Monday, 11 September 2017

Selamatkah anak-anak bermain Slime?

(Baca sampai habis baru faham)

Dalam banyak-banyak aktiviti macam mustahil Mama Q tak pernah buat "Slime". Tapi tak pernah pun kongsi sekali pun kat media sosial kan? Ada ke yang perasan? 😁 Lama buat kajian tentang slime ni sebenarnya sejak tahu kewujudan slime ni beberapa tahun sebelum ni. Teruja sebab ini salah satu permainan sensori yang sangat menyeronokkan.


Kenapa perlu nak kaji?

Sebabnya bila terbaca kandungannya tu ada serbuk boraks. Curiga dengan nama ni la. Mana taknya boraks ni banyak digunakan dalam pencuci pakaian. Tak ke macam bahan peluntur je tu? Beberapa tahun sebelum tu pulak, Mama Q pernah terbaca orang cari cara nak hapuskan anai-anai akan cari serbuk boraks. Ternyata betul bila tahun lepas rumah kat kampung kena serangan anai-anai. Mama Q cuba tabur je serbuk tu tak bancuh pun dengan air macam kat youtube tu pun mampu membuatkan anai-anai tu pecut lari dan tak kunjung semula dah. 😂 .Tapi anai-anai tu tak terus mati macam kita spray nyamuk tu.

Borax ada je ni ha sebalang lagi. Mungkin ramai yang nampak kalau guna serbuk boraks je nampak bahaya kan? Maksudnya kesan kepada kulit kalau main lama-lama memang betul tau. Tambahan pulak kalau guna resipi yang guna gam putih tu huhu. Kalau terkena rambut alamak...menangis. Ini pengalaman sendiri. Kalau la ada yang perasan tiba2 je rambut kakak pendek awal tahun lepas. Terpaksa gunting rambutnya tu sebab Qayra nak test main kat rambut kakak sebab dah puas test kat tangan tak melekat kan?

Sebenarnya cuba semak semula kandungan bahan yang kita gunakan untuk buat slime tu. Ramai yang guna Dynamo untuk bagi "slime" tu best sangat bila main kan? Lepas tu syampu rambut la, shower gel la atau pun eye drop semua tu kan? Perasan tak, bukan semua jenama "slime activator" ni yang akan menjadi bila bu at slime tu nanti. Ini kerana ada kaitan dengan kandungan "slime activator" tu sendiri.


Secara umumnya rata-rata "slime activator" ni mengandungi boraks atau asid borik. Walaupun asid borik ni bukanlah boraks, tapi ia adalah sebahagian dari keluarga boron atau pun bahasa mudah fahamnya ia adalah sejenis bahan kimia.

Jadi tak boleh ke main slime lepas ni?

Eh tak la. Bukan tak boleh main, tapi hati-hati dengan bahan nak buat slime tu aje. Katakan nak jugak guna dynamo tu boleh je tapi jangan main lama-lama dan hati-hati jangan terkena rambut atau mata tau. Tapi kalau tanya pendapat peribadi, tak digalakkan juga sebab cuba semak kandungan dalam dynamo tu pulak, dah tentu mengandungi bahan peluntur (bleaching agent)  yang tidak bagus untuk kulit.

Kalau nak guna jugak "slime activator" ni, boleh gunakan eye drop atau pencuci kanta lekap. % kandungan di dalamnya terkawal. Kalau tak kenapa boleh jadi penitis mata kan kan?

Tapi lagi sekali pandangan Mama Q,  kanak-kanak yang masih kecil terutamanya, gunakan resipi slime tanpa boraks ni la. Cuma kualitinya memang tak sama dengan slime yang menggunakan serbuk boraks, "detergent" atau eye drop semua tu. Tapi jangan risau sebab yang penting objektif nak main slime tu tercapai iaitu sebagai permainan sensori motor anak.

Pilihan di tangan anda sama ada nak kata ia pembaziran atau tidak. Apa pun yang kita buat, niat untuk belajar dan tidak berlebih-lebihan sehingga melakukan pembaziran.

Berikut adalah resipi Slime tanpa boraks:


Bahan
• 3/4 cawan Baking Soda 
• 3/4 cawan gam jernih 
• 250 ml air panas (suhu bilik pun boleh) 
• Pewarna makanan (jika suka) 
• Jag penyukat 
• Cawan penyukat 
• Bekas plastik 
• Sudu 

Cara 
  1. Masukkan baking soda ke dalam air panas dengan hati-hati. 
  2. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk. 
  3. Masukkan gam jernih ke dalam bekas, campur pewarna makanan (jika suka) dan kacau sehingga sebati. 
  4. (Rujuk gambar di bawah). Masukkan larutan baking soda ke dalam bekas berisi gam sedikit demi sedikit dan kacau sehingga berubah bentuk yang semakin pejal (seperti bekas hijau) dan jangan masukkan mendapan baking soda seperti di dalam jag. 
  5. Angkat dan uji slime anda. 


 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design