Homeschooling :: Aktiviti Huruf U

Aktiviti mengikut huruf ni biasanya buat antara 1-2 minggu lamanya mengikut pada keadaan n mood anak2. Tapi tak bermakna la asyik belajar mengenal huruf u je..selit sekali dengan tema mingguan dan ikut jugak kalau rasa tema tu bertahan 3 hari je pastu buat tema lain pulak.


Lacing Card :  Mama recycle kotak kek gulung yang dah abis tu buat huruf u n punch siap2 untuk bagi Kakak nganQisya. Tak sempat nak amik gambar sebab leka nak melayan ramai2 student nih huahua..


Perkataan (islamic version) yang bermula dengan huruf  "u" . Mama mintak Kakak bacakan kat depan n adik2 dengar dan ikut Kakak baca.

Read Aloud: Peperangan di Bukit Uhud


Letter Hunt: Adik tandakan semua huruf "u" yang ada pada buku cerita yang Mama buat hari tu.


Membentuk huruf menggunakan Mickey Candy: Kat bawah tu Mama buh huruf "u" yang Qayra dah warnakan sebagai guide.


Letter "u" Writing Practice: Guna trasparent pocket..boleh tulis n padan banyak kali. 


Making  & spelling words: Untuk Qisya ngan Qayra, Mama tulis perkataan yang senang macam "uhud" ngan "unta" pastu suh dia orang padankan dengan alphabet. 


Guna block pulak..


Craft: Mewarna pinggan kertas dengan Water Color..sorang satu warna..bila dah kering Mama gunting buat puzzle pulak...


Jigsaw Puzzle with paper plate: sambil cantum bentuk pinggan sambil baca huruf membentuk perkataan.

Kat bawah ni terus masuk tema "Ugly Duckling" sempena U for Ugly. Segala yang berkaitan dengan itik pun masuk sekali.

Building block: Lepas baca buku "Anak Itik Hodoh",  Kakak ngan Qisya buat sungai yang sambung ke kolam itik katanya..Pastu sambung tengok video klasik "Ugly Duckling"

Memang "ugly" Baby Q warnakan ni hihi

Coloring: Baby Q mewarna Duck mengikut words tapi Mama yang bacakan dia warnakan...boleh la kan...umur pun baru je masuk 2 tahun bulan lepas..sekuarang-kurangnya dia faham nak warnakan duck, bukan conteng kertas. Mama download dari http://www.1plus1plus1equals1.com


Sains: Mama bacakan buku online ni tajuk "See how they grow"..Menariknya buku ni gambar dalam tu yang real punye...ada gambar dari awal telur itik menetas sampai anak itik membesar dari minggu-ke minggu.


Computer Skill: Online puzzle kat http://www.first-school.ws/puzzlesonline/fairytales/ugly-duckling.htm

Math:  Belajar operasi tolak sambil nyanyi lagu 5 little ducks kira dengan jari...

Pheww banyak lagi aktiviti kalau nak cerita semua tapi Mama Q ikut gambar yang sempat amik je la..sekurang-kurangnya ada la jugak rekod untuk rujukan nanti.
Mama Q3 2014. Powered by Blogger.