Wednesday, 28 October 2015

Projek DIY buku aktiviti melekakan anak (Bahagian 1)

Masa kakak dengan Qisya dulu, walaupun Mama Q tulis dan lukis sendiri, tapi tak pernah terlintas nak laminate. Tapi sejak dah tau cara mudah nak laminate sendiri ni dah timbul macam2 idea nak buat. Sebenarnya tercetus bila rakan kat IG @stellasutjiadi, ibu yang TERsangat kreatif buat "busybook" untuk anaknya. Tak caya cer la try follow. 



Ok berbalik pada cerita buku ni. Lukisan pun dah ada "improvement" tau haha. Ye saya tak pandai melukis dan tulisan pun buruk. Sejak Mama Q dah amik keputusan untuk menyekolahkan anak kat rumah sepenuh masa ni, memang terasa macam masuk kelas melukis sekali.



Untuk projek ni, ini buku pertama untuk Qayra (3 tahun). Kalau dah nama pun laminate, maknanya tujuan buku ni selain untuk bagi tahan lama, mestilah untuk tujuan bole tulis pastu padam semula kan? 


Objektif nak buat buku ni untuk melekakan anak dengan aktiviti berfaedah terutama bila mamanya tengah sibuk mengajar kakak2 ke, tengah membanting tulang kat belakang rumah
ke dan sewaktu dengannya. Ops lupa bole bawak travel jugak. Saiz buku ni pun tak sebesar mana...separuh A4 je atau nama mengikut piawaiannya A5.


Kenapa susah-susah nak lukis n tulis sendiri? kata tulisan buruk? print je la..senang..ke ink printer dah abis?

Hahahaha sebenarnya boleh je kalau nak print. Tapi percayalah bila kita yang tulis dan lukis sendiri anak akan lebih menghargai. Siap bole request tambah itu ini...amboi memasing punya citarasa kemain lagi ek. Eh ni anak-anak saya la..anak orang lain tak tau pulak macam mana reaksinya kan.

Kelebihan lukis dan tulis sendiri:

1. Boleh buat buku yang khusus mengikut keperluan, kemampuan, permintaan dan kesukaan anak kita.Ye betul ni, anak kita yang sorang ni takkan sama dengan anak-anak yang lain (kalau ada lebih sorang anak) dan tak sama dengan anak orang lain jugak.


Contohnya buku abc ni, Mama Q buat khas untuk Qayra je. Mungkin orang lain boleh guna tapi mungkin akan tanya kenapa tak ada huruf  "c"...kenapa asyik gambar rama-rama je ni? kenapa itu ini? Ha sebab Qayra suka rama-rama...hari2 nyanyi lagu "butterfly" dan Qayra dah lulus sangat tulis huruf "c", so Mama skip latihan menulis huruf "c" cuma bagi latihan padanan huruf dengan gambar je.
 Oh ye lagi satu Qayra buat masa ni Mama belum kenalkan huruf besar lagi secara rasmi sebab nak ikut formula mengajar membaca kaedah fonik kaedahnya. Macam Qisya (anak kedua) sebelum ni pun tak payah nak beriya sangat ajar huruf besar tu, bila dia dah master huruf kecik, otometik dia mudah nak kenal sendiri.

2. Motivasi untuk mamanya supaya buat yang terbaik sebelum kena kritik kat anak2 sebab tak faham mama lukis ayam ke kerbau and of course upgrade tulisan tu supaya anak2 faham itu adalah huruf dan bukannya cacing kerawit.

Alamak rasanya cukup sampai sini dulu...sambung nanti bahagian 2 plak ye...panjang nak cerita

Wednesday, 14 October 2015

Cara Laminate Menggunakan Seterika (iron)

Siapa yang tak ada mesin laminate tapi perlukan mesin sendiri? ha nampak eksaited dah muka tu.. Lagi-lagi student atau mak-mak yang buat homeschooling. Nah Mama Q kongsikan cara mudah dan tips tambahan sekali. Tapi rasanya kalau jenis yang hari2 nak laminate banyak2 mungkin kurang sesuai. Baik beli je la sebijik mesin tu kan. 

Peralatan/bahan yang diperlukan:

1. Apa yang pasti korang wajib ada seterika. Tak perlu yang canggih yang paling klasik jenis yang berat 1 tan tu pun lagi bagus sebab tak payah nak tenyeh sangat.

2. Satu lagi bahan wajib perlu ada haruslah plastik untuk laminate atau namanya "laminating film". Tak kisah brand apa. Tapi Mama Q pilih jenis yang "Ultra Premium Quality Hot Laminating" saiz A4. Jenis ni tahan panas punya dan saiz pulak terpulang. Kalau rasa selalu nak laminate kertas besar atau banyak dalam satu masa boleh beli saiz A3 ke.

3. Kain batik atau pelikat pun boleh sebagai lapik bawah dan lapik atas plastik laminate tu. Pastikan kain tu dah basuh ye..kalau tak lagi semerbak bau keluar masa korang buat kerja. 
Tips tambahan: Mama Q gunakan tudung bawal warna cerah untuk lapisan atas supaya senang nak tengok mana yang kita gosok tu.Takde la kejap2 bukak nak intai "eh kena ke tak ni? dah ke belum yek?" Sebab apa, tudung bawal ni nipis dan nanti takde la perlukan suhu yang tinggi sangat untuk laminate kertas nanti. Oh ye suhu pulak cuba mulakan dengan suhu yang rendah dulu ye, takut jenis yang tak tahan panas sangat terus mencair la pulak plastik tu nanti. Sebab lain seterika, lain tahap kepasannya.

4. Kertas atau kad untuk di laminate.

Proses laminate macam gambar kat bawah ni ye. Gambar ni Kakak (6 tahun) yang tolong Mama buat kerja. Tapi masih dalam pantauan mamanya la.


Sekian tips dari Mama Q. Mesti muka ada sinyum sekarang kan? Dapat gak merasa nak laminate sendiri. 

Nak beli mesin laminate murah? Klik entri ni

Friday, 9 October 2015

Salam Perkenalan

Alhamdulillah berjaya juga saya menulis blog ini. 2 blog sebelum ini telah pun dilupuskan kerana dah ramai yang mula mengenal saya. Ini permulaan saya untuk tahun baru hijrah yang akan tiba pada minggu hadapan. Kerana saya rasa mahu berkongsi beberapa tips tentang homeschooling dan aktiviti anak-anak saya yang berumur antara 3-6 tahun dan untuk makluman mereka semua homeschool sepenuh masa.Walaupun banyak gambar-gambar yang saya kongsi di Instagram,tetapi rasanya masih terbatas untuk saya menulis tentang perjalanan sebenar homeschool kami ni.

#percubaanpostpertamaayatformal
 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design