Thursday, 29 October 2015

Projek DIY Buku Aktiviti Anak dan Tips Bahagian 2

Sambung balik cerita kita..maklum la super buzy mama memang susah nak ngadap laptop lama2. Banyak nak di kejar..mengajar, memasak, mengemas...mengitu mengini. Ok cukup membebel.

Stakat ni baru siap untuk Qayra sorang je...Kakak dengan Qisya punya turn nanti la...kongsi je dengan Qayra dulu yek. Kakak dah bising dia cakap "ala...ini budak-budak punye..bila kakak punya nak siap ni.." aik? bukan dia pun budak-budak ke?

Sebenarnya bukan kakak-kakak punya tak ada..ada...melambak...ada yang saiz A4 ada yang saiz A5. Semua ni pun Mama Q yang lukis dan tulis. Tapi bukan versi boleh padam tulis la. 

Selama ni pun memang dia orang ni dah biasa dengan buku yang mama buat..mungkinla berkenan sebab tengok Qayra punya boleh conteng banyak kali pastu padam balik. Bukan apa..ada penyakit "M" bila nak laminate tu la...kena wat overtime tau. Kita tengok contoh versi tanpa laminate dulu.

Buku aktiviti biasa
Ada jugak yang Mama Q print tapi buat masa ni anak-anak lagi suka yang Mama Q lukis (walaupun buruk). Bila mama sendiri yang tulis n lukis, laju je anak-anak nak buat. Contohnya kalau mama suh siapkan buku kerja (workbook), kadang-kadang tu macam suruh makan ubat je muka memasing.

 Bila dah jadi camni, biasanya mama akan buat magic hahaha. Lukis gambar comel2 yang agak2 bila anak2 tengok je kompem nak buat, pastu selitkan soalan yang dalam workbook tadi. Hah siap laju je...pastu sejuk je tengok muka memasing buat kerja sambil nyanyi2 lagi.
Hasil kerja 3 orang disatukan dalam satu buku

Berbalik pada tajuk "dryerase busybook" atau dalam bahasa yang lagi senang nak faham "buku aktiviti yang akan membuatkan anak sibuk dengan perkara berfaedah versi boleh conteng dan padam berulangkali".


Selain dari buku ABC dengan 123 tu, ada satu buku ni untuk permainan kreatif ikut kreativiti anak nak buat camne. Kat bawah ni beberapa contoh dari 10 helai buku tu. Dalam proses nak buat lagi ni ..nanti tambah jekat ring tu. 

Cover pun belum siap lagi. Buku ni boleh masuk dalam "busybag"sekali dengan tools macam pom-pom ball, fancy ereaser dan sewaktu dengannya."Busybag" apa pulak tu? ala sebenarnya beg yang ada disisi dengan bahan2 permainan belajar. Biasanya sesuai untuk travel senang nak bawak ke mana-mana. KALAU ada masa boleh Mama Q share busy bag kita orang sejak 3 tahun lepas punya.


Bila buku ni dah digunakan, barulah tau apa nak di komen ye tak? Mama Q ulas satu persatu tentang kos pembuatan, bahan yang digunakan, tips dan apa yang best apa yang tak best ye...jujur ni.

Laminate

Mama Q laminate tak guna mesin khas tapi guna seterika (keterangan lanjut ada kat post sebelum ni) Jadinya nak kata kualiti memang agak kurang cantik tapi boleh tahan la jugak kalau untuk kegunaan peribadi. Atau..mungkin jugak Mama Q kurang mahir nak gunakan iron tu. Sebab kalau Mama Q nak iron baju pun memang ada je kedut-kedut lagi...so paham2 la ye hihi.Lagi satu kalau penggunaan heavy duty amat digalakkan melabur la sikit beli mesin tu.

Kertas A4

Guna cap ayam je yang rege rm8 untuk 450 helai.Tapi kalau nak lagi tahan lasak guna kad saiz A4 la..nanti jadi lagi keras.

Card Ring

Beli kat kedai eco rm2 (tak termasuk GST) ada 12. Saiz 19mm


Alat tulis

Untuk menulis, mewarna dan melukis kat atas plastik laminate ni tak sama kesannya kalau tulis kat whiteboard. Sebab pemilihan pen atau marker yang kurang sesuai akan meninggalkan kesan comot nanti. Mama Q bagi contoh macam gambar kat bawah ni ada whiteboard marker dan colour pen yang keduanya jenis washable (boleh cuci dengan mudah).


Persamaan kesemua ni boleh tulis dan padam dan jugak semua ni beli kat Mr.DIY.

