Friday 13 July 2018

Bagaimana ajar anak membaca dengan mudah?

Soalan: Bagaimana Mama Q ajar anak membaca?

Jawapan:

Banyak dapat soalan tentang cara ajar anak membaca. Tapi dah alang-alang nak jawab soalan yang lebih kurang sama soalannya, baik Mama Q kongsi kat sini

Sebelum tu nak bagitau, saya menggunakan kaedah fonik untuk bantu anak-anak saya mudah membaca (termasuklah Jawi). Jadi post ni pun ada kaitan dengan foniklah ye.

Sebab apa? Sebab saya dah pun mencuba 3 kaedah membaca (kaedah mengeja. kaedah pandang sebut dan kaedah fonik). Saya dapati kaedah fonik paling sesuai dengan anak-anak saya sebab ianya santai dan mudah difahami.

KUNCINYA ialah beri ruang untuk anak bersedia untuk membaca. Bila anak sudah bersedia nak membaca, kita tak mudah untuk menjadi 'monster' bila anak tak faham. Ini sangat terbukti bila saya praktikkan dengan anak saya yang nombor dua dan bongsu.

Eh kalau dah umur 7 tahun pun masih tak tahu membaca macam mana tu? tak bersedia jugak ke?

Jadi inilah yang saya nak kongsi tentang ransangan awal membaca. Kalau ikutkan ransangan awal membaca adalah sejak anak dalam kandungan lagi dan 6 tahun pertama anak adalah dengan bermain sepuasnya.

Bermain maksudnya di sini bukan bagi gajet atau longgokkan permainan sebakul dan biar anak bermain sorang-sorang sepanjang hari. Tapi bermain dengan cara yang betul atau namanya belajar melalui bermain yang mana akan merangsang perkembangan mental dan fizikal anak.

Tapi masih belum terlewat..sekarang ni korang nak tahu anak tak lama lagi nak masuk darjah 1 tapi belum kenal apa pun lagi kan? atau dah kenal tapi tak boleh membaca lagi?

Sabar banyak-banyak jangan bagi emosi anak terganggu disebabkan emak rasa tak keruan bila anak kawan-kawan, jiran tetangga umur setahun dah boleh membaca.

Setiap anak dijadikan unik. Mungkin dia hanya lambat membaca pada awalnya sahaja tapi dia ada pakej kebolehan yang hebat dalam lukisan yang sangat membantu semasa dia dewasa nanti dalam mengeluarkan idea kreatif.

Bila emosi anak terganggu percayalah kalau dia boleh membaca sekali pun emosi yang tercalar tu akan di bawa sehingga dewasa. Kesian!

Jadi di sini saya kongsi sedikit panduan untuk anak mudah belajar membaca:


1. Pastikan keperluan sensori anak dipenuhi terlebih dahulu. 

Ini sangat penting untuk keberkesanan optimum untuk anak mudah membaca. Boleh google tentang keperluan sensori anak dan apa kaitannya dalam pembelajaran anak ya.

Keperluan sensori ini juga akan membantu dan merangsang kemahiran anak bercakap dengan jelas. Ianya dilakukan dengan cara santai sambil bermain. Salah satu contoh permainan sensori untuk terapi oral adalah dengan bermain meniup buih sabun.



2. Memupuk minat membaca.

Caranya adalah bacakan buku cerita kepada anak setiap hari dan kerap bawa anak ke perpustakaan, kedai dan pameran buku.

Ini supaya anak dengan rela hati mahu belajar membaca dengan gembira tanpa rasa terpaksa kerana sudah diterap budaya cinta dan suka membaca. Ini juga boleh membantu menambah kosa kata anak yang juga akan membantu anak membaca.

Oh ya sambil baca tu tunjuklah huruf dan sebutkan bunyinya dengan jelas ya. Satu huruf pun dah memadai.

Aktiviti yang dicadangkan: Berlakon sambil bercerita. Lebih menarik lagi dibantu dengan sama-sama DIY props.


