna.

Contoh  bermain:
Sediakan bekas kecil lutsinar supaya mudah untuk anak melihat terus warna batu tersebut. 


8. Alat bantu mengeja dan mengenal huruf.

Contoh  bermain:
Pelbagaikan cara mengeja atau mengenal huruf dengan permainan teka silang kata, isi tempat kosong, ibu sebut huruf anak cari, susun huruf di atas biskut (permainan doh) dan sebagainya.




9. Bermain imbangan dan mengukur (berat/ringan).

Contoh  bermain:
Uji minda anak dengan memasukkan jumlah batu yang sama tetapi saiz yang berbeza dan  minta anak perhatikan imbangan yang tidak seimbang. Tanyakan sebabnya dan bincangkan.

Alat pengukur imbangan ni boleh je nak guna hanger kecik tu. Tapi saje nak tunjuk kat anak kepelbagaian cara nak buat alat pengukur imbangan tu. Mama Q gunakan lidi sate, electrical tape (guna sellotape biasa pun bole), dawai halus, klip kertas dengan bekas sos yang comel. Semua ni dari kedai eco. (ntah berapa kali promote).


10. Puzzle Sensori.

Contoh  bermain:
Mengenal dan mengira nombor sambil menyentuh permukaan batu.

Cara nak buat kad ni lekatkan batu-batu dengan 'hot glue'. Kuat sikit lekatnya tu..kalau guna gam biasa, kot tak sempat nak pegang dah gugur sebelum berjuang 😃😂.


Terima kasih sebab baca sampai habis. 

Sunday 8 October 2017

Seronok Membaca: 7 Cara Bermain Permainan Nota Rahsia

Agak-agak kalau anak korang nampak bosan membaca cara biasa jom kita main permainan nota rahsia ni:

1. Krayon hitam + pen marker dan kertas

Cara buat:
  • Tulis perkataan dengan pen marker berwarna cerah.
  • Warnakan perkataan yang ditulis dengan krayon berwarna hitam. Warna sampai betul-betul tak nampak dah atau samar-samar je kalau nampak pun.
Cara baca:
  • Dah siap bagi anak gores dengan duit syiling. Nak guna lidi pun ok cuma kalai kertas tu nipis elok la guna duit syiling supaya risiko kertas tu terkoyak nanti.

2. Getah pemadam, pensel, pen marker dan kertas.

Cara buat:
  • Tulis perkataan dengan pen marker berwarna cerah.
  • Warnakan perkataan yang ditulis dengan pensel. Warna sampai betul-betul tak nampak dah atau samar-samar je kalau nampak pun.
Cara baca: Padam dengan getah pemadam sampai bersih. Secara tak langsung dah melatih kemahiran motor halus anak.

3. Lampu LED, pen marker warna biru, highlighter dan kertas kuning.

Ini paling anak-anak suka. Mama Q pun ada tulis kat buku Seronok Belajar di Rumah macam ni:



4. Bawang putih, serbuk koko/kunyit dan pinggan putih.

Ini pulak versi selamat untuk anak-anak nak main sambil merangsang deria rasa dan bau.



5. Cuka/baking soda + air/susu, api (alat yang panas spt soda dan cahaya lampu mentol) dan kertas.

Cara buat:
  • Celup berus lukisan atau putik kapas dalam cuka atau baking soda atau susu. 
  • Tulis perkataan kat kertas.
Cara baca:
  • Cara 1: Nyalakan lilin halakan kertas atas haba api tu. Hati-hati jangan sampai terkena api ya.
  • Cara 2: Guna seterika. Buat macam cara nak iron baju je. 
  • Cara 3: Halakan kertas kat mentol lampu yang panas tu. Ini Mama Q tak pernah cuba. 
6. Krayon putih/lilin, water colour dan kertas.

Cara buat: Tulis perkataan guna krayon putih/lilin kat kertas warna putih.
Cara baca: Celup dalam pewarna makanan atau warnakan gunakan berus cat.

7. Sabun, air dan kertas.

Cara buat: Tulis perkataan guna sabun kat kertas warna putih.
Cara baca: Celup dalam air.


Cara ni sebenarnya macam sama je cara main macam guna krayon atau lilin. Saje asingkan sebab yang ni boleh gosok kat tulisan yang samar2 tu sambil rasa tekstur tulisan yang timbul tu licin dan keluar buih sekali. Lepas tu sambung dengan permainan sensori!!


Printables: Projek DIY Folder Games (Laptop)


Projek awal bulan ni . Walaupun ada la dalam 3 kali DIY mainan laptop ni tapi setiap kali mesti ada kelainan dan ada objektif berlainan.



