Sempena nak menyambut 1 Rejab ni, kita orang buat aktiviti ulangkaji Rukun Islam cara kreatif yang semua peringkat umur boleh join. Kalau tahun lepas dan sebelum ni belajar cara biasa-biasa, kali ni buat kelainan la pulak kan. Tambahan bila Qisya dengan Qayra pun dah mula matang sekarang (dah bole bagi tumpuan kalau tajuk yang macam ni). Kira dah bertambah 2 orang ahli yang belajar pasal tajuk ni.
Aktiviti 1: Mengeja dan menyusun perkataan Rukun Islam (Building Sight Word)
Ini sebenarnya inspirasi dari huruf-huruf manik (threading letter beads) tu. Dengan menggunakan huruf-huruf yang mama buat dari kotak Cereal dan ditampal dengan straw (guna hot glue gun).
Cara guna: Masukkan huruf-huruf pada pipe cleaner. Cara tak langsung aktiviti ni boleh melatih motor halus dan jugak melatih koordinasi mata dan tangan anak. Nak beli Pipe Cleaner murah dan banyak pilihan beli dekat Mr. DIY.
Untuk Qayra pulak dia masukkan satu perkataan je (haji). Sebab dia baru tau baca kaedah gabung bunyi 2 huruf je. Lagipun sebab tak nak bagi dia tak nak bagi tumpuan. So kena buat cepat-cepat.
Aktiviti 2: Bila dah siap kita sambung aktiviti seterusnya, sesi storytelling cara santai.
Kita orang buat dekat laman rumah sambil duduk bersila kat atas batu je pun bole. Masa ni memang tak ada sesi bergambar ye. Kelas dah mula...
Aktiviti 3: Mengira 1-5 Rukun Islam
Aktiviti ni bagi Qayra yang jadi ketua pulak mengira dan padankan furr balls yang dicucuk dengan lidi sate dengan nombor yang ada kat kotak pasir tu. Sambil tu selit la info sikit pasal rukun Islam ada 5 perkara..Pertama apa..sampai lah ke 5.
Aktiviti 4: Mencari dan menggali perkataan 5 Rukun Islam (Word Hunt)
Aktiviti bermain sambil belajar macam ni anak-anak lebih mudah mereka nak faham, senang bagi tumpuan dan lebih mudah mereka ingat memori semasa mereka bermain.
Mama nak kongsi baru-baru ni ada buat satu permainan yang sangat bermanfaat kepada anak-anak. Mainan ni memang antara kegemaran diaorang tau. Mama tak buat siap2 lepas tu terus bagi anak main. Tapi ajar cara nak buat permainan ni dari awal sampai la boleh digunakan. Baru la dapat belajar lagi banyak.
Permainan ni bole buat #mathaddition juga..contohnya kalau 2+1, masukkan 2 bola dalam ladybug dan 1 bola lagi masuk dalam frog dan jawapannya kat akan keluar kat dalam kawasan pagar tu.
Kenapa Mama gunakan bahan dari kertas dan tidak dari material yang keras? Ini bagi tujuan pembelajaran anak tentang konsep Fizik dan Matematik. Sebab gelongsor kertas ni (track yang warna biru dengan kuning) tak keras, jadi senang nak alihkan kertas tu ke kiri ke kanan, 'adjust' bagi lengkung dan bole cabut dan masuk gitu je kat lubang pada tiang tu. Untuk tiang tu sebenarnya boleh je gunakan "paper roll" lagi tahan lasak.
Antara perkara yang anak-anak dapat belajar ialah:
1. Kenapa kertas tu perlu senget??(Sebab nak bagi bola tu boleh bergerak sendiri).
2. Furr ball tu kalau ditekan bentuk akan kurang bulat dan bola akan berhenti bergerak. Jadi kena adjust bagi bulat.(sengaja Mama suruh penyetkan)
3. Perlu ada slide (kertas) terakhir (tak nampak sebab kat belakang tiang). Ini penting untuk furr ball keluar ke dalam kawasan berpagar tu....kalau tak furr ball akan berkumpul dalam tiang berwarna hijau.
4. Sebelah slide tu kena ada ruang untuk bola jatuh dan sebelah lagi perlu rapat ke tiang supaya bola akan terus bergerak ke slide seterusnya.