3. Mengenal bunyi huruf melalui nyanyian dan pergerakan badan.

Seperti yang kita tahu, muzik mampu memberikan kesan positif terhadap perkembangan minda bayi dan kanak-kanak. Mereka mudah tertarik dengan bunyi-bunyian.

Jadi, saya akan kenalkan bunyi huruf dahulu sehinggalah anak mahir membaca dengan cara menyanyikan lagu-lagu fonik sambil membuat pergerakan mengikut muzik. Kalau nak kreatif, lagu tu kita boleh buat lirik sendiri ikut melodi yang anak suka sebenarnya.

4. Cukup hanya 5 minit setiap sesi atau bergantung kepada 'mood' anak.

Selagi anak masih menunjukkan minat dan tidak bosan, bolehlah tambah sedikit masa lagi. Biar sikit asal berkualiti. Contohnya sambil baring-baring kat katil tu pun boleh nak ajar tentang gabung bunyi untuk ulangkaji.

5. Saya akan pastikan anak tidak rasa mereka sedang belajar secara formal.

Banyakkan aktiviti bermain sambil belajar. Saya banyak menggabungkan permainan yang merangsang perkembangan kreativiti anak, pergerakan motor halus dan motor kasar sambil belajar membaca. 

Contoh permainan boleh rujuk di Facebook saya Mamaa Q Tri dalam album "Seronoknya Membaca".

Seboleh-bolehnya lebihkan aktiviti di luar rumah (outdoor) supaya anak lebih cergas dan daya pemikiran anak lebih cepat berkembang.





**Nota tambahan untuk yang memilih kaedah fonik:

Kalau boleh fokus dan pilih satu bahasa untuk permulaan belajar membaca. Pilih bahasa yang kita banyak gunakan untuk berkomunikasi di rumah.

Contoh Bahasa Melayu. Ajar fonik Bahasa Melayu. Bila anak dah boleh menguasai fonik BM dengan baik, bagilah Jawi ke English ke semuanya anak akan lagi cepat tangkap. Apa pun ini pendapat peribadi setelah melalui pengalaman mengajar anak-anak sendiri.

Untuk yang berminat dengan kaedah fonik, jangan risau di Malaysia memang dah ada mereka yang pakar untuk dirujuk iaitu team fonik Puan Nik Eliani


Membaca dengan kucing dapat meningkatkan self-esteem anak?

Eh apa hal pulak nak membaca dengan kucing pulak ni? 

Camni ceritanya...4 tahun lepas, Mama Q ada baca tentang terapi dengan haiwan peliharaan untuk anak-anak autism. Terapi ini juga sangat sesuai untuk anak yang tersangat pemalu atau kurang keyakinan diri khususnya. 

Sebelum ni, 3 orang anak dara ni memang tersangat pemalu terutama Qisya. Ini bukan nak kata sebab homeschool  anak-anak jadi pemalu. Tapi sejarah masa zaman kanak-kanak Mama Q dan suami pun memang pemalu. Nak kata kurang bersosial, tapi bila dengan orang tertentu boleh pulak banyak cerita. Ini bukan kisah nak buang sifat pemalu tu tapi biarlah malu bertempat betul tak?

Sebelum tu meh kita tengok beberapa kebaikan yang kita perolehi dari memelihara haiwan peliharaan ni. Antaranya:
  • Membina self-esteem.
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi.
  • Sebagai terapi mental dan emosi.
    Kalau Qayra menangis, dengan pantas Chelsea datang nak pujuk (terapi emosi)

  • Memupuk disiplin diri dan sifat bertanggungjawab.
    Membersihkan tempat najis dan memberi makan minum setiap hari 
  • Membuang sifat mementingkan diri.
    Contohnya kita akan peruntukkan belanja untuk haiwan kesayangan ni. Biasalah kan kalau dah sayang, kita akan menjaga kebajikannya betul tak? 
Bagi sesetengah kanak-kanak, mereka berasa sangat malu apabila membaca dengan kuat dalam kelas terutamanya jika ramai orang.

