Wednesday, 8 November 2017

Kisah Mama Q menerbit buku sendiri (Bahagian 1)

Buku Seronok Belajar di Rumah adalah buku terbitan pertama dan memang pernah wujud dalam bentuk ebook satu ketika dulu. Sebenarnya adik Mama Q punya projek kat UPSI. Dia punya bodek muka kesian mestilah cair kan? Jadi sebab tu lah blog ke 3 hepisara.blogspot.com tu dilupuskan.

Maknanya apa? Dah tentulah dia gunakan blog tu untuk dia karang ayat sendiri. Sepatutnya Seronoknya Belajar di Rumah tapi bila nak buat ebook, lecturer dia kata buang 'nya' dan jadilah ebook tajuk Tips & Aktiviti untuk anak-anak Seronok Belajar di Rumah.


Lepas tu hujung tahun lepas, Mama Q anjur satu program, Malaysia Genius Kids Challenge bersama Cik Nad, dari Projek Si Cilik. Bila dah anjur tu, rasa nak bagi hadiah dalam bentuk photobook la. Main tepek je gambar buat macam kenang-kenangan untuk pemenang. Teruja sebenarnya sebab walaupun baru je wujudkan FB dan hanya ada sorang je kenalan, lebih 200 orang yang menyertai program tu. 

Tak sangka dari situ ramai pulak berminat nak beli. Selepas buat survey, tak sampai 100 orang yang nak beli. Cik Nad la bagi sokongan dan dia sangat yakin buku 1000 naskah dalam 3 bulan habis terjual. Amboi Cik Nad besarnya lahai harapan. Tapi Mama Q cuba ikut juga cadangan Cik Nad walaupun tak berapa yaakin buku tu terjual lebih seratus naskah. 

Mulanya tanya dengan pihak photobook ni terkejut dapat harga rm10k termasuk postage untuk 1000 naskah. Mak aiii mano nak ghabo.

Bincang pulak dengan syarikat percetakan nak cetak 100 naskah, tak dilayannya sebab sikit sangat.  Mama Q memang redah aje dan berserah cetak juga 1000 naskah. Dalam hati tu terus pasang niat untuk masukkan dalam silibus anak-anak "belajar ilmu penerbitan buku sendiri". Kiranya melabur juga la sikit.

Selepas aktiviti jelajah beberapa syarikat percetakan, dapatlah harga rendah sikit la dari photobook tu.  Itulah nasib penerbit kecil yang bermodal ciputs. Bukan sengaja jual harga macam tu. Sebab terbit sendiri dengan modal yang kecik, memang akan hasilkan harga yang mahal juga.  Kualiti kertas tu bukan kertas biasa memanglah mahal. 

Selepas survey harga bermulalah episod edit buku dan permohonan ISBN (International Standard Book Number) dan PDP (Pengkatalogan Dalam Penerbitan) dari Perpustakaan Negara Malaysia. Syukur sangat sebab dipertemukan dengan kawan sepejabat masa kerja dulu  di PNM. Mama Q banyak bertanya tentang penerbitan buku ni. 

Rupanya bukan mudah nak buat buku yang kecil saiz 6"x6". Sebab kena sumbat banyak gambar dengan penerangan langkah demi langkah. Itulah pengalaman pertama. Kata nak belajar kan? Dapat jugalah merasa bagaimana jika menerbit sendiri. Sengsara pada awalnya, tetapi selepas banyak melalui kesilapan dan terus berusaha akhirnya terasa kepuasannya tu. 

Dapat lebih banyak ilmu berbanding dengan buku kita diterbit oleh penerbit lain. Ada kelebihan tersendiri jika hanya sebagai penulis dan guna penerbit terkenal. Tak payah keluar modal dan susah-susah nak buat promosi. Buku kita akan masuk kedai-kedai buku. Gembira tapi kepuasan dan hasil akhir tu memang lagi seronok terbit sendiri. 

Cuba tengok logo pada buku ni. Hasil lukisan anak sulung, yang masa ni berusia 7 tahun. Ini sebenarnya projek cetak baju sendiri. Tapi Mama ambil juga gambar ni jadikan sebagai logo kami 4 beranak. InsyaAllah akan berusaha perbaiki banyak kelemahan dalam penulisan dan penyusunan buku.

Dipendekkan cerita, selepas terbitnya 1000 naskah buku tu, dalam masa 2 minggu sahaja buku habis terjual. Alhamdulillah rezeki tak disangka sampai lah 3 kali cetak. Sekarang bersambung pula set buku ni dengan buku baru ni pulak. Saya sambung kisah Mama Q menerbit buku sendiri bahagian ke 2 pulak nanti ye. Sebab nak kongsi apa yang dikatakan masuk dalam silibus pembelajaran anak-anak. Stay tune.... 





 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design