Sebab itulah Mama kata permainan yang diy ni lagi bernilai dan sangat bermanfaat. Kita boleh design dan tentukan apa yang anak kita perlukan dan mahukan.
Sebelum tu ini untuk anak yang berumur 3 tahun ke atas ye (kecuali Qayra yang belum cukup umur masa ni). Memang tak mustahil kalau nak ajar anak kecik subjek macam ni. Bukan setakat teori tetapi juga praktikal. Cuma sejauh mana keperluannya...penting ke?
Mama Q rasa semua ibubapa sangat menitikberatkan aspek keselamatan anak-anak di rumah termasuklah cara penggunaan elektrik. Biasanya kita hanya melarang "eh jangan petik usik..bahaya. Tak boleh..adik kecik lagi". Kalau ayat parents tadi berhenti di situ saja, makanya bagi anak selagi mereka tidak cuba mereka tidak akan berpuas hati dan jika kita cuai, anak-anak pasti akan mencuba apa yang dilarang tadi. Tapi kalau nak jelaskan pun rasanya mereka ni kurang faham. Mungkin boleh bagi anak tengok video kartun pendek tentang renjatan elektrik.
Untuk bagi pemikiran anak-anak Mama Q lagi bertambah luas, maka subjek Asas Elektrik Elektronik diperkenalkan. Sekurang-kurangnya mereka faham bagaimana perjalanan arus elektrik terjadi. "La.....kecik-kecik lagi dah nak pasang Litar Elektrik?? tak patut..."kata hati seorang ibu. Sebenarnya ini bergantung kepada cara ibu bapa nak memperkenalkan asas ini secara realiti dan bergantung juga pada minat anak-anak tu sendiri. Kalau anak dah tak minat nak tau jangan kita paksa pulak kan. Anak-anak Mama Q ni memang ada keturunan ala2 "MacGyver" hahaha. Maknanya dah tentulah ibu bapa yang nak buat projek macam ni kena ada ilmu asas sekurang-kurangnya ye tak? Kalau tak ada yang terbakar pulak mentol tu karang sebab terlebih volt. Tapi kalau setakat nak ajar pasang bateri jam ke atau bateri permainan ke tak pe la dah tentu kena ikut saiz kat belakang tu.
Memasang bateri asas kepada sumber eletrik.
Sebagai ibubapa kita nak memenuhi keinginan dan apa yang mereka nak tahu. Kalau tengok gambar-gambar kat bawah ni pun dah tau Qisya tak berapa minat cuma dia akan join bila dah ada hasil. Sekurang-kurangnya dia akan dapat sikit ilmu tu. Mama tak paksa sebab dia tak minat. Tapi tengok la Kakak dengan si kecik tu memang berani dan sabar belajar benda yang macam ni.
Memadankan komponen dengan diagram asas litar dan menyalakan LED tanpa wayar
Menyalakan LED menggunakan wayar (jumper wire)
Kefahaman anak?
1. Dapat mengenal jenis-jenis bateri. Kenapa saiz bateri berbeza. Mama kaitkan dengan pemakanan Manusia je. Makan kena ikut saiz badan baru. Kalau kita makan banyak sangat pun tak boleh sebab nanti boleh muntah balik makanan tu.
2. Kakak dah tahu kenapa kaki LED tak sama panjang. Walaupun ada istilah "katod" "anod" tapi Mama tak guna istilah tu mungkin tak lama lagi boleh la kan.Cuma Mama bagitau kalau kakinya pendek kena sambung pada tanda -ve dan sebaliknya. Mama tak nampak dia buat muka blur ke apa..sebab dia macam faham dan yakin je buat semua 4 projek tu.
Projek ke 3 menggunakan Jumper Wire
Projek yang paling semua anak-anak Mama Q suka, ini dia eksperimen garfu besi, duit syiling dan aluminium foil ni. Sebab semua benda tu yang diaorang biasa nampak dan tahu kegunaannya sebelum ni. Untuk bagi lagi faham tentang aliran cas elektrik ni, Mama bagi anak-anak uji beberapa bahan lain jugak macam pensil, getah pemadam ngan kertas.