Wednesday, 7 January 2015

Tutorial Tak Nak Bagi Orang Copy Entry Blog

Ada 2 cara yang biasa orang bleh copy tulisan dalam blog. Walaupun ada cara disable right click tapi masih boleh guna keyboard ctrl+A ctrl+c kan? Ok ini ada tutorial paling ringkas ikut pemahaman Mama Q

Sumber Gambar: Google

Caranya:

1. Masuk Blogger dashboard (pastikan buat backup dulu)
2. Klik Template>Edit HTML
3. Klik kat text area (dalam template box) dan tekan CTRL + F untuk cari perkataan berikut:
<head>

4. Copy coding kat bawah ni dan paste kat bawah "<head>" tu
<script type="text/javascript">var omitformtags=[&quot;input&quot;, &quot;textarea&quot;, &quot;select&quot;]omitformtags=omitformtags.join(&quot;|&quot;)function disableselect(e){if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1)return false}function reEnable(){return true}if (typeof document.onselectstart!=&quot;undefined&quot;)document.onselectstart=new Function (&quot;return false&quot;)else{document.onmousedown=disableselectdocument.onmouseup=reEnable}</script>

5. Save dan sekarang cuba select mana-mana entri...

Ada jugak cara lain nak Disable Copy & Paste ni.....tapi Mama bagi satu ni je sebab senang banget.

Tutorial Nak Bagi Orang Boleh Copy Entri Tertentu Sahaja

Hahaha mula-mula tak bagi copy pastu nak bagi plak copy...camne tu? poning akak...
Tapi ni biasanya kalau kita nak bagi orang copy coding yang dah semestinya tetap dan panjang berjela atau dah tentu bukan semua orang programmer yang boleh taip sendiri coding walaupun sikit je. Kalau salah coding maunya error memanjang.

Apa yang pasti kalau nak guna tutorial ni, blogger tu mestilah dah guna kaedah sebelum ni iaitu Tutorial Tak Nak Bagi Orang Copy Entry Blog dan ayat dalam entry yang nak bagi orang copy tu mestilah buat blockquote dulu.

Caranya:

1. Masuk Blogger dashboard (pastikan buat backup dulu)
2. Klik Template>Edit HTML
3. Klik kat text area (dalam template box) dan tekan CTRL + F untuk cari perkataan berikut:


]]></b:skin>
4. Copy coding kat bawah ni dan paste kat sebelum perkataan  ]]></b:skin> 
.post blockquote{-webkit-user-select: text;
-moz-user-select: text;
-ms-user-select: text;
user-select: text;
}
body {
-webkit-user-select: none;
-moz-user-select: -moz-none;
-ms-user-select: none;
user-select: none;
}
5. Save dan selamat mencuba....

Saturday, 20 September 2014

Homeschooling:: Hari Malaysia 2014


Walaupun cuti umum, tapi kita orang tetap bukak sekolah cam biasa....hihi.yang pasinya tak stress pun sebab tak cuti. Dah tentu sekolah kat rumah yang penuh aktiviti yang menyeronokkan dan kebebasan. Jadi hari ni sambung cerita yang sama dengan hari Kemerdekaan Malaysia hari tu je.


Dapat idea dari majalah "Sayang Muslim" untuk buat kraf bunga raya tu. Idea asal guna straw tapi Mama tukar guna pipe cleaner. Mama lukis pola kakak ngan Qisya gunting pastu cucuk je pipe cleaner kat kertas bunga raya tu..siap.


Ini kali pertama anak-anak tengok dan pegang sendiri bunga raya..Ye la sebelum ni tengok kat gambar je buat tak tau sebab tak nampak menarik kot. Bila buat pembelajaran bertema ni kita akan tumpu segala yang berkaitan. Tak nak bagi anak-anak jemu melabel dengan kertas, Mama suh je tunjuk dengan jari mana kelopak, stigma (ini menda baru belajar), batang dan daun.


Pastu bagi anak-anak buat sendiri petua melebatkan dan menghitamkan rambut. Qisya terus x jadi ramas bila lendir daun tu dan keluar..dia geli.. Kakak ngan Qayra je buat sampai selesai buh kat kepala memasing pastu terus mandi. Elok je rambut Kakak kering terus je dia cakap "eh Mama cuba pegang rambut Alia dah jadi halus sangat pastu dah panjang sikit" aik cepatnye..Mama rasa biasa jek. Haha apa-apa la kan asal anak-anak bahagia...
 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design