Sunday, 15 February 2015

DIY Permainan Belajar :: Gelongsor Bebola



Mama nak kongsi baru-baru ni ada buat satu permainan yang sangat bermanfaat kepada anak-anak. Mainan ni memang antara kegemaran diaorang tau. Mama tak buat siap2 lepas tu terus bagi anak main. Tapi ajar cara nak buat permainan ni dari awal sampai la boleh digunakan. Baru la dapat belajar lagi banyak.

Permainan ni bole buat #mathaddition juga..contohnya kalau 2+1, masukkan 2 bola dalam ladybug dan 1 bola lagi masuk dalam frog dan jawapannya kat akan keluar kat dalam kawasan pagar tu.

Kenapa Mama gunakan bahan dari kertas dan tidak dari material yang keras? Ini bagi tujuan pembelajaran anak tentang konsep Fizik dan Matematik. Sebab gelongsor kertas ni (track yang warna biru dengan kuning) tak keras, jadi senang nak alihkan kertas tu ke kiri ke kanan, 'adjust' bagi lengkung dan bole cabut dan masuk gitu je kat lubang pada tiang tu. Untuk tiang tu sebenarnya boleh je gunakan "paper roll" lagi tahan lasak.
Antara perkara yang anak-anak dapat belajar ialah:

1. Kenapa kertas tu perlu senget??(Sebab nak bagi bola tu boleh bergerak sendiri).

2. Furr ball tu kalau ditekan bentuk akan kurang bulat dan bola akan berhenti bergerak. Jadi kena adjust bagi bulat.(sengaja Mama suruh penyetkan)
3. Perlu ada slide (kertas) terakhir (tak nampak sebab kat belakang tiang). Ini penting untuk furr ball keluar ke dalam kawasan berpagar tu....kalau tak furr ball akan berkumpul dalam tiang berwarna hijau. 
4. Sebelah slide tu kena ada ruang untuk bola jatuh dan sebelah lagi perlu rapat ke tiang supaya bola akan terus bergerak ke slide seterusnya.


Sebab itulah Mama kata permainan yang diy ni lagi bernilai dan sangat bermanfaat. Kita boleh design dan tentukan apa yang anak kita perlukan dan mahukan.


#steam #stemactivities #toddleractivity#preschoolactivities #homeschooling #diykidstoys#diytoys #mainanbelajar


Video hasil permainan yang Mama buat ni macam kat video ni:
A video posted by Mama Q (@mama_q3) on

Tuesday, 10 February 2015

Belajar Asas Elektrik Elektronik Untuk Kanak-Kanak Pra Sekolah

Sebelum tu ini untuk anak yang berumur 3 tahun ke atas ye (kecuali Qayra yang belum cukup umur masa ni). Memang tak mustahil kalau nak ajar anak kecik subjek macam ni. Bukan setakat teori tetapi juga praktikal. Cuma sejauh mana keperluannya...penting ke?

Mama Q rasa semua ibubapa sangat menitikberatkan aspek keselamatan anak-anak di rumah termasuklah cara penggunaan elektrik. Biasanya kita hanya melarang "eh jangan petik usik..bahaya. Tak boleh..adik kecik lagi". Kalau ayat parents tadi berhenti di situ saja, makanya bagi anak selagi mereka tidak cuba mereka tidak akan berpuas hati dan jika kita cuai, anak-anak pasti akan mencuba apa yang dilarang tadi. Tapi kalau nak jelaskan pun rasanya mereka ni kurang faham. Mungkin boleh bagi anak tengok video kartun pendek tentang renjatan elektrik.

Untuk bagi pemikiran anak-anak Mama Q lagi bertambah luas, maka subjek Asas Elektrik Elektronik diperkenalkan. Sekurang-kurangnya mereka faham bagaimana perjalanan arus elektrik terjadi. "La.....kecik-kecik lagi dah nak pasang Litar Elektrik?? tak patut..."kata hati seorang ibu. Sebenarnya ini bergantung kepada cara ibu bapa nak memperkenalkan asas ini secara realiti dan bergantung juga pada minat anak-anak tu sendiri. Kalau anak dah tak minat nak tau jangan kita paksa pulak kan. Anak-anak Mama Q ni memang ada keturunan ala2 "MacGyver" hahaha. Maknanya dah tentulah ibu bapa yang nak buat projek macam ni kena ada ilmu asas sekurang-kurangnya ye tak? Kalau tak ada yang terbakar pulak mentol tu karang sebab terlebih volt. Tapi kalau setakat nak ajar pasang bateri jam ke atau bateri permainan ke tak pe la dah tentu kena ikut saiz kat belakang tu.

Memasang bateri asas kepada sumber eletrik.

Sebagai ibubapa kita nak memenuhi keinginan dan apa yang mereka nak tahu. Kalau tengok gambar-gambar kat bawah ni pun dah tau Qisya tak berapa minat cuma dia akan join bila dah ada hasil. Sekurang-kurangnya dia akan dapat sikit ilmu tu. Mama tak paksa sebab dia tak minat. Tapi tengok la Kakak dengan si kecik tu memang berani dan sabar belajar benda yang macam ni.

Memadankan komponen dengan diagram asas litar dan menyalakan LED tanpa wayar
Menyalakan LED menggunakan wayar (jumper wire)
Kefahaman anak?

1. Dapat mengenal jenis-jenis bateri. Kenapa saiz bateri berbeza. Mama kaitkan dengan pemakanan Manusia je. Makan kena ikut saiz badan baru. Kalau kita makan banyak sangat pun tak boleh sebab nanti boleh muntah balik makanan tu.

2. Kakak dah tahu kenapa kaki LED tak sama panjang. Walaupun ada istilah "katod" "anod" tapi Mama tak guna istilah tu mungkin tak lama lagi boleh la kan.Cuma Mama bagitau kalau kakinya pendek kena sambung pada tanda -ve dan sebaliknya. Mama tak nampak dia buat muka blur ke apa..sebab dia macam faham dan yakin je buat semua 4 projek tu.

Projek ke 3 menggunakan Jumper Wire


Projek yang paling semua anak-anak Mama Q suka, ini dia eksperimen garfu besi, duit syiling dan aluminium foil ni. Sebab semua benda tu yang diaorang biasa nampak dan tahu kegunaannya sebelum ni. Untuk bagi lagi faham tentang aliran cas elektrik ni, Mama bagi anak-anak uji beberapa bahan lain jugak macam pensil, getah pemadam ngan kertas. 


A photo posted by @mama_q3 on
Apa manfaat dari aktiviti ni?
  • Boleh pasang sendiri bateri kat mainan dia...sebab dah tau mana tanda +ve dan -ve
  • Berfikir secara bijak
  • Lebih kreatif
  • Mudah menyelesaikan masalah (sebab akan berdepan dengan pemasangan komponen yang salah)
  • Latihan motor halus (memang la dah kecik2 dan halus2 je semua komponen tu)
Bila dah faham yang asas, barulah boleh buat projek lagi advanced macam robotic ke kan? Insha Allah akan menyusul cara2 membuat asas robot.

Kesimpulannya anak-anak akan dapat belajar ilmu SCIENCE*TECHNOLOGY*ENGINEERING*ART*MATH (STEAM)

 

Seronok Belajar di Rumah Template by Ipietoon Cute Blog Design