Bermain Dengan Lumpur boleh meningkatkan sistem imun?

Lama sangat tak update aktiviti Mama Q dengan anak-anak kan? Sebenarnya dalam tempoh beberapa bulan ni kami dah tukar sistem pembelajaran. Tahun ni banyak aktiviti hands-on dan 80% outdoor activities. Punyalah sibuk sampai tak sempat pun nak ngadap henpon ngan laptop. 

Memandangkan dah banyak aktiviti luar yang kita orang buat, jadi hari ni nak kongsi pengalaman dan hasil kajian Mama Q selama 3 bulan ni dan jugak hasil rujukan dari laman web http://www.letthechildrenplay.net/ dan http://natureplayqld.org.au . Kita mulakan dengan aktiviti bermain dengan jenis yang kita nampak kotor ni dulu ye. Insha Allah nanti nak cerita pasal kebaikan bermain dengan alam semulajadi pulak.

Tahu tak ada banyak kebaikan anak-anak bermain dengan lumpur, tanah, pasir atau sewaktu dengannya? Macam tak percaya je kan?Mana taknya abis seluar ngan baju baju kotor sebab main lumpur tu. Tambah pulak tempat macam tu ada t**k ayam, t**k kucing dan segala macam jenis najis. Kalau camtu anak-anak akan terdedah dengan kuman dan bakteria jahat la kan? 

Mungkin ada yang cakap " bukan ke sekarang ni dah ada pasir kinetik (kinetic sand) yang dijamin bersih..kenapa nak cari pasir atau tanah yang kotor tu?". Ok ye betul tu tak salah pun..lagi pun dapat ilmu baru tentang pasir kinetik kan? tapi ini nak citer kebaikan yang semulajadi ni selain ianya sangat menjimatkan duit anda. Walaupun ada kanak-kanak yang jenis penggeli dengan benda yang melekat kat tangan ni...tapi tak bermakna TERLALU penggeli tu bagus ye.

Antara kebaikan anak-anak yang kerap bermain dengan lumpur/pasir/tanah, mereka akan:

1. Dapat mengembalikan mood mereka menjadi lebih periang dan mengurangkan tekanan (stress).

Kajian saintis telah mendapati  bahawa "kotoran" dari lumpur tersebut mengandungi bakteria mikrospik, yang dipanggil 'Mycobacterium vaccae' yang dapat meningkatkan tahap 'serotonin' di dalam otak dan membantu kanak-kanak  berasa lebih rileks dan tenang.
Ini memang sangat2 setuju…sebab jauuuuh sangat beza bila anak-anak lebih kerap bermain lumpur sekarang ni. Kalau sebelum ni bagi sesekali je main lumpur. Diorang sangat kurang buat perangai dah. Kalau tak mamanya mudah je jadi singa sebab sama2 stress. Ghase-ghase mamanya perlu join selalu main lumpur sekali ni.



2. Memupuk rasa cinta terhadap alam semulajadi.

Biasanya lumpur/tanah/pasir ni memang lokasinya kat luar rumah kan? Jadinya nanti secara tak langsung anak-anak akan bermain dan meneroka alam semulajadi. Sambil main tanah sambil kutip daun, ranting dan batu untuk hasilkan sesuatu dari imaginasi mereka. 
**Masa ni bolehlah mak atau abahnye selitkan aktiviti ‘story telling’ sambil memuji kebesaran ciptaan yang Maha Esa. 
Percaya atau tidak, masih ada kanak-kanak yang tak tau nak bezakan rumput betul atau rumput buatan Manusia tau. Sebab tu la pentingnya pendedahan dengan Alam Semulajadi ni.



3. Lebih sihat.

Kajian juga mendapati kanak2 yang bermain dengan tanah lumpur atau selut ni, ianya bagus untuk sistem imun mereka. Ianya dikatakan juga dapat mengurangkan risiko asma dan alergik. Ini sebab kandungan bakteria mikrospik tadi la jugak. Haa yang ni Mama Q masih buat eksperimen untuk Qayra..sebab dia ada semput sikit. Tunggu sampai hujung tahun la kot baru bole cerita.

4. Bebas berkreasi.

Tak perlu susah-susah nak uli tepung nak buat play doh, anak-anak pun boleh buat doh diaorang sendiri tau.Bagi je tanah ngan air menjadi la nanti macam-macam hasil seni kreatif anak-anak.
Masa ni kita tak payah ajar dah berapa sukatan air dengan tanah atau pasir, nanti anak belajar sendiri dan mereka tak terikat dengan sukatan untuk hasilkan ciptaan mereka. Lagi satu dalam rumah pun tak bersepah dengan pasir. Lagi best kalau ada ruang khas main pasir kat luar rumah tu.



5. Bermain sambil belajar

Kalau perasan masa anak menyukat tanah dengan air tu, mereka sebenarnya dah belajar Sains, Math dan Art tau. Walaupun anak hanya menyapu lumpur kat muka pun dia belajar seni menconteng atau kalau anak tengah berlakon dan anggap lumpur tu masker muka anak sebenarnya tengah merangsang otaknya untuk berimaginasi. 



6. Lebih bijak

Kenapa kajian mengatakan bermain dalam lumpur boleh membuat anak anda lebih bijak? Ini kerana pembebasan serotonin yang berlaku apabila kanak-kanak bermain di dalam lumpur yang mengandungi 'Mycobacterium vaccae' itu juga telah menunjukkan peningkatan fungsi kognitif.

Apa kata lepas ni kurangkan aktiviti ngadap buku kat dalam umah tu dan ajak anak main lumpur ke atau sesekali  p pantai main pasir ke. Kalau mak paknye tak join sekali pun takpe, cukup dengan memerhatikan anak bermain kat tempat yang selamat. Manalah tau kot ada anak yang rasa berselera nak makan biskut dari tanah pulak nanti..haha.

“So let your child be a child. Dirt is good. If your child isn’t coming in dirty every day, they’re not doing their job. They’re not building their immunological army. So it’s terribly important.” - Mary Ruebush (author of Why Dirt Is Good)

**nota: Jangan la sesaje p main kat pasir yang dah tentu port sang kucing melabur pulak. Pastu lepas main jangan lupa sental anak2 dengan sabun anti-bakteria ke hapa ok..ini wajib! Sapa yang takde laman tu boleh la bawak p main kat pantai atau taman bila ujung minggu ke

Update 30/5/2016: Untuk artikel ni, memang Mama Q buat kajian sungguh2 tau..walaupun tak profesional tapi makan masa 3 bulan jugak. Siap duduk kat kampung lagi sebab nak suasana yang betul2 sesuai.


Mama Q3 2014. Powered by Blogger.