1. Whiteboard marker 8 warna Harga lebih RM10 (lupa sebab dah lama beli )
2. Washable Color Pen (dalam botol) 18 warna RM3++ (ini pun dah lama beli..sticker pun dah tanggalkan)
3. Washable Color Pen 12 warna RM5.50

Hasil:

1. Whiteboard Marker:

Kualiti memang superb..tapi susah nak padam walaupun dengan pemadam papan putih ni mahupun span dan kain batik mama hehe. Nak kata sebab cap ayam Mama Q dah try Artline pun sama gak.


2. Washable Color Pen

Washable Color Pen
Kedua-duanya senang nak padam samaada gunakan pemadam papan putih atau span. Yes tapi ada yang bezanya tang kualiti warna. Gambar A menggunakan pen dalam botol (warna lebih lembut dan tak bercapuk) dan gambar B menggunakan pen yang 12 batang tu (warna terang tapi ada kesan macam mencurah air di daun keladi la). Tapi nampak lebih sesuai untuk travel sebab bekasnya yang sebegitu.

Kalau jenis lain tak boleh ke? Boleh je asal jenis boleh padam tapi saya cadangkan kalau boleh pilih yang kita boleh test dulu calit kat plastik pastu cuba tengok kualitinya camne. Saya pernah cuba washable color pen jenis lain..masa saya calit tu nampak dah warna tu tak melekat pada plastik..lagi betul-betul mencurah air di plastik. Cuma jangan guna magic color sudah ye.


 Akhir sekali mesti kena ada pemadam la kan. Jenis pemadam untuk whiteboard 80sen (macam kain baldu) dengan span yang rege 20 sen ni pun ok.


Keduanya best tapi ada kelebihan masing-masing. Kalau span ni senang nak padam titik-titik kecik tu sebab span ni kan boleh menguncup mengembang ikut cara kita pegang. Pastu kalau ada kotoran degil boleh sental gunakan yang warna hijau tu pulak.

Pemadam papan putih pulak nampak smart dan tangan anak tak terkena kesan marker tu sebab ada pemegang..nampak macam lebih selamat. Tapi bagi Mama Q sama je..sebab walaupun tak kena tangan tapi lepas menulis wajib basuh tangan dengan air sabun dan bilas bersih-bersih.


Wednesday, 28 October 2015

Projek DIY buku aktiviti melekakan anak (Bahagian 1)

Masa kakak dengan Qisya dulu, walaupun Mama Q tulis dan lukis sendiri, tapi tak pernah terlintas nak laminate. Tapi sejak dah tau cara mudah nak laminate sendiri ni dah timbul macam2 idea nak buat. Sebenarnya tercetus bila rakan kat IG @stellasutjiadi, ibu yang TERsangat kreatif buat "busybook" untuk anaknya. Tak caya cer la try follow. 



Ok berbalik pada cerita buku ni. Lukisan pun dah ada "improvement" tau haha. Ye saya tak pandai melukis dan tulisan pun buruk. Sejak Mama Q dah amik keputusan untuk menyekolahkan anak kat rumah sepenuh masa ni, memang terasa macam masuk kelas melukis sekali.



Untuk projek ni, ini buku pertama untuk Qayra (3 tahun). Kalau dah nama pun laminate, maknanya tujuan buku ni selain untuk bagi tahan lama, mestilah untuk tujuan bole tulis pastu padam semula kan? 


Objektif nak buat buku ni untuk melekakan anak dengan aktiviti berfaedah terutama bila mamanya tengah sibuk mengajar kakak2 ke, tengah membanting tulang kat belakang rumah
ke dan sewaktu dengannya. Ops lupa bole bawak travel jugak. Saiz buku ni pun tak sebesar mana...separuh A4 je atau nama mengikut piawaiannya A5.


Kenapa susah-susah nak lukis n tulis sendiri? kata tulisan buruk? print je la..senang..ke ink printer dah abis?

Hahahaha sebenarnya boleh je kalau nak print. Tapi percayalah bila kita yang tulis dan lukis sendiri anak akan lebih menghargai. Siap bole request tambah itu ini...amboi memasing punya citarasa kemain lagi ek. Eh ni anak-anak saya la..anak orang lain tak tau pulak macam mana reaksinya kan.

Kelebihan lukis dan tulis sendiri:

1. Boleh buat buku yang khusus mengikut keperluan, kemampuan, permintaan dan kesukaan anak kita.Ye betul ni, anak kita yang sorang ni takkan sama dengan anak-anak yang lain (kalau ada lebih sorang anak) dan tak sama dengan anak orang lain jugak.