Kali ni kombinasi Seni Kraf , IT dan Sains. Selain dapat manfaat latihan kemahiran motor halus, anak-anak belajar buat kerja-kerja pejabat la pulak. Guna pemotong kertas, guna mesin laminate lepas tu main pejabat-pejabat pulak. Gambar tak ada masa main ni.

Gambar yang ada ni masa proses awal DIY laptop ni je. Lepas dah siap laminate mama bagi tugas guna idea sendiri untuk bagi laptop tu boleh tegak.

Banyak kegunaan laptop ni. Boleh belajar membaca, mengeja, menulis, melukis dan mengira. Sebab ada keyboard tu la.





Kalau ada yang berminat nak print boleh pilih mana yang berkenan hasil kerja anak-anak ni tapi lukisan lebah & cendawan tu Mama Q yang lukis opss! (sambil tutup muka) macam lebih kurang je dengan doodle kanak-kanak ribena tu kan? Keyboard tu download dari https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Dvorak_keyboard_layout_diagram.png


Versi kosong (by Qaisara) yang boleh nak hias sendiri 

Hasil kerja Qisya (colour

Hasil kerja Qayra (b&w / colour)



Saturday 7 October 2017

Bagaimana Eksperimen Magic/Instant Ice Berlaku?

Sebelum tu nak bagitau artikel ni memang buat sendiri dan diolah dari pemahaman pembacaan dari banyak sumber dan juga pengalaman sendiri berkali-kali buat eksperimen ni. Jadinya kalau ada yang silap mohon betulkan.

Siapa pernah buat ekperimen macam kat bawah ni?
  1. Keluarkan air sejuk dan tekan botol tu. Air sejuk bertukar menjadi ais kristal.
  2. Tuang air sejuk dalam gelas (pelan2 tau) dan campak seketul kiub ais dalam air tu. Tadaaa
  3. Eksperimen yang ni paling best. Sediakan ais macam dalam video Mama Q tu dan tuang air sejuk tu kat atas ais tu. Masha Allah. Korang akan nampak segunung ais bak salji sedia dinikmati dengan menambah perisa kegemaran.😂

Mama Q n team (3 anak dara) dah buat banyak kali dan akhirnya dapat buat sampai menjadi. Masa tulis buku Kembara Kraftiviti tu, Mama Q ikut ilmu turorial you tube dan cuba jaya je. Tapi bila tak puas hati dengan teori gunakan air bertapis atau air suling tu, kami buat lagi dan lagi.

Macam mana pulak secara teorinya magic/instant ice ni berlaku? Meh Mama Q terangkan dengan penggunaan bahasa Sains yang paling mudah nak faham ye. Korang baca sambil membayangkan ujikaji ke 3 tu ye.

Persoalan Pertama: Kenapa digalakkan menggunakan air suling atau bertapis ? Dalam buku Kembara Kraftiviti pulak ada tulis "botol minuman yang masih belum dibuka penutupnya"?

Teori:

Kalau air biasa, ia mengandungi zarah dan kotoran yang menyebabkan ia cepat menjadi ais kristal semasa proses penghabluran (pemejalan) tu nanti.

Tapi kalau guna air suling, air ni kan bebas dari kekotoran dan pencemaran semua tu. Jadi air ni boleh menjadi air yang sangat sejuk yang juga dikenali sebagai 'supercooled water' dan bertahan cair (air tak beku) sehingga suhu -40°C sebelum ia bertukar menjadi ais. Untuk itu korang DIGALAKKAN guna air suling berbanding air paip la dalam ujikaji "magic/instant ice" ni.

Praktikal dari kami:

Kami guna air paip tambah pewarna makanan, air mineral dan air suling. Maksudnya 3 botol air yang berbeza. Hasilnya semua menjadi jugak. Erm lepas ni macam nak cuba  guna air lumpur pulak untuk menyempurnakan kajian sendirian berhad ni 😁. Ye sebab nak tau adakah kerana air paip kat rumah ni sangat bersih?? 😆. Ops jangan terus buat keputusan nak guna air paip pulak ye. Kena faham dan hadam juga ilmu teorinya ni. Teruskan baca lagi ye.

Oh ye alasan untuk kenapa mesti gunakan air minuman yang baru beli, adalah kerana nak jaga kualiti air tu benar-benar tak tercemar supaya eksperimen ni berjalan lancar.

Persoalan Kedua: Kenapa air mesti disejukkan dalam 2 jam? Tak boleh ke 5 min je atau 5 jam ke?

