Wednesday 15 February 2017

Tip Membaca Bersama Anak (read aloud)

Lama sungguh tak 'update' blog ni ye. Sebenarnya memang terrrr lalu sibuk sejak hujung tahun lepas lagi. Sejak hati ni dah terbuka nak terima friend request kat FB tu terusss bizi sampai la sekarang ni.

Lepas post ni InsyaAllah akan update tajuk "homeschool" pulak.. ye la kan sambil2 menjawab soalan dari follower merangkap kawan baru Mama Q :) sambil tu boleh gak update blog.

Ok jom kita baca tips kat bawah ni dulu:

1. Mulakan dengan membaca tajuk pada kulit (cover) buku.

Mulakan pembacaan dengan membaca tajuk buku tu dulu . Jika anak-anak anda dah boleh membaca , minta mereka membaca tajuk buku sambil menunjukkan gambar-gambar pada kulit buku. Tanya pandangan anak-anak apa yang mereka fikirkan untuk tajuk itu. Walaupun ada pepatah yang mengatakan "don't judge a book by it's cover", tapi ini sebenarnya nak bagi anak-anak merangsang kemahiran berfikir dan berimaginasi sambil berteka-teki apakah cerita sebenarnya nanti. Tapi biasanya kalau buku kanak-kanak ni memang kita akan tengok gambar cover yang comel dan berwarna-warni dulu sebelum nak baca isinya kan?


2. Tidak perlu bacakan setiap patah perkataan

Ini kerana bagi mengelakkan anak-anak cepat rasa bosan dengan mendengar terlalu banyak perkataan yang kadang-kadang ayat tu terlalu sukar bagi mereka nak faham. Jadi anda gunakanlah bahasa yang mudah anak-anak anda faham dan dengan hanya menunjukkan ilustrasi pada buku itu pun sudah cukup menafsirkan jalan cerita.

Bila Mama Q nak bacakan tafsir Al-Quran pada anak-anak, Mama Q tak bacakan cara orang dewasa baca,tetapi buatkan ianya cara bercerita supaya mudah faham. Sebab ayat-ayat dalam tafsir tu, bahasanya terlalu tinggi untuk anak-anak nak faham. Tapi kalau untuk meningkatkan skill bacaan kakak, Mama Q memang bagi dia baca tafsir tu. Sebab dari ayat yang tak biasa anak dengar sebelum ni akan jadi biasa dan kosa kata anak akan bertambah. Lagi menarik kalau sediakan props sambil bercerita. Cara sebegini lagi menambahkan tumpuan dan minat anak untuk mendengar dan membaca bersama. Contohnya buku kat bawah ni, Mama Q sediakan props yang ada tulisan sekali. Jadi masa bercerita tu minta anak cari perkataan yang dibacakan dalam buku tadi.



3. Banyakkan bertanya setiap helaian yang dibaca

Kerap bertanya soalan kepada anak-anak supaya mereka bagi tumpuan dan sentiasa berfikir untuk ambil tahu setiap cerita yang dibacakan. Contohnya "kenapa anak itik hodoh tu sedih?" tunggu jawapan anak..kalau masih tak ada jawapan cuba bagi soalan yang membolehkan anak akan menjawab soalan tu tadi. Contohnya "dia sedih sebab ibu dia suka bulu dia ke?" Kalau anak-anak Mama memang tak pernahnya diam...kalau kita tak soal diaorang yang soal Mamanya. Kaedah ini secara tidak langsung mewujudkan komunikasi 2 hala.

4. Bacakan cerita dengan nada suara yang berbeza mengikut watak dalam buku

Kalau buat suara yang berbeza macam ni akan dapat menarik perhatian anak-anak tau. Kalau boleh bagi lawak (kelakar) sikit suara tu sampai anak-anak pun tergelak sama. Kejap-kejap jadi suara lelaki, suara nenek, suara budak kecik ke...dan macam suara lagi.

5. Pastikan semua anak-anak yang terlibat nampak helaian yang dibaca

Kalau anak sorang tu mungkin tak ada masalah tapi kalau anak ramai macam Mama Q ni duduk lah rapat-rapat kat riba. Kalau boleh pilih buku cerita yang besar untuk sesi read aloud ni.


Berikut adalah tips tambahan:

1. Mintak anak tolong bukakkan helaian muka surat buku bersama.

Jangan sampai berebut sudah. Mintak anak anda mengikut giliran. Katakan page ke dua Kakak yang bukak, page ke 4 bagi adik pulak dan seterusnya.

2. Sengaja membacakan ayat yang salah 

Ini supaya anak-anak lebih peka kepada cerita yang dibaca. Kalau kita baca salah pun semua buat tak tau itu mungkin anak-anak tak faham cerita yang dibacakan hihi. Maksud Mama Q bukanlah ejaannya tapi jalan ceritanya sengaja ditukar. Cara ini adalah untuk develop language skills.

3. Buat sound effect

Bagi nak membuatkan suasana pembacaan lebih menarik dan membuat kelainan pada setiap sesi, cubalah guna cara ni. Lagi kreatif download bunyi guruh ke hujan ke apa yang bersesuaian dalam handphone dan mainkannya pada sesi bercerita anda.

Sumber asal artikel boleh baca di sini:
http://supersimplelearning.com/blog/2013/04/23/5-simple-tips-for-reading-to-children/

 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design