Friday, 27 November 2015

Mengajar Anak-Anak Berbeza Tahap & Umur Secara Serentak?

Tak tau nak letak tajuk apa. Sebab ada yang tanya, camna cara saya mengajar anak-anak yang tak sama tahap dan umur ni? Kalau tengok aktiviti-aktiviti yang kitaorang buat banyak yang buat cara berkumpulan.

Memang tak dinafikan bukan mudah nak buat dan memang berbeza mengajar seorang anak..itu pasti. Kalau ada yang kata sorang anak pun susah nak uruskan inikan tiga worang weii. Cam Mama Q ni ada 3 orang anak yang umur tak sama tapi jarak tahun tu rapat2. Bukan tu je tahap penerimaan ilmu pun tak sama level.

So langkah pertama kenalah kenal pasti anak punya Multiple Intelligences (Kecerdasan Pelbagai) dulu, baru mudah nak buat aktiviti apa yang sesuai untuk setiap orang kan? Kalau sapa tak tau cara nak tau lebih tepat lagi MI anak, klik kat SINI. Hasil dari ujian Multiple Intelligences setiap anak tak sama cara belajar..Kakak Word Smart, Qisya Body Smart dan Qayra Picture Smart.



Langkah kedua,  Konsep pembelajaran yang Mama Q buat untuk adalah belajar melalui bermain. Setiap anak2 walaupun tak sama cara belajar, tapi tetap guna konsep yang sama jugak.

Kata cara belajar anak2 berbeza tapi kenapa guna konsep yang sama (belajar melalui bermain)?

Sebab secara fitrahnya umur macam ni anak-anak memang suka bermain dari belajar. Jadi Mama Q gabungkan kaedah belajar semua anak menggunakan konsep belajar melalui bermain. . Oh ye..tiada paksaan untuk membaca menulis segala tu. Cukuplah 3 tahun yang lepas, Mama Q dah buat silap. Menggelabah semacam bila anak orang lain dah boleh membaca masa baby lagi.


Langkah ketiga: Cara paling senang nak uruskan situasi mengajar anak lebih dari seorang ni, kita orang buat pembelajaran bertema dan belajar dalam kumpulan, sebab boleh belajar serentak dan jimat masa.

Meh Mama Q terangkan sikit contoh pembelajaran bertema dan belajar dalam kumpulan ni camne.

Contohnya tema "buah rambutan", buat dalam seminggu atau lebih segalanya tentang buah rambutan je. Maksudnya bukan la asyik nak kenal rambutan je kejanya. Tapi selitkan subjek pelbagai (Keagamaan dan kerohanian, life skill, kraf, Math, Sains, BM, BI dsb) melalui tajuk tu.

Projek awal tahun 2015
Kalau subjek tu umum macam ni tak perlu pun nak asingkan ikut tahap. Macam contoh tema "buah rambutan" ni kan, boleh sama2 belajar proses nak buat jem rambutan. Apa yang anak boleh belajar dan manfaatnya kepada anak adalah:

1. Bermula dengan kupas kulit dan buang biji (latihan motor halus, latihan visual dan fokus),
2. Blend dan proses memasak jem. Nanti masa menyukat bahan dan memasak tu kan dah belajar Math & Sains secara tak langsung. Dan jugak belajar memahami arahan dan langkah2 penyediaan bahan.(life skill ),
3. Belajar buat label jem. Masa ni bagi peluang kat anak untuk  tulis dan lukis. Macam kat gambar atas tu contoh Qayra punya. Mama yang lukis sebab dia tak nak lukis tapi Mama buat titik2 Qayra tulis.(seni kreatif, menulis dan mengeja).

Jangan lupa sebelum dan semasa pembelajaran berlangsung, selitkan dengan nilai kerohanian dan kebersihan.

Lagi contoh tajuk umum yang boleh semua orang belajar sama2: bacaan tafsir atau hadis, story-telling, kraf, peta, ujikaji Sains dan belajar masak. Cuma mungkin macam bacaan tafsir tu ada yang boleh bacakan potongan ayat Al-Quran ada yang hanya mendengar je.

Camne pulak kalau subjek khusus?

Katakan subjek Math, takkan semua orang belajar mengira 1-10 kan? Kalau membaca pulak takkan semua orang belajar mengeja sedangkan ada yang dah lancar bacaannya. Camne ni?

Ok walaupun tak sama tahap belajar tapi masih boleh gunakan tema atau tajuk yang sama. Katakan kakak sepatutnya belajar operasi darab, Qisya bahagi n Qayra operasi tambah. Subjeknya Math dan temanya Buah Rambutan, jadi semua orang akan gunakan tema buah rambutan untuk belajar Math. Mama Q akan lukiskan pokok rambutan dan dalam tu ada soalan yang berbeza mengikut tahap masing-masing.

Kalau membaca pulak biasanya bebas pilih buku cuma Mama wajibkan setiap hari mesti ada bahan bacaan walaupun Qayra tu hanya nak baca 2 ke 3 perkataan je. Itu pun kadang-kadang dia langsung tak nak baca. Sebab tu la bila pembelajaran bertema, dia teruja nak join. Jadi Mama Q akan amik kesempatan ni tuliskan apa2 yang sepatutnya dia kena baca.

Qayra membaca masa tema Pokok Pisang
Camna pulak kalau nak tumpu ajar anak secara individu? 

Iyelah kan mesti ada sesi kita nak tumpu setiap anak punya pencapaian kan? Karang dah jadi macam ajar kat kelas tapi murid tak faham sebab malas nak bukak mulut nak tanya lebih. So nanti anak pun buat-buat faham.

Tu la kan sebab dah lebih 3 tahun buat homeschooling ni, mamanya dah banyak buat eksperimen kat anak-anak ni. Sampai sekarang pun masih belajar dan mengkaji segala tentang perkembangan anak-anak ni.


Mama Q memang dah sediakan macam2 jenis bahan untuk anak-anak menyibukkan diri dalam kabinet khas. Bak kata omputih "busy box". Contohnya mama nak ajar Qayra sahaja, maka kakak2 akan cari bahan yang diaorang suka nak buat masa tu. Macam tu jugaklah bila mamanya nak ajar Kakak atau Qisya, yang lain akan buat aktiviti sendiri.  Jadi dapatlah Mama Q mengajar secara individu dengan amannya mengikut cara belajar masing-masing.

TAPI kadang-kadang tak aman jugak sebab masing-masing pun ada pasang surut. Bila jadi macam ni, Mama Q takkan paksa diri untuk mengajar (hahaha). Tarik nafas panjang2, bagi je diorang apa yang diaorang nak buat n mamanya pun berehat sambil layan pinterest ke Insta ke sambil cari ilham baru.

Masa awal2 dulu Qayra memang suka berkepit dengan mama je. Time nak ajar Kakak ada je dia macam nak tarik perhatian suh tumpu kat dia je. Kalau jadi kes camni Mama Q akan tunggu masa Qayra tidur atau masa dia betul2 nak main sorang2, baru boleh mengajar kakak2nya.

Alhamdulillah sekarang anak2 dah semakin matang sebab dah biasa dengan budaya yang kami terapkan sejak 3 tahun ni (homeschooling sepenuh masa). Semua pun dah minat belajar...mungkin sebab konsep belajar melalui bermain tu la kan.

Kesimpulannya mengajar lebih dari seorang anak ni (jjarak umur yang rapat) memang lebih mencabar dari mengajar seorang anak je. Huhu..kena banyak doa, banyak belajar, banyak bersabar, kena rajin (halau sifat malas tu jauh2) dan jangan cepat mengalah. 
 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design