Tuesday 5 June 2018

Tips sebelum mencetak buku sendiri

Ini sebenarnya adalah sambungan dari entri Kisah Mama Q Menerbit Buku Bahagian 2.

Baiklah berikut saya kongsi sedikit panduan untuk mereka yang berminat untuk menulis dan menerbit buku sendiri:
  1. Pemilihan saiz buku paling penting sebelum mula menaip dan design buku samada nak saiz booklet 6"x6" macam saiz buku Seronok Belajar di Rumah (biasanya photobook), A4 (buku Kembara Kraftiviti) atau A5 macam buku Bonding Time Bersama Si Cilik. Sebab nanti kita dah boleh set siap-siap saiz tulisan dan design sebenar buku bila cetak nanti.
      
  2. Ketahui apa jenis buku yang korang nak tulis sebelum memilih jenis kertas. Kalau jenis banyak tulisan, contoh macam buku Adlil Rajiah tu, pilih kertas simili dan terpulang nak pilih berwarna atau tak. Ada syarikat percetakan yang kira harga lain kalau berwarna dan tanpa warna. Macam buku Mama Q banyak gambar dan Mama Q pilih art paper dengan ketebalan 128gsm yang sememangnya nampak glossy dan gambar pun lebih jelas. Macam Mama Q cakap tadi la ikut kesesuaian penulisan dan penyampaian. Art paper lebih mahal berbanding simili paper.
      
  3. Kulit depan dan belakang buku tu ada beberapa pilihan yang biasa sama ada nak laminate atau tak ada laminate tapi dicadangkan pilih cover dengan lamination la supaya kulit buku lebih bagus dan cantik. Biasanya kalau cover memang akan guna kertas lebih keras sama ada mahukan hardcover atau softcover. Softcover pulak ada beberapa jenis ketebalan dengan lamination.

    Buku Seronok Belajar di Rumah dan Kembara Kraftiviti menggunakan art card dengan ketebalan 260gsm dan gloss lamination. Kiranya kulit buku akan lebih berkilat dan cantik la. untuk buku Bonding time Bersama Si Cilik Mama Q guna art card yang lebih tebal tapi tanpa lamination. Mungkin kalau ada rezeki untuk cetakan seterusnya nak tukar yang lebih nipis tapi dengan lamination la. Kalau tak ada lamination kulit buku lebih sensitif dengan air atau mereka yang mempunyai tapak tangan lembab.
      
  4. Bilangan muka surat. Kalau rasa-rasa nak gunakan staple binding, jumlah muka surat paling maksima adalah 64 muka surat tak termasuk kulit buku. tapi kalau nak pilih perfect binding, tulislah tebal mana tak kisah asal tak lari bajet (duit la). Kalau buku nipis tapi nak buat perfect binding, macam tak berapa best sebab buku tak dapat bukak luas. Sebab tu buku Mama Q yang kecik tu guna staple binding.
      
  5. Untuk dapatkan harga cetakan yang murah, buku mestilah dicetak lebih sekurang-kurangnya 1000 unit. Kalau cetak sikit memang harga cetak buku berganda mahal, silap-silap lebih mahal dari harga buku biasa jual kat kedai. Ibarat macam sedekah je la jual amal jariah atau terpaksa jual mahal sikit untuk dapatkan pulangan modal korang. Itulah nasib penerbit kecil yang kekurangan modal. Kalau modal ciput, untuk permulaan korang boleh buat survey pre order dulu dan bagi harga istimewa untuk yang bayar pre-order. Lepas tu campur dengan modal sendiri yang ada mungkin boleh membantu korang cetak lebih sambil-sambil buat kajian berapa ramai yang berminat. Mama Q buat untuk buku SBDR dulu camni. Tapi buku kedua dan seterusnya takde dah pre order sebab dah ada keyakinan dan modal pun yakin je nak keluar.

    Mama Q jual buku kalau ikutkan memang tersangat murah sebab kos cetak tu bukanlah murah sangat dan kena naikkan harga sebab nak agih keuntungan kepada agen-agen lagi. Kalau fikir diri sendiri jual murah lagi, maka berniagalah Mama Q sorang-sorang dan tak tercapai misi untuk sebarkan buku ni serata dunia haha. Eh untuk negara yang faham Bahasa Melayu la. Kat Indonesia memang ada permintaan tapi kos tersangatlah mahal. Siapa ada idea boleh pos murah ke sana ye? Macam pos dari China ke Malaysia kat shopee tu kan? Murah je. InsyaAllah memang hajat nak ke sana jumpa kawan-kawan dan pasarkan sendiri di sana. Tapi perancangannya lagi 2 tahun..erk.
 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design