Contohnya Mama Q dulu masa sekolah rendah terutamanya, memang ada perasaan tu. Bila malu semakin menebal, mulalah rasa hilang keyakinan diri sambil berasa ada suara-suara kecil yang mengejek. Lepas tu sudahnya walaupun tahu membaca, bacaan jadi tak betul atau kadang-kadang suara tak boleh nak keluar langsung! Ni kisah benar tau 😁😁. 

Sebenarnya apabila anak selalu membaca bersama haiwan peliharaan, anak akan berasa sangat selesa dan sangat yakin untuk memperbaiki bacaannya. Sebagai contoh haiwan paling sesuai untuk sesi read aloud (membaca dengan kuat) ni adalah kucing. Sebab apa, kucing merupakan pendengar yang baik dan peneman yang setia tau!  Kucing tak akan gelak bila bacaan tu bunyinya kelakar atau tersilap baca.

Bukanlah bermaksud biarkan anak terus melakukan kesilapan semasa membaca. Tapi cara ini akan membuatkan anak mampu memecahkan "tembok" rasa malu dan rendah diri yang ada dalam diri mereka terlebih dahulu.

"Reading aloud to pets allows children to practice their reading skills to a non-judgmental audience."
 The Virtual Voice
Apa kesan bila seseorang tu mempunyai self-esteem yang rendah?

Bayangkanlah anak tengah syok membaca dengan yakinnya siap mimik muka bagai, sekali tu boleh pulak baca petikan dalam Bahasa Inggeris "once" yang bunyi sepatutnya "wans" tapi silap baca jadi "oncei". Lepas tu kawan-kawan pakat gelak berjemaah. Anak yang self-esteem rendah akan rasa nak lari sekuat hati keluar dari kelas dan tak nak masuk kelas sampai bila-bila. Ini contoh je ye 😁😁.

Tapi kalau self-esteem anak tinggi, dia dah tak kisah kalau kena "bahan" kat kawan-kawan sekali pun. Anak akan dapat terima teguran dengan hati terbuka.



Percaya tak 3 tahun sebelum ni, selain tersangat pemalu nak jumpa dengan orang, semua anak-anak Mama Q sangat takut dan geli dengan kucing?

Sampai kalau ada kucing melintas kat depan semua panjat kerusi pastu jerit-jerit ketakutan. Kesian je kucing-kucing kat kampung bila 3 anak dara ni balik je terpaksa kena kurung. Itu dulu! sekarang tidak lagi. Macam mana tu?

Sebagai langkah pertama, kami usahakan untuk bagi anak suka dan sayang dengan kucing dulu. Bukan sekejap prosesnya tu makan bulan juga sampailah sekarang kami dan memelihara seekor kucing yang diberi nama Chelsea.

Mula-mula jangan terus bagi pegang tapi tunjuk dulu yang kucing ni selamat dipegang dan diusap. Buat selalu sampai mereka yakin kucing tak bahaya.

Bila anak dah berani usap kucing maknanya baru kita bagi tugasan bagi makan minum kucing pulak sampailah mereka biasa dan percayalah kucing memang akan sentiasa jadi peneman setia. Sampai setiap kali anak-anak beraktiviti, mesti Chelsea akan turut serta. Comel je kan?




Alhamdulillah sebelum berkongsi cerita ni, kami dah pun memelihara Chelsea hampir 3 tahun dan memang tersangat banyak perubahan positif kat semua anak-anak. 

Walaupun hanya Qisya yang masih malu-malu bila jumpa dengan orang yang baru dia kenal, tapi intonasi bacaannya bertambah bagus dan rasa sayang dia pada semua kucing yang dia jumpa kat mana-mana bertambah baik.

Setiap pagi dan sebelum tidur dia sendiri akan peka dengan makan minum Chelsea. Terkini Qisya dan pun berani dukung dan peluk kucing.

Sekarang dah ada 3 ekor kucing. Chelsea, Ow ow  dan Deebu.

**Setiap bulan wajib titiskan ubat kutu dan kerap spray serai wangi kat bulu mereka ni sebab selalu ikut main kat luar. Walaupun bukan kucing kampung, tapi sangat aktif dan lasak macam tuan mereka jugak. Syukur anak-anak tiada alahan dengan kucing.

