Monday, 20 April 2015

Bermain Meniup Buih Sabun Dan Terapi Pertuturan

Bermain buih sabun merupakan salah satu aktiviti yang memang di gemari oleh kebanyakan kanak-kanak. Bila dapat main buih sabun seolah-olah mereka berada di alam fantasi dan lupa segala kesedihan >>cewah!<<

Selain dapat membuatkan kanak-kanak gembira, ianya mempunyai banyak manfaat termasuk latihan otot mulut dan ianya juga dikatakan Terapi Pertuturan/ Terapi Mulut (speech therapy)? Terapi Mulut bagus untuk anak yang lambat bertutur. Melalui terapi ini juga, ianya turut membantu anak membaca dan bertutur dengan sebutan yang jelas, terutama sebutan b, p, w, o dan u. Kalau tak caya cuba tiup atau sedut straw tu...kan ke muncung mulut tu macam tengah sebut "uuuuuu"? Klik sini untuk info selanjutnya.

Mama Q nak kongsi permainan yang mudah nak disediakan dan kos yang cukup murah juga.

Jom tengok beberapa cara main buih sabun gaya terkini dan ada jugak yang mama ubah sikit nak bagi nampak menarik dan ada kelainan dari main bubble biasa yang tiup atau jual kat tepi pantai tu. Pasni kalau p berkelah kita dah boleh buat sendiri buih sabun pastu bagi la anak main puas-puas.

1. Meniup buih sabun di atas tepung.
Sekali pandang nampak macam biasa je nampak yang jenis ni kat kedai kan? tapi Mama Q tambah pewarna makanan dan reka cara main ikut cara sendiri. Sebab tau  my daughters semua suka main tepung. Jadilah permainan all in one ni


Cara Main: Tiup bubble ke arah tepung dan nanti tepung tu jadi bercorak warna warni lagi. Masa tiup bubble ke arah tepung tu, nanti debu tepung akan naik kat muka. Masa ni la mama anak-anak yang suka, lagi di tiupnya kuat-kuat tapi mana yang tak suka debu melekat kat muka pulak akan belajar teknik mengawal pernafasan dengan cara meniup buih secara perlahan dan berhati-hati.


2. Menggunakan straw: 

Kalau perasan mama tambah aksesori kat straw tu supaya tak kena dekat muka masa tiup buih sabun tu. Permainan ni sesuai untuk anak-anak yang dah tau nak tiup straw dan faham arahan je yek. Kalau tak mungkin anak akan minum pulak air sabun tu.

Cara buat buih: Paling senang sebab tak ada sukatan khas dan kalau tiup mesti menjadi punya. Cuma masukkan setitik dua sabun pencuci pinggan atau gel mandian dan campur pewarna makanan kalau nak jadi lagi menarik.


Cara Main: Tiup je air sabun tu sekuat hati dan nanti buih tu akan jadi cantik macam ni


3. Menggunakan botol plastik dengan kain/stokin


Masa ni botol-botol mineral terpakai tu sangat berguna. Boleh buat main buih. Kalau nak senang guna stokin tak payah nak ikat kain dengan getah sebab stokin dah siap ada getah cuma adjust lipat bagi kemas je.



Cara buat: macam kat gambar atas tu. Potong bahagian bawah botol dan balut dengan stokin. Untuk air sabun sama macam kadeah bermain nombor dua tu.
Cara main: Cicah atau rendam botol tu kat air sabun dan tiup macam kat gambar tu. Nanti buih tu akan jadi panjang berjela macam ular. Sebab tu omputih kata 'Bubble Snake"


 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design