Thursday, 16 April 2015

Homeschooling:: Ulangkaji Tentang Rukun Islam

Sempena nak menyambut 1 Rejab ni, kita orang buat aktiviti ulangkaji Rukun Islam cara kreatif yang semua peringkat umur boleh join. Kalau tahun lepas dan sebelum ni belajar cara biasa-biasa, kali ni buat kelainan la pulak kan. Tambahan bila Qisya dengan Qayra pun dah mula matang sekarang (dah bole bagi tumpuan kalau tajuk yang macam ni). Kira dah bertambah 2 orang ahli yang belajar pasal tajuk ni.


Aktiviti 1: Mengeja dan menyusun perkataan Rukun Islam (Building Sight Word)

Ini sebenarnya inspirasi dari huruf-huruf manik (threading letter beads) tu. Dengan menggunakan huruf-huruf yang mama buat dari kotak Cereal dan ditampal dengan straw (guna hot glue gun).


Cara guna: Masukkan huruf-huruf pada pipe cleaner.  Cara tak langsung aktiviti ni boleh melatih motor halus dan jugak melatih koordinasi mata dan tangan anak. Nak beli Pipe Cleaner murah dan banyak pilihan beli dekat Mr. DIY.


Untuk Qayra pulak dia masukkan satu perkataan je (haji). Sebab dia baru tau baca kaedah gabung bunyi 2 huruf je. Lagipun sebab tak nak bagi dia tak nak bagi tumpuan. So kena buat cepat-cepat.


Aktiviti 2: Bila dah siap kita sambung aktiviti seterusnya, sesi storytelling cara santai.

Kita orang buat dekat laman rumah sambil duduk bersila kat atas batu je pun bole. Masa ni memang tak ada sesi bergambar ye. Kelas dah mula...



Aktiviti 3: Mengira 1-5 Rukun Islam

Aktiviti ni bagi Qayra yang jadi ketua pulak  mengira dan padankan furr balls yang dicucuk dengan lidi sate dengan nombor yang ada kat kotak pasir tu. Sambil tu selit la info sikit pasal rukun Islam ada 5 perkara..Pertama apa..sampai lah ke 5.




 Aktiviti 4: Mencari dan menggali perkataan 5 Rukun Islam (Word Hunt)




Aktiviti bermain sambil belajar macam ni anak-anak lebih mudah mereka nak faham, senang bagi tumpuan dan lebih mudah mereka ingat memori semasa mereka bermain. 
Bi iznillah


 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design