Mama Q rasa semua ibubapa sangat menitikberatkan aspek keselamatan anak-anak di rumah termasuklah cara penggunaan elektrik. Biasanya kita hanya melarang "eh jangan petik usik..bahaya. Tak boleh..adik kecik lagi". Kalau ayat parents tadi berhenti di situ saja, makanya bagi anak selagi mereka tidak cuba mereka tidak akan berpuas hati dan jika kita cuai, anak-anak pasti akan mencuba apa yang dilarang tadi. Tapi kalau nak jelaskan pun rasanya mereka ni kurang faham. Mungkin boleh bagi anak tengok video kartun pendek tentang renjatan elektrik.
Untuk bagi pemikiran anak-anak Mama Q lagi bertambah luas, maka subjek Asas Elektrik Elektronik diperkenalkan. Sekurang-kurangnya mereka faham bagaimana perjalanan arus elektrik terjadi. "La.....kecik-kecik lagi dah nak pasang Litar Elektrik?? tak patut..."kata hati seorang ibu. Sebenarnya ini bergantung kepada cara ibu bapa nak memperkenalkan asas ini secara realiti dan bergantung juga pada minat anak-anak tu sendiri. Kalau anak dah tak minat nak tau jangan kita paksa pulak kan. Anak-anak Mama Q ni memang ada keturunan ala2 "MacGyver" hahaha. Maknanya dah tentulah ibu bapa yang nak buat projek macam ni kena ada ilmu asas sekurang-kurangnya ye tak? Kalau tak ada yang terbakar pulak mentol tu karang sebab terlebih volt. Tapi kalau setakat nak ajar pasang bateri jam ke atau bateri permainan ke tak pe la dah tentu kena ikut saiz kat belakang tu.
Memasang bateri asas kepada sumber eletrik.
Sebagai ibubapa kita nak memenuhi keinginan dan apa yang mereka nak tahu. Kalau tengok gambar-gambar kat bawah ni pun dah tau Qisya tak berapa minat cuma dia akan join bila dah ada hasil. Sekurang-kurangnya dia akan dapat sikit ilmu tu. Mama tak paksa sebab dia tak minat. Tapi tengok la Kakak dengan si kecik tu memang berani dan sabar belajar benda yang macam ni.
Memadankan komponen dengan diagram asas litar dan menyalakan LED tanpa wayar |
Menyalakan LED menggunakan wayar (jumper wire) |
1. Dapat mengenal jenis-jenis bateri. Kenapa saiz bateri berbeza. Mama kaitkan dengan pemakanan Manusia je. Makan kena ikut saiz badan baru. Kalau kita makan banyak sangat pun tak boleh sebab nanti boleh muntah balik makanan tu.
2. Kakak dah tahu kenapa kaki LED tak sama panjang. Walaupun ada istilah "katod" "anod" tapi Mama tak guna istilah tu mungkin tak lama lagi boleh la kan.Cuma Mama bagitau kalau kakinya pendek kena sambung pada tanda -ve dan sebaliknya. Mama tak nampak dia buat muka blur ke apa..sebab dia macam faham dan yakin je buat semua 4 projek tu.
Projek ke 3 menggunakan Jumper Wire |
Projek yang paling semua anak-anak Mama Q suka, ini dia eksperimen garfu besi, duit syiling dan aluminium foil ni. Sebab semua benda tu yang diaorang biasa nampak dan tahu kegunaannya sebelum ni. Untuk bagi lagi faham tentang aliran cas elektrik ni, Mama bagi anak-anak uji beberapa bahan lain jugak macam pensil, getah pemadam ngan kertas.
Apa manfaat dari aktiviti ni?
- Boleh pasang sendiri bateri kat mainan dia...sebab dah tau mana tanda +ve dan -ve
- Berfikir secara bijak
- Lebih kreatif
- Mudah menyelesaikan masalah (sebab akan berdepan dengan pemasangan komponen yang salah)
- Latihan motor halus (memang la dah kecik2 dan halus2 je semua komponen tu)
Kesimpulannya anak-anak akan dapat belajar ilmu SCIENCE*TECHNOLOGY*ENGINEERING*ART*MATH (STEAM)