Soalan: Bagaimana Mama Q ajar anak membaca?
Banyak dapat soalan tentang cara ajar anak membaca. Tapi dah alang-alang nak jawab soalan yang lebih kurang sama soalannya, baik Mama Q kongsi kat sini
Sebelum tu nak bagitau, saya menggunakan kaedah fonik untuk bantu anak-anak saya mudah membaca (termasuklah Jawi). Jadi post ni pun ada kaitan dengan foniklah ye.
Sebab apa? Sebab saya dah pun mencuba 3 kaedah membaca (kaedah mengeja. kaedah pandang sebut dan kaedah fonik). Saya dapati kaedah fonik paling sesuai dengan anak-anak saya sebab ianya santai dan mudah difahami.
KUNCINYA ialah beri ruang untuk anak bersedia untuk membaca. Bila anak sudah bersedia nak membaca, kita tak mudah untuk menjadi 'monster' bila anak tak faham. Ini sangat terbukti bila saya praktikkan dengan anak saya yang nombor dua dan bongsu.
Eh kalau dah umur 7 tahun pun masih tak tahu membaca macam mana tu? tak bersedia jugak ke?
Jadi inilah yang saya nak kongsi tentang ransangan awal membaca. Kalau ikutkan ransangan awal membaca adalah sejak anak dalam kandungan lagi dan 6 tahun pertama anak adalah dengan bermain sepuasnya.
Bermain maksudnya di sini bukan bagi gajet atau longgokkan permainan sebakul dan biar anak bermain sorang-sorang sepanjang hari. Tapi bermain dengan cara yang betul atau namanya belajar melalui bermain yang mana akan merangsang perkembangan mental dan fizikal anak.
Tapi masih belum terlewat..sekarang ni korang nak tahu anak tak lama lagi nak masuk darjah 1 tapi belum kenal apa pun lagi kan? atau dah kenal tapi tak boleh membaca lagi?
Sabar banyak-banyak jangan bagi emosi anak terganggu disebabkan emak rasa tak keruan bila anak kawan-kawan, jiran tetangga umur setahun dah boleh membaca.
Setiap anak dijadikan unik. Mungkin dia hanya lambat membaca pada awalnya sahaja tapi dia ada pakej kebolehan yang hebat dalam lukisan yang sangat membantu semasa dia dewasa nanti dalam mengeluarkan idea kreatif.
Bila emosi anak terganggu percayalah kalau dia boleh membaca sekali pun emosi yang tercalar tu akan di bawa sehingga dewasa. Kesian!
Jadi di sini saya kongsi sedikit panduan untuk anak mudah belajar membaca:
1. Pastikan keperluan
sensori anak dipenuhi terlebih dahulu.
Ini sangat penting untuk
keberkesanan optimum untuk anak mudah membaca. Boleh google tentang
keperluan sensori anak dan apa kaitannya dalam pembelajaran anak ya.
Keperluan sensori ini juga akan membantu dan merangsang kemahiran anak bercakap dengan jelas. Ianya dilakukan dengan cara santai sambil bermain. Salah satu contoh permainan sensori untuk terapi oral adalah dengan bermain meniup buih sabun.

2. Memupuk minat membaca.
Caranya adalah bacakan buku cerita kepada anak setiap hari dan kerap bawa anak ke perpustakaan, kedai dan pameran buku.
Ini supaya anak dengan rela hati mahu belajar membaca dengan gembira tanpa rasa terpaksa kerana sudah diterap budaya cinta dan suka membaca. Ini juga boleh membantu menambah kosa kata anak yang juga akan membantu anak membaca.
Oh ya sambil baca tu
tunjuklah huruf dan sebutkan bunyinya dengan jelas ya. Satu huruf pun
dah memadai.
Aktiviti yang dicadangkan: Berlakon sambil bercerita. Lebih menarik lagi dibantu dengan sama-sama DIY props.
Aktiviti yang dicadangkan: Berlakon sambil bercerita. Lebih menarik lagi dibantu dengan sama-sama DIY props.
3. Mengenal bunyi huruf melalui nyanyian dan pergerakan badan.
Seperti yang kita tahu, muzik mampu memberikan kesan positif terhadap perkembangan minda bayi dan kanak-kanak. Mereka mudah tertarik dengan bunyi-bunyian.
Jadi, saya akan kenalkan bunyi huruf dahulu sehinggalah anak mahir membaca dengan cara menyanyikan lagu-lagu fonik sambil membuat pergerakan mengikut muzik. Kalau nak kreatif, lagu tu kita boleh buat lirik sendiri ikut melodi yang anak suka sebenarnya.
4. Cukup hanya 5 minit setiap sesi atau bergantung kepada 'mood' anak.
Selagi anak masih menunjukkan minat dan tidak bosan, bolehlah tambah sedikit masa lagi. Biar sikit asal berkualiti. Contohnya sambil baring-baring kat katil tu pun boleh nak ajar tentang gabung bunyi untuk ulangkaji.
5. Saya akan pastikan anak tidak rasa mereka sedang belajar secara formal.
Banyakkan aktiviti bermain sambil belajar. Saya banyak menggabungkan permainan yang merangsang perkembangan kreativiti anak, pergerakan motor halus dan motor kasar sambil belajar membaca.
Banyakkan aktiviti bermain sambil belajar. Saya banyak menggabungkan permainan yang merangsang perkembangan kreativiti anak, pergerakan motor halus dan motor kasar sambil belajar membaca.
Contoh permainan boleh rujuk di Facebook saya Mamaa Q Tri dalam album "Seronoknya Membaca".
Seboleh-bolehnya lebihkan aktiviti di luar rumah (outdoor) supaya anak lebih cergas dan daya pemikiran anak lebih cepat berkembang.
**Nota tambahan untuk yang memilih kaedah fonik:
Kalau boleh fokus dan pilih satu bahasa
untuk permulaan belajar membaca. Pilih bahasa yang kita banyak
gunakan untuk berkomunikasi di rumah.
Contoh Bahasa Melayu. Ajar fonik Bahasa Melayu. Bila anak dah boleh menguasai fonik BM dengan baik, bagilah Jawi ke English ke semuanya anak akan lagi cepat tangkap. Apa pun ini pendapat peribadi setelah melalui pengalaman mengajar anak-anak sendiri.
Untuk yang berminat dengan kaedah fonik, jangan risau di Malaysia memang dah ada mereka yang pakar untuk dirujuk iaitu team fonik Puan Nik Eliani