Masa ni semua kucing ikut anak-anak buat aktiviti luar



#CatatanMamaQ3
#SeronokBelajardiRumah
#homeschoolinglife

Tuesday 5 June 2018

Tips sebelum mencetak buku sendiri

Ini sebenarnya adalah sambungan dari entri Kisah Mama Q Menerbit Buku Bahagian 2.

Baiklah berikut saya kongsi sedikit panduan untuk mereka yang berminat untuk menulis dan menerbit buku sendiri:
  1. Pemilihan saiz buku paling penting sebelum mula menaip dan design buku samada nak saiz booklet 6"x6" macam saiz buku Seronok Belajar di Rumah (biasanya photobook), A4 (buku Kembara Kraftiviti) atau A5 macam buku Bonding Time Bersama Si Cilik. Sebab nanti kita dah boleh set siap-siap saiz tulisan dan design sebenar buku bila cetak nanti.
      
  2. Ketahui apa jenis buku yang korang nak tulis sebelum memilih jenis kertas. Kalau jenis banyak tulisan, contoh macam buku Adlil Rajiah tu, pilih kertas simili dan terpulang nak pilih berwarna atau tak. Ada syarikat percetakan yang kira harga lain kalau berwarna dan tanpa warna. Macam buku Mama Q banyak gambar dan Mama Q pilih art paper dengan ketebalan 128gsm yang sememangnya nampak glossy dan gambar pun lebih jelas. Macam Mama Q cakap tadi la ikut kesesuaian penulisan dan penyampaian. Art paper lebih mahal berbanding simili paper.
      
  3. Kulit depan dan belakang buku tu ada beberapa pilihan yang biasa sama ada nak laminate atau tak ada laminate tapi dicadangkan pilih cover dengan lamination la supaya kulit buku lebih bagus dan cantik. Biasanya kalau cover memang akan guna kertas lebih keras sama ada mahukan hardcover atau softcover. Softcover pulak ada beberapa jenis ketebalan dengan lamination.

    Buku Seronok Belajar di Rumah dan Kembara Kraftiviti menggunakan art card dengan ketebalan 260gsm dan gloss lamination. Kiranya kulit buku akan lebih berkilat dan cantik la. untuk buku Bonding time Bersama Si Cilik Mama Q guna art card yang lebih tebal tapi tanpa lamination. Mungkin kalau ada rezeki untuk cetakan seterusnya nak tukar yang lebih nipis tapi dengan lamination la. Kalau tak ada lamination kulit buku lebih sensitif dengan air atau mereka yang mempunyai tapak tangan lembab.
      
  4. Bilangan muka surat. Kalau rasa-rasa nak gunakan staple binding, jumlah muka surat paling maksima adalah 64 muka surat tak termasuk kulit buku. tapi kalau nak pilih perfect binding, tulislah tebal mana tak kisah asal tak lari bajet (duit la). Kalau buku nipis tapi nak buat perfect binding, macam tak berapa best sebab buku tak dapat bukak luas. Sebab tu buku Mama Q yang kecik tu guna staple binding.
      
  5. Untuk dapatkan harga cetakan yang murah, buku mestilah dicetak lebih sekurang-kurangnya 1000 unit. Kalau cetak sikit memang harga cetak buku berganda mahal, silap-silap lebih mahal dari harga buku biasa jual kat kedai. Ibarat macam sedekah je la jual amal jariah atau terpaksa jual mahal sikit untuk dapatkan pulangan modal korang. Itulah nasib penerbit kecil yang kekurangan modal. Kalau modal ciput, untuk permulaan korang boleh buat survey pre order dulu dan bagi harga istimewa untuk yang bayar pre-order. Lepas tu campur dengan modal sendiri yang ada mungkin boleh membantu korang cetak lebih sambil-sambil buat kajian berapa ramai yang berminat. Mama Q buat untuk buku SBDR dulu camni. Tapi buku kedua dan seterusnya takde dah pre order sebab dah ada keyakinan dan modal pun yakin je nak keluar.

