Qayra je dengan identitinya tersendiri tak terpengaruh langsung...setia dengan apa yang ada dalam kepalanya...Makcik Chelsea (kucing).
Mama punya lukisan siap tiru lagi pun jauh betul bezanya dengan doodle anak-anak ni. Ini memang betul ada kaitan dengan sejarah kita semasa kecil terutama umur 6 tahun ke bawah. Motor halus yang amat lemah dan kurang dilatih. Ada anak yang sememangnya mahir doodle kerana bakat dan ada anak yang perlu dilatih dengan pelbagai aktiviti sensori motor.
Manfaat melukis kepada kanak-kanak:
1. Alat berkomunikasi, terutama mereka yang belum boleh menulis.
Mama teringat lukisan Qayra sewaktu Mama anjurkan bengkel #KembaraKraftiviti baru-baru ini.
Katanya mama kucing tersenyum pergi kerja dan di belakangnya jauh kelihatan kecil anak kucing yang menangis kesedihan kerana ditinggalkan.Walaupun hanya gambar kucing, tapi dapat Mama membayangkan perasaannya ketika itu.
Terus rasa baiklah Mama akan bawa kamu satu hari nanti walaupun akan melekap seperti anak 'kangaroo' wahai anakku.
2. Meningkatkan kemahiran konsentrasi/berfikir.
Mereka akan menggunakan ingatan mereka untuk mengingati apa yang mereka tahu tentang lukisan yang akan dilukis sebelum melukisnya.Contohnya nak lukis pemandangan di taman, mesti anak akan membayangkan rumput menghijau, burung beterbangan dan ada orang berjalan.
Bukan itu sahaja, malahan anak akan membayangkan warnanya dan anggaran saiz burung yang terbang tinggi dengan saiz pokok. Jadi bukan ke ini sangat membantu untuk latihan memori/ingatan anak untuk belajar pelbagai ilmu nanti?
3. Membangunkan kemahiran manipulatif yang akan membantu kanak-kanak menulis.
Ha..ini point penting yang dinantikan ye tak? macam mana ni? Boleh pulak melalui lukisan anak mampu menulis dengan baik. Ini kerana anak akan menggunakan banyak kemahiran motor halus semasa menggunakan alatan melukis tidak kiralah menggunkan jari, pensel warna mahupun berus lukisan.
Soalan: "Baiklah sekarang saya akan ajar anak saya melukis gambar rumah atau gambar kesukaan anak saya, betulkan macam tu?"
Jawapan: "Eh nanti dulu, sebelum tu pastikan anak telah melalui semua fasa melukis"
Berikut merupakan fasa melukis kanak-kanak:
1. Banyakkan aktiviti mewarna bebas.
Ini sama seperti yang saya katakan tadi tak semestinya dengan pensel warna tapi pelbagaikan jenis alatan mewarna.
Ikut tahap perkembangan anak, selepas biasa dengan mewarna bebas, maka mulakan mewarna dalam garisan atau dalam kotak. Mudah je lukis kotak dan minta anak warnakan hanya dalam kotak. Bila dah biasa, nanti anak mahir mengawal pergerakan tangannya supaya tak keluar dari kotak.
2. Biarkan anak melukis sendiri mengikut imaginasi mereka.
Dengan cara begini anak tidak berasa tertekan kerana perlu ikut rentak lukisan kita. Tambahan lagi jika kita meraikan lukisan anak. Biar comot atau buruk dimata kita tetapi itulah lukisan ikhlas dari anak.
3. Berinteraksi dengan anak tentang lukisan mereka.
Maksudnya lepas anak siap melukis, berbual dengan anak tentang lukisan tersebut. Contohnya: Wah cantiklah lukisan adik, boleh tak ceritakan kat mama pasal lukisan ni? Kalau jawapannya agak suram seperti tak minat nak jawab kita bagi helah supaya dia sendiri akan ceritakan tentang lukisan tu.
Contohnya kita cakap la orang lidi tu sebagai lolipop supaya anak akan semangat nak betulkan jawapan kita tu haha.Peringkat awal, mungkin anak hanya akan lukis seorang orang lidi dan semakin lama akan muncul watak di sebalik lukisan tu yang penuh dengan penceritaan.
Apakah persediaan untuk menggalakkan anak melukis?
Sudah tentu perlu sediakan peralatan yang mampu menarik perhatian anak membuat hasil seni mereka kan? Selain dari pensel, kapur, krayon, water colour dan berus lukisan, kita perkenalkan alatan lain seperti menggunakan ranting, sabut kelapa, arang kayu dan macam-macam lagi.
Bila nak mulakan?
Sebaik sahaja anak anda menunjukkan minat untuk menconteng. Masa ni bersediakan dinding yang putih bersih tu ye. Jangan terhad hanya melukis di dalam rumah sahaja.
Sesekali bawa anak melukis di taman, tepi pantai, sungai dan hutan. Maksudnya bukan melukis di atas kertas tapi melukis kat atas pasir.
Mudah kan? Sekian coretan Mama Q yang panjang ni setelah 4 hari rehat mengadap skrin :))