Tak rugi beli batu hiasan akuarium ni untuk bahan beraktiviti dengan anak-anak tau. Beli kat kedai eco baru RM 2.12 sebungkus tapi macam-macam aktiviti kita boleh buat. |
Alphabet Dispenser |
Selain dari buat permainan "Alphabet Dispenser" ni ada 10 aktiviti lagi yang kita boleh main. Dispenser ni lain hari Mama Q kongsi cara nak buat ye. Nak google sekarang pun boleh juga. Banyak cara nak buat dispenser. Mama Q buat ni versi senang dan gabung-gabung lepas tengok kat you tube. Jom main batu!
1. Permainan sensori
Contoh cara bermain:
Letak batu-batu tu kat dulang atau bekas besar. Lepas tu sediakankan la botol air mineral ke untuk anak masukkan batu-batu ke dalam botol.
Macam gambar kat bawah ni Mama Q selit bahan bacaan tu saja je sebab masa ni main tema 'Restoren'. Aktivitinya sambil main batu tu sambil mencari menu nak order. Kiranya ini pengganti buku menu la. Kreatif tak owner restoren tu? 😃
Masa main batu ni, nanti akan keluar bunyi-bunyi, jadi ini untuk deria pendengaran. Kalau ikutkan aktiviti ni sesuai untuk anak umur 3-5 tahun la.
2. Aktiviti seni visual.
Contoh bermain:
Menyusun batu
mengikut bentuk yang dilukis. Boleh juga
tuliskan kod warna supaya anak menyusun batu mengikut kod/nombor warna yang kita ditetapkan.
3. Latihan Motor Halus
Contoh bermain:
Pindahkan batu menggunakan penyepit (tongs).
Kalau takde penyepit cam penyepit kuih tu, guna je penyepit baju n lekatkan 2 batang aiskrim dengan menggunakan sellotape macam gambar ni.
Pra menulis dengan mengecop menggunakan batu |
4. Menghias Play Dough
5. Membentuk huruf
Contoh bermain:
Menyusun batu membentuk huruf atau objek. Cara ini mampu merangsang daya imaginasi anak untuk menzahirkan imaginasi mereka tanpa melakarnya terlebih dahulu.
6. Mengira
7. Mengasingkan warna.
Contoh bermain:
Sediakan bekas kecil lutsinar supaya mudah untuk anak melihat terus warna batu tersebut.
8. Alat bantu mengeja dan mengenal huruf.
Contoh bermain:
Pelbagaikan cara mengeja atau mengenal huruf dengan permainan teka silang kata, isi tempat kosong, ibu sebut huruf anak cari, susun huruf di atas biskut (permainan doh) dan sebagainya.
9. Bermain imbangan dan mengukur (berat/ringan).
Contoh bermain:
Uji minda anak dengan memasukkan jumlah batu yang sama tetapi saiz yang berbeza dan minta anak perhatikan imbangan yang tidak seimbang. Tanyakan sebabnya dan bincangkan.
Alat pengukur imbangan ni boleh je nak guna hanger kecik tu. Tapi saje nak tunjuk kat anak kepelbagaian cara nak buat alat pengukur imbangan tu. Mama Q gunakan lidi sate, electrical tape (guna sellotape biasa pun bole), dawai halus, klip kertas dengan bekas sos yang comel. Semua ni dari kedai eco. (ntah berapa kali promote).
10. Puzzle Sensori.
Contoh bermain:
Mengenal dan mengira nombor sambil menyentuh permukaan batu.
Cara nak buat kad ni lekatkan batu-batu dengan 'hot glue'. Kuat sikit lekatnya tu..kalau guna gam biasa, kot tak sempat nak pegang dah gugur sebelum berjuang 😃😂.
Terima kasih sebab baca sampai habis.