    Mama Q jual buku kalau ikutkan memang tersangat murah sebab kos cetak tu bukanlah murah sangat dan kena naikkan harga sebab nak agih keuntungan kepada agen-agen lagi. Kalau fikir diri sendiri jual murah lagi, maka berniagalah Mama Q sorang-sorang dan tak tercapai misi untuk sebarkan buku ni serata dunia haha. Eh untuk negara yang faham Bahasa Melayu la. Kat Indonesia memang ada permintaan tapi kos tersangatlah mahal. Siapa ada idea boleh pos murah ke sana ye? Macam pos dari China ke Malaysia kat shopee tu kan? Murah je. InsyaAllah memang hajat nak ke sana jumpa kawan-kawan dan pasarkan sendiri di sana. Tapi perancangannya lagi 2 tahun..erk.

Saturday 10 February 2018

7 Idea Aktiviti Homeschooling Bila Anak-anak Mula Bosan

Siapa yang buat homeschooling? Tak kiralah separuh masa atau sepenuh masa. Pernah tak anak-anak alami hari bosan sedunia? Bosan ni bukan sebab apa pun. Kadang-kadang idea yang sama duk ulang berkali-kali.

Mama Q nak kongsi idea apa nak buat bila jadi macam ni. Kalau sesiapa nak tambah, jom kongsi idea sama jom:
  1. Bangkitkan mood ceria dengan menghias atau mengubah kedudukan perabot di ruang aktiviti anak.

    Jangankan anak, kita sendiri bosan bila hari-hari tengok suasana yang sama je. Katakan bulan ni rak buku kat ruang tengah, bulan depan kita alih kat belah tepi pulak. Kalau rasa susah nak alih perabot, kita susun dan tambah je hiasan sikit kat ruang aktiviti homeschooling tu.




  2. Menonton dokumentari bersama.

    Tak ada tv dengan pakej astro kat rumah, bukan alasan ye. Boleh tonton dari YouTube. Lagi seronok sebab kita boleh cari tajuk apa yang kita suka.

  3. Main bersama permainan yang sesuai untuk seisi keluarga.

    Contohnya karom, catur, sahiba yang dah lama terperap kat almari tu meh bawak keluar kita main sama-sama dengan anak. Kalau tak ada, main je permainan tradisional yang mudah nak buat macam batu seremban, serak lidi semua tu. Kalau tak ada jugak main je guna tangan macam osom, mak-mak pergi pasar.

  4. Mencuba resipi baru dalam masakan.

    Kalau boleh cubalah belajar masakan baru yang tak pernah atau dah lama kita tak masak. Tapi tak salah juga kalau nak ajar anak belajar masakan paling mudah.  Tak kiralah masak lauk ke atau kuih muih janji masak. tak semestinya anak lelaki tak boleh ke dapur. Eh lagi seronok kalau bapa pun join sekali masuk dapur lagi meriah dan semangat.


  5. Wujudkan hari atau minggu khas dengan satu tema.

    Contohnya "Minggu Pertukangan". Kalau sehari tak cukup, buat seminggu. Maknanya dalam seminggu tu cari dan buat segala yang berkaitan dengan pertukangan je. Senang cara ni sebab hanya fokus pada satu tema.



  6. Beri satu tajuk dan beri kebebasan untuk anak memilih cara mempamer atau membentangkan tugasan.

    Biarkan anak bebas memilih tajuk tu dan mempersembahkannya mengikut citarasa dan keselesaan mereka. Mungkin dalam bentuk lukisan, eksperimen, kraf, buku skrap atau  membuat poster.



  7. Tukar lokasi atau suasana pembelajaran.

    Kalau kata dah jemu buat aktiviti kat rumah sendiri, apa kata sesekali kita p check in kat homestay atau resort yang suasananya aman dan tak sama macam suasana kat rumah kita sekarang. Tapi kalau nak jimat, boleh juga kalau tak perlu keluar jauh. Pasang khemah dan "camping" depan rumah pun bagus. Kita boleh je buat aktiviti yang sama kita biasa buat kat rumah macam eksperimen ke, membaca ke melukis ke semua tu :) .

    Masa ni check in di Bustel Melaka
Berkhemah depan rumah






Sunday 4 February 2018

Kisah Mama Q Menerbit Buku Sendiri (Bahagian 2)

Lama pulak sambungan Kisah Mama Q Menerbit Buku Sendiri (Bahagian 1) ni kan?

Macam Mama Q cerita sebelum ni, antara yang menguatkan untuk buat buku ni sebab nak masukkan dalam silibus pembelajaran homeschool anak-anak la. Camne pulak tu? Kena baca sampai habis nanti Mama Q selitkan cerita ni.

Siapa yang tak tau tentang "homeschool" yang Mama Q jalankan dengan anak-anak boleh baca kat Perkongsian Pengalaman Homeschool Mama Q (Bersekolah di Rumah). Sejujurnya menerbit buku sendiri ni kita dapat belajar lebih ilmu penerbitan berbanding guna penerbit lain. Tau-tau buku dah siap cetak dan promosi pun mereka bantu.

Cuma kalau terbit sendiri, peluang nak tersebar luas tu agak tipis dan lambat.

Penerbitan Buku kedua (Kembara Kraftivi)

Baru je terbit buku pertama (Seronok Belajar di Rumah) bulan Mac 2017, bulan Ogos 2017 terbit pulak buku yang kedua ni yang diberi nama Kembara Kraftiviti.






Contoh Cadangan Pelan Aktiviti Kanak-Kanak


Penerbitan Buku Ketiga (Bonding Time Bersama Si Cilik)

Lain pulak kisah buku yang ni. Ini sebenarnya sebab rasa tak sedap hati bila buku pertama Seronok Belajar di Rumah tu Mama Q jual dengan harga rm25 dan akan dapat softcopy Islamic Activity Packet sekali. Tapi bila mengenangkan ramai yang susah nak dapatkan sofcopy tu Mama Q nak bagi dalam bentuk hardcopy ler. Jadi buku ni akan jadi set lengkap la (buku SBDR + buku BTBSC).

Buku Set Seronok Belajar di Rumah (RM25)

Tapi bila belek semula softcopy yang Mama Q buat dalam masa yang singkat tu rasa tak puas hati pulak nak cetak. Jadi terhasillah buku ketiga ni dengan kerjasama anak-anak.


Kali ni objektifnya projek menerbit buku sendiri bersama anak-anak. Memang dari penerbitan buku pertama lagi anak-anak ikut sama sepanjang proses penerbitan buku-buku tu tapi kali ni terlibat dari awal la. Kira asas menerbit buku sendiri anak-anak dah faham sikit-sikit.

Perkara pertama kena buat, kena bagi kepercayaan kepada anak untuk pamerkan hasil kerja. Walaupun tak banyak, tapi ini permulaan. Cover depan tu kakak yang design. Isi kandungan pulak semua anak-anak terlibat buat sama. Sebab tu macam tak teratur sangat kan? 😁



Lepas siap tulis dan design, Mama Q buat permohonan International Standard Book Number (ISBN)  pulak macam kat belakang buku tu. Kalau tak mohon tak apa cuma buku kita tu tak adalah dalam senarai penerbitan kat Malaysia ni dan kalau mohon memang tak rugi sebab banyak faedahnya.

Faedah-faedah ISBN (sumber PNM):
  • Memajukan dan memudahkan pemesanan dan perolehan buku-buku terbitan Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Mengiklankan penerbit-penerbit Malaysia dalam "Publishers International ISBN Directory (PIID)"
  • Memajukan penjualan buku-buku terbitan Malaysia di pasaran peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Sebagai butiran penting di dalam deskripsi Bibliografi Negara Malaysia, direktori jualan buku, iklan, katalog penerbit dan entri katalog yang disediakan oleh perpustakaan atau penerbit. 
  • Digunakan sebagai nombor bersiri dalam pengawalan stok bagi judul-judul yang diterbitkan dan memperketat lagi hak milik buku bagi penerbit.
Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PDP) untuk buku ni je Mama Q tak apply sebab dah mula rasa malas dan macam tak perlu pun. Tapi macam dalam plan untuk cetakan selepas ni macam nak gabung buku SBDR dengan buku Bonding Time Bersama Si Cilik ni jadi satu je. Apa pulak PDP ni? Kalau mohon PDP, data buku kita akan dimasukkan ke dalam Pangkalan Data PNM dan boleh diakses melalui laman web OPAC PNM.

