Mama Q nak kongsi idea apa nak buat bila jadi macam ni. Kalau sesiapa nak tambah, jom kongsi idea sama jom:
- Bangkitkan mood ceria dengan menghias atau mengubah kedudukan perabot di ruang aktiviti anak.
Jangankan anak, kita sendiri bosan bila hari-hari tengok suasana yang sama je. Katakan bulan ni rak buku kat ruang tengah, bulan depan kita alih kat belah tepi pulak. Kalau rasa susah nak alih perabot, kita susun dan tambah je hiasan sikit kat ruang aktiviti homeschooling tu.
- Menonton dokumentari bersama.
Tak ada tv dengan pakej astro kat rumah, bukan alasan ye. Boleh tonton dari YouTube. Lagi seronok sebab kita boleh cari tajuk apa yang kita suka. - Main bersama permainan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Contohnya karom, catur, sahiba yang dah lama terperap kat almari tu meh bawak keluar kita main sama-sama dengan anak. Kalau tak ada, main je permainan tradisional yang mudah nak buat macam batu seremban, serak lidi semua tu. Kalau tak ada jugak main je guna tangan macam osom, mak-mak pergi pasar. - Mencuba resipi baru dalam masakan.
Kalau boleh cubalah belajar masakan baru yang tak pernah atau dah lama kita tak masak. Tapi tak salah juga kalau nak ajar anak belajar masakan paling mudah. Tak kiralah masak lauk ke atau kuih muih janji masak. tak semestinya anak lelaki tak boleh ke dapur. Eh lagi seronok kalau bapa pun join sekali masuk dapur lagi meriah dan semangat.
- Wujudkan hari atau minggu khas dengan satu tema.
Contohnya "Minggu Pertukangan". Kalau sehari tak cukup, buat seminggu. Maknanya dalam seminggu tu cari dan buat segala yang berkaitan dengan pertukangan je. Senang cara ni sebab hanya fokus pada satu tema.
- Beri satu tajuk dan beri kebebasan untuk anak memilih cara mempamer atau membentangkan tugasan.
Biarkan anak bebas memilih tajuk tu dan mempersembahkannya mengikut citarasa dan keselesaan mereka. Mungkin dalam bentuk lukisan, eksperimen, kraf, buku skrap atau membuat poster.
- Tukar lokasi atau suasana pembelajaran.
Kalau kata dah jemu buat aktiviti kat rumah sendiri, apa kata sesekali kita p check in kat homestay atau resort yang suasananya aman dan tak sama macam suasana kat rumah kita sekarang. Tapi kalau nak jimat, boleh juga kalau tak perlu keluar jauh. Pasang khemah dan "camping" depan rumah pun bagus. Kita boleh je buat aktiviti yang sama kita biasa buat kat rumah macam eksperimen ke, membaca ke melukis ke semua tu :) .
Berkhemah depan rumah |