Contohnya buku abc ni, Mama Q buat khas untuk Qayra je. Mungkin orang lain boleh guna tapi mungkin akan tanya kenapa tak ada huruf  "c"...kenapa asyik gambar rama-rama je ni? kenapa itu ini? Ha sebab Qayra suka rama-rama...hari2 nyanyi lagu "butterfly" dan Qayra dah lulus sangat tulis huruf "c", so Mama skip latihan menulis huruf "c" cuma bagi latihan padanan huruf dengan gambar je.
 Oh ye lagi satu Qayra buat masa ni Mama belum kenalkan huruf besar lagi secara rasmi sebab nak ikut formula mengajar membaca kaedah fonik kaedahnya. Macam Qisya (anak kedua) sebelum ni pun tak payah nak beriya sangat ajar huruf besar tu, bila dia dah master huruf kecik, otometik dia mudah nak kenal sendiri.

2. Motivasi untuk mamanya supaya buat yang terbaik sebelum kena kritik kat anak2 sebab tak faham mama lukis ayam ke kerbau and of course upgrade tulisan tu supaya anak2 faham itu adalah huruf dan bukannya cacing kerawit.

Alamak rasanya cukup sampai sini dulu...sambung nanti bahagian 2 plak ye...panjang nak cerita

Wednesday, 14 October 2015

Cara Laminate Menggunakan Seterika (iron)

Siapa yang tak ada mesin laminate tapi perlukan mesin sendiri? ha nampak eksaited dah muka tu.. Lagi-lagi student atau mak-mak yang buat homeschooling. Nah Mama Q kongsikan cara mudah dan tips tambahan sekali. Tapi rasanya kalau jenis yang hari2 nak laminate banyak2 mungkin kurang sesuai. Baik beli je la sebijik mesin tu kan. 

Peralatan/bahan yang diperlukan:

1. Apa yang pasti korang wajib ada seterika. Tak perlu yang canggih yang paling klasik jenis yang berat 1 tan tu pun lagi bagus sebab tak payah nak tenyeh sangat.

2. Satu lagi bahan wajib perlu ada haruslah plastik untuk laminate atau namanya "laminating film". Tak kisah brand apa. Tapi Mama Q pilih jenis yang "Ultra Premium Quality Hot Laminating" saiz A4. Jenis ni tahan panas punya dan saiz pulak terpulang. Kalau rasa selalu nak laminate kertas besar atau banyak dalam satu masa boleh beli saiz A3 ke.

3. Kain batik atau pelikat pun boleh sebagai lapik bawah dan lapik atas plastik laminate tu. Pastikan kain tu dah basuh ye..kalau tak lagi semerbak bau keluar masa korang buat kerja. 
Tips tambahan: Mama Q gunakan tudung bawal warna cerah untuk lapisan atas supaya senang nak tengok mana yang kita gosok tu.Takde la kejap2 bukak nak intai "eh kena ke tak ni? dah ke belum yek?" Sebab apa, tudung bawal ni nipis dan nanti takde la perlukan suhu yang tinggi sangat untuk laminate kertas nanti. Oh ye suhu pulak cuba mulakan dengan suhu yang rendah dulu ye, takut jenis yang tak tahan panas sangat terus mencair la pulak plastik tu nanti. Sebab lain seterika, lain tahap kepasannya.

4. Kertas atau kad untuk di laminate.

Proses laminate macam gambar kat bawah ni ye. Gambar ni Kakak (6 tahun) yang tolong Mama buat kerja. Tapi masih dalam pantauan mamanya la.


Sekian tips dari Mama Q. Mesti muka ada sinyum sekarang kan? Dapat gak merasa nak laminate sendiri. 

Nak beli mesin laminate murah? Klik entri ni

Friday, 9 October 2015

Salam Perkenalan

Alhamdulillah berjaya juga saya menulis blog ini. 2 blog sebelum ini telah pun dilupuskan kerana dah ramai yang mula mengenal saya. Ini permulaan saya untuk tahun baru hijrah yang akan tiba pada minggu hadapan. Kerana saya rasa mahu berkongsi beberapa tips tentang homeschooling dan aktiviti anak-anak saya yang berumur antara 3-6 tahun dan untuk makluman mereka semua homeschool sepenuh masa.Walaupun banyak gambar-gambar yang saya kongsi di Instagram,tetapi rasanya masih terbatas untuk saya menulis tentang perjalanan sebenar homeschool kami ni.

#percubaanpostpertamaayatformal
 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design