Proses kelulusan nak dapatkan ISBN ni sehari je dan PDP 3 hari. Tak perlu bayar, percuma je. Borang boleh download je dari website PNM dan sebelum tu pastikan dah daftar syarikat penerbitan dulu kat SSM untuk penerbit baru.

Mama Q bawak anak-anak pergi deal harga dan bincang layout semua kat syarikat percetakan di Seri Kembangan. Sambil melawat kilang cetak buku. Kat sinilah diorang tengok kertas sepanjang-panjangnya. Walaupun nampak macam tak faham, tapi mamanya la duk terangkan semula pemilihan kertas, binding, cover (perbezaan lamination).

Cetak buku biasanya makan masa seminggu selepas persetujuan akhir tentang layout. Bila buku dah siap cetak, kena hantar 5 buah buku ke Perpustakaan Negara Malaysia dalam masa 30 hari. Kalau tak hantar nanti kena denda pulak. Apa lagi sukalah kanak2 ribena ni bila dengar p library. Hantar buku ni kat kaunter serahan.

November 2017

Februari 2017
Tahun ni pulak secara rasminya dah tak guna pembantu lagi untuk jual buku tapi serah kat agent-agent untuk jual buku tapi kalau ada yang beli terus dari Mama Q anak-anak pulak bantu uruskan tempahan dengan menggunakan easy parcel. Oh yeah senang betul segalanya di hujung jari dan tunggu je kurier amik kat rumah. Alhamdulillah.


Kiranya inilah yang Mama Q kata menerbit buku masuk dalam silibus anak-anak. Tahun 2017 terbit 3 buah buku dan sepanjang itulah pembelajaran anak-anak tentang asas penerbitan buku.

Kini Alhamdulillah dah ramai agen yang membantu buat jualan semua buku-buku tu.

1. Singapura
Pn. Zakiah Muhd
FB: Sarah Bal-kiss
Ig: sarah_balkiss
http://www.wasap.my/6590614314/
2. Putrajaya
Pn. Dianna Razali
FB: Dianna Razali
http://www.wasap.my/60173138181
3. Seri Kembangan
Pn. Hidayah
FB: Hijab B Enam Puluh
Ig : hbsixtyonlinestation
http://www.wasap.my/60172535635
4. Shah Alam
Pn. Eina Tholhah
FB: Eina Tholhah
http://www.wasap.my/60124506731
5. Pahang (Mentakab/Raub)
Pn. Norshaila Yusof
FB: Norshaila Yusof
http://www.wasap.my/60133562795
6. Gelang Patah, Johor
Pn. Rohani Misrin
FB: Rohani Misrin
http://www.wasap.my/60137533270
7. Melaka
Pn. Hasnizom
FB: Hasnizom N Muzaffar
http://www.wasap.my/60196753187
8. Bangi
Pn. Nurul Nadiah Ahmad
FB: Nadiah Ahmad
http://www.wasap.my/60123141422
9. Gombak
Pn. Azizah Binti Mohd Zan
FB: Azizah Binti Mohd Zan
http://www.wasap.my/60132223057
10. Kuantan
Pn. Rosmaria Mokhtar
FB: Rosmaria Mokhtar
http://www.wasap.my/60139710365
11. Senawang Negeri Sembilan
Pn. Nurul Balqis Binti Md Zin
FB: Nurulbalqis Binti Md Zin
http://www.wasap.my/601120982336/


Sekian dulu..kalau ada yang tertinggal Mama Q update nanti.
 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design