Teori:

Kalau 5 minit je belum cukup sejuk tapi kalau 5 jam pulak air tu dah mula jadi ais. Maknanya setelah beberapa kajian dilakukan , masa yang sesuai untuk air tu menjadi "supercooled", adalah sekitar 1 jam setengah sehingga 3 jam atau dengan lebih tepat lagi apabila suhu mencecah  -24°C. Boleh uji suhu dengan termometer.  Mama Q tak jumpa pulak ukuran tepat (masa dan suhu), tapi pelbagai faktor memang memberi kesan pada suhu dan masa.

Praktikal dari kami:

Bila kami dah buat banyak kali, suhu terbaik adalah 2 jam. Maksudnya kalau terlebih 10 min tu setakat ni tak jejas apa pulak. Dari pemahaman Mama Q, kalau guna peti sejuk beku yang memang khas tempat penyimpanan makanan sejuk beku macam peti aiskrim tu, 1 jam setengah dah boleh cuba buat eksperimen ni. Mama Q guna termometer murah beli tak sampai rm2 kat mr.DIY. Bila uji guna termometer tu Mama Q tengok suhu -20°C je dalam tempoh 2 jam. Ha kan tak la tepat tapi hampir sama je bacaannya. Masa proses ni, sebaiknya jangan bukak peti ais pulak kejap2 nak tengok sebab akan jejas suhu tu.


Persoalan ketiga: Kenapa kedudukan botol tu mesti mengiring dan tak boleh ke menegak?

Ok yang ni Mama Q tak cari pulak teorinya tapi guna logik sendiri je. Bila kita baringkan botol tu nanti senang nak tuang terus cepat2 kat ais tu. Sebab nak mengurangkan kadar gegaran pun ye jugak. Bayangkan kalau kita tegakkan botol tu, lepas tu mesti nak sengetkan botol tu masa nak tuang tu kan? Jadi kemungkinan tangan kita akan terketar-ketar masa ni. Tapi kalau hanya nak buat eksperimen yang nombor 1 tu takpe. Tekan botol dan air akan bertukar jadi ais.

Persoalan teakhir: Tak faham lagi macam mana air sejuk tu boleh jadi ais?

Camni, sebenarnya air pada suhu -24°C tu air menjadi sangat sejuk (supercooled) kan? di mana air sejuk tadi masih dalam bentuk cecair dalam tempoh yang panjang sampai boleh cecah suhu -40°C ia akan kekal cair kalau kita guna air suling dan selagi air tu kekal kedudukannya dalam peti sejuk (freezer) tanpa sebarang gangguan/sentuhan.

Bila dicurahkan air sejuk tu di atas ais, penghabluran berlaku dan molekul air tu akan membentuk kristal. Proses ni dinamakan "penukleusan (nucleation)". Kiranya ini titik atau garisan pertama sebelum air sejuk bertukar menjadi ais la ni. Sama jugak kalau kita buat eksperimen 1dan 2, bermaksud ini (penukleusan) yang berlaku. Mama Q ulang semula penukleusan tu lah proses permulaan air nak menjadi ais. Maknanya kalau tak menjadi ais, maka penukleusan tak menjadi atas beberapa faktor. Nukleasi ni sangat sensitif terhadap kekotoran pada air. Kekotoran ini mungkin terlalu kecil untuk dilihat oleh mata kasar kita. Jadi sebab tu lah korang digalakkan guna air suling atau air bertapis dan digalakkan guna air minuman yang baru beli dan penutup tu tak buka lagi. Mama Q guna air paip berjaya mungkin jugak sebab ada pasang penapis air kat luar rumah ni.

Nampak tak ais yang terbentuk selepas ais sejuk dicurahkan pada ais tu? Ia tak menghasilkan ais ketul tapi macam ais yang diparut macam abc tu.

Kesimpulannya memang tak boleh baca teori aje perlu kaji sendiri jugak baru puas hati dan apa yang kita dapat lebih dari tu. Nampak tak perbezaan teori dan praktikalnya tu? Pertama tentang penggunaan air suling dan kedua tentang bacaan suhu. Bukan nak kata tak betul tapi nak bagitau bagaimana kita nak aplikasikan ilmu teori dan praktikal. Gigih mak anak tiga ni nak kongsi artikel ni kan? Semoga bermanfaat

https://en.wikipedia.org/wiki/Nucleation
https://en.wikipedia.org/wiki/Supercooling
https://www.stevespanglerscience.com/blog/2012/05/07/instant-ice-super-cold-water-turns-to-ice-before-your-